Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 19 December 2012

STOBI - penaja rasmi Pahang


Salam semua.

koi seronok sebab penaja bagi pasukan Pahang kali ni secara rasmi dah tandatangan surat tajaan selama  tahun. PBNP tak payoh nok pikir-pikir lagi selama 6 tahun ni.

kabonye, jersi bagi home dan away agak mahal. tapi takpe, demi pasukan yang kita cintai, kita harus rela! harus! mesti! *muka yakin dan bersungguh-sungguh*

koi dengor citer, katanya STOBI ada kena mengena dengan LYNAS. yeke? bukan....ia dari negara yang sama, Australia. jadi jangan jadi isu kata LYNAS nak taja sebab nak tanah kat Pahang, eh? laser pulok.


haa style dop style dop

oh ya, esok akan berlangsung sidang media PBNP yang akan perkenalkan pemain-pemain untuk Liga Super 2013. semua media dijemput hadir.

hogoh Pahang hogoh!




Wednesday 1 August 2012

Kecemerlangan Alex, Kebanggaan Kami


Rasanya belum terlambat nak ucapkan tahniah di atas kecemerlangan Alex @ Azamuddin Akil yang berjaya menjaringkan gol tunggal bagi Malaysia ketika menentang Manchester City tempoh hari. Alex benar-benar membuktikan kemantapan corak permainan yang dilihat selamba tetapi dengan laju merembat gol ke pintu gawang. Ohh gol itu pada kami dikira sebagai gol bertaraf antarabangsa :)

Kami, krew Tok Gajah Forever bangga dengan pencapaian Alex yang super duper excellent. Sepanjang 5 perlawanan Alex bersama team kebangsaan, Alex berjaya menyumbat 3 gol buat Malaysia. Amacam? Bangga koi.. Hehe.... Koi pasti, penduduk Pahang juga bangga dengan pencapaian Alex yang luar biasa..

Sungguhpun kita kalah, namun semangat tetap utuh! Hogoh Malaysia Hogoh!









Friday 20 July 2012

Kita ke Liga Super 2013

Akhirnya harapan kita semua penyokong Pahang nak melihat kembali kelibat pasukan Tok Gajah beraksi dalam Liga Super tercapai. Perlawanan yang cukup dramatik seolah-olah perlawanan final merebut piala. Pahang yang pada mulanya mendahului dengan 2-0 dikejar kembali selepas separuh masa pertama.


Ketiadaan Boris begitu dirasai di bahagian tengah. Hafiz Kamal juga turut dikeluarkan pada minit ke 75. Extra time menyaksikan 3 orang player terkena kad merah iaitu 1 player kedah 2 player Pahang. Player Pahang yang terlibat adalah Gopi dan Fauzi. Walaupun ada sedikit kekecohan kerana tak puas hati, pahlawan tok Gajah meneruskan permainan dengan sisa semangat dalam perjuangan.

Penentuan penalti boleh di tonton dalam :


Begitu mendebarkan. Sampai berpeluh koi malam tadi. Akhirnya kemenangan berpihak kepada kita. Kita menang dengan cara bermaruah, berliku, dan bersemangat. Tahniah kepada semua player Pahang !! Anda wira kami !!

Kepada penyokong, berikan sokongan padu anda kepada mereka. Menang kalah tiada kira.  Kerana mereka bersemangat membawa nama Pahang naik semula.

Hogoh Pahang Hogoh !!!!



Wednesday 18 July 2012

Play Off Liga Super, Pahang VS Kedah

kemain lagi kan, tak apa semangat Tok Gajah membara dalam jiwa. Tak sesabo nak tunggu esok, harapnya Pahang boleh menjejakkan kaki ke Liga Super pun dah buat aku dan penyokong Pahang lega macam baru pas sap kok 4 5 batang. kehkeh

kemantapan pemain Pahang yang buat Pahang naik mendadak, tapi baru-baru ni pulak ada cerita kes masalah gaji dari PBN Pahang? apa citer? bangkai betul, dok syok Pahang nok masuk Liga Super, jadi masalah pulak. adeii hampuras! tolong la PBN, jangan buat masalah. sayangilah player kita.





HOGOH PAHANG HOGOH!


Friday 29 June 2012

Semangat kurang punca main macam tutttttt


aku dok perhati lama dah pemain Malaysia ni. juga pemain dalam negeri. ada 16 negeri dalam Malaysia, semuanya lebih kurang sama konsep nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku. walaupun segelintir menyanyi semangat, disebabkan 4 5 6 orang ni menyanyi cam tutttt, rosak habis. 

hari tu aku tengok match Terengganu lawan Kelantan untuk Liga Super, aku tetiba rasa nak jadi Ju-on, menjelma masuk kot tivi, lempang muka pemain-pemain.

ada ke lagu Negaraku dimainkan, siap main betul-betul baju, tangan goyang-goyang, mulut tak menyanyi. kang bila aku mengutuk lebih, marah pulak. tapi betul ohh. aku rasa macam semangat nak tengok pun tak ada. baik aku tak payah tengok aje gitu bila nyanyi lagu Negaraku pun dah macam menyanyi lagu irama tradisional walaupun lagu Negaraku slow aje. baik aku tengok Amarika Next Top Model aje. 

bukan aku nak kondem sesape, fikir la sendiri. aku bagi contoh Italy dalam game malam tadi. aku tengok depa nyanyi, cering bulu roma. dan dan semangat nak tengok walaupun tengok kejap. kahkah

dalam otak aku terus berfikir pasal pemain bola di Malaysia,

ENGKO FEELING ENGKO PEMAIN IMPORT LETTEWWW PASAL TAK MENYANYI LAGU NEGARAKU.

salah ke betul apa yang aku taip ni?




Monday 23 April 2012

Tok Gajah wajib terus mengganas

Selepas menang besar dalam pertemuan menentang MBJB dengan jaringan 5-0 baru-baru ni telah membantu pasukan Tok Gajoh mengekori rapat pasukan ATM. Manakala kite juge diekori rapat oleh sime darby yang mana baru-baru ini telah menang 2-1 ke atas pasukan Terengganu . Top 3 liga perdana kini semakin lama semakin sengit. Carta terkini :


Selepas ini, pasukan Tok Gajoh akan bertemu dengan Harimau Muda B. Jika dahulu bermain di Kuala Lumpur , Tok Gajah menghadiahkan 4 biji gol. Mungkin kali ni di Temerloh berapa agaknya. Azamuddin Akil @ Alex masih lagi tidak boeh beraksi di kerana mendapat kad merah semasa bertemu NS Betaria di Temerloh tempoh hari.

Ada hikmah atas semuanya setelah Azamuddin Akil dipanggil oleh Rajagopal untuk menyarung jersi negara menentang Sri Lanka ( 28/ 4/ 2012 ) daam perlawanan persahabatan nanti. Moh kite pakat ramei2 gi nengok yak.

Bagi adik Tok Gajoh, Shahzan Muda telah mencapai kemenangan ke atas Melodi Jaya dengan jaringan 1-0 di stadium Temerloh malam tadi. Walaupun kilat sambar menyambar, tetapi penonton tetap tidak berganjak dalam menyaksikan perlawanan itu malam tadi.

Semoga Tok Gajoh terus mengganas.
Hogoh Pahang Hogoh !!

Wednesday 28 March 2012

Kami juga menjual t-shirt Tok Gajah Forever

Setakat survey yang kami buat, ramai yang berkenan warna hitam. Tak apa, kami bercadang keluarkan warna hitam dulu. Harga RM25 tak termasuk pos. Murah kan? Kan? Kain elok, apa lagi yang anda mahu? Saiz kanak-kanak pon ade. Saiz dinosour pun ade. Hahak. 

Untuk maklumat lanjut, terus ke page Tok Gajah Forever. Kat situ bolehlah kita berinteraksi dan bertukar pendapat mengenai sesuatu maklumat. Sharing is caring kann.

3 hari lagi sebelum tamat tempahan.....cepat rodong2....
Harga RM 25 tak termasuk pos..
Saiz paling besar XXXL dan saiz paling kecil S..
Saiz kanak-kanak turut kami sediakan...

Jika berminat sila bank in ke no kami :

CIMB 04030086581522
atau
MAYBANK 154026643546

Selepas bank in sila nyatakan nama anda, tarikh dan masa bank in, kuantiti, saiz, dan nama FB anda dan sms ke 016-9617694

Tarikh tutup tempahan adalah pada 31/3/2012



Moh rodong-rodong! Sokong Tok Gajah kita!



Monday 12 March 2012

Semoga Berjaya Tok Gajah !!!!






 Kite telah dikecewakan dalam saingan piala FA 2012. Itu tak bermakna kita akan mengalah. Itu tidak bermakna kita gagal selamanya. Tetapi, itu adalah satu sebab mengapa kita akan bangkit semula. Kita akan menuju ke arah kegemilangan seperti satu masa dulu.

Skuad Tok Gajah akan bangkit kembali. Semoga video ini dapat menaikkan semangat pemain Pahang serta para penyokong agar terus memberi sokongan kepada pasukan kita. Pasukan Pahang FA a.k.a Skuad Tok Gajah.

Semoga Pahang menjadi sebagai salah satu pasukan gergasi bola sepak di Malaysia semula.

Amin ~

Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Hogoh Hogoh !!


Saturday 10 March 2012

Berakhir pemburuan piala Fa 2012

Pusingan ke dua Piala Fa antara pasukan Pahang Vs T Team berakhir dengan keputusan Pahang 2 T Team 3. Gol yang di jaringkan oleh Hazuan a.k.a Kecik adalah jaringan pertama perlawanan . Tak lama selepas itu gol tandukan Faizol di katakan Offside oleh linesman. Maka dengan terbatalnya jaringan itu, T Team mula mengejar kembali dengan kedudukan 1-1. Selepas itu gol cantik dari Azamuddin Akil meletakkan Pahang di hadapan untuk seketika . Kemudian, sepakan gunting Fadzli Saari menyamakan kedudukan 2-2.

Masa tambahan 5 minit di gunakan sepenuhnya oleh T Team dengan menjaringkan Gol kemenangan mereka di minit-minit akhir. Sesuatu yang amat mengecewakan kita penyokong Pahang. Gol pada minit-minit akhir.

Video bagi perlawanan malam tadi :


Game menarik begitu juga dengan jaringan gol. Nasib tidak menyebelahi kita . Tak mengapa, pasti ada hikmah .

Tapi, kami ada luahkan di FB mengenai apa yang kami rasa malam tadi :


-Kenapa bermain di Terengganu sedangkan esok team Terengganu akan beraksi di padang dan stadium yang sama..sebelum ni Pahang main away di pusingan pertama , kali ni sekali lagi away...Ada yang tak kena...Mohon siasat...
-Gol yang dikatakan offside tu koi tak nampok di mana offsidenya.. Linesman kenapa? Mohon siasat..
-Kekasaran T Team 17, hanya 2 lekat kad kuning...Pahang 12 kekasaran, 3 kad kuning lekat...

Itu hanya luahan....Semua orang ada penilaian mereka sendiri. Tetapi, kekalahan ini di terima dengan hati terbuka dan positif. Ramai juga yang memuji player Pahang malam tadi. Kini ramai orang sudah mula nampak pemain-pemain Pahang yang berpotensi. Jadi??   Awas......!! Pemain-pemain yang berpotensi ini PASTI akan dipancing oleh team-team lain musim yang akan datang...Pengurusan pasukan Pahang perlu bijak mengatur dan merancang pasukan.

Selepas perlawanan, kita dapat lihat Faiz Subri, Shahril Faizal, Azamuddin Akil, Hazwan Daud, Gopinathan, Hafiz Kamal dan Zairo adalah antara nama-nama bintang bola sepak mempunyai bakat dan semangat yang cukup baik,. Malah antara yang terbaik pernah kita ada buat masa sekarang.

Secara peribadi Gol Azamuddin Akil dan Fadzli Saari adalah yang terbaik untuk perlawanan ini. Tahukah anda? Kedua-dua nya anak Pahang .Azamuddin orang Lepih, Fadzli Saari juga orang Lepih. Dua-dua orang Lepih. Mewakili pasukan yang berbeza, tapi gol menarik malam tadi adalah  dari dua pemain kelahiran Pahang ini....

Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!




Thursday 8 March 2012

Pahang Vs T Team ( Piala Fa pusingan ke dua )

Tidak lama lagi perlawanan bagi persaingan Piala FA pusingan ke dua akan berlangsung . Pasukan-pasukan yang layak akan meneruskan misi pada minggu ini :

Pahang Vs T Team
Perlis Vs Kedah
Kl Spa Fc Vs Preach K.Reach
Kuala Lumpur Vs Kelantan
Selangor Vs Johor FC
Sime Darby Vs Usm Fc
Betaria FC Vs Lion XII
Perak Vs Terengganu

Kesemua perlawanan akan berlangsung pada 10/3/2012 kecuali bagi perlawanan pasukan kite iaitu Pahang yang akan bertemu T Team di Terengganu pada 9/3/2012.  Sebelum ni Tok Gajoh berjaya menundukkan Felda United di tempat lawan. Kali ini sekali lagi kite akan merempuh tempat lawan. Pusingan ke dua ini masih lagi kalah mati dan tiada timbal balik.

Walaupun kedua-dua game persaingan piala FA ni berlangsung di tempat lawan dan tampok susoh, Tok Gajoh nampaknya mendapat lebih keyakinan selepas membenam MP Muar 5-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh tempoh hari. Moh kite doakan same-same agor Tok Gajoh mampu memenangi perlawanan itu nanti.



Kepade hok yang berkesempatan datang la nyokong team kite yak. Kasi hogoh sikit Stadium Terengganu te. Bior runtoh sebak Gajoh pon nok mengamok di sane ni.

Pantun untuk pasukan T Team dari pahlawan-pahlawan Gajoh .

Rupa Gagah Hati Berani
Hati Pukal Percaya Diri
Kokoh Berdiri Di Kaki Sendiri
Menghadapi Musuh Berpantang Lari

Jiwai Semangat Tok Gajah


Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!


Saturday 3 March 2012

Tok Gajoh Tersentap Dari Tidor

Pahang mengambil alih teraju Liga Perdana apabila mengutip mata penuh semalam dengan mengumpul 19 mata, satu mata di depan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang satu perlawanan. Sime Darby kekal di tangga ketiga apabila sekadar mencatatkan keputusan seri.


Kemenangan 5-1 ke atas Mp Muar di stadium Temerloh memberikan keyakinan kepada pasukan Pahang yang akan ke Terengganu menentang T.Team untuk pusingan ke 2 piala FA pada 9 Mac ni. Penjaring pada malam tadi adalah  Hazuan, Faizol,Boris, Alex, dan Eduard



Kemenangan bergaya ini turut di saksikan oleh para penyokong Pahang yang sanggup datang walaupun hujan pada malam tadi. Setakat ini semua pasukan dari Johor di Liga Perdana sudah di tewaskan seperti MBJB, Johor FA, dan malam tadi Mp Muar. Pahang memang steady. Masih kebal di laman sendiri dan hanya 1 kekalahan sepanjang 8 perlawanan. 


Kite mengharapkan ATM akan tunduk kepada Usm supaya Pahang kekal menerajui liga.  Jangan kejutkan Gajah dari tidur, kan dah kena 5 das. hehe.....


Moh kite beri sokongan kepada pasukan Pahang 9 Mac ni nanti untuk pusingan ke 2 saingan piala FA nanti yak.


Menang Atau Kalah Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!

Monday 20 February 2012

Kite berjaya ke pusingan ke 2 Piala FA

Jiwai Semangat Tok Gajah

Pasukan Tok Gajah telah berjaya mengisi slot terakhir dalam saingan piala Fa ke pusingan ke dua dengan kemenangan ke atas Felda United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat , Melaka itu berkesudahan dengan jaringan Pahang 1 Felda United 0. Hasil jaringan adalah berpunca daripada free kick yang di ambil oleh Hafiz Kamal terus ke dalam gol pada minit yang ke 39.

Jaringan beliau :



Dengan jaringan tunggal ini, maka skuad Tok Gajah boleh berbangga dengan kemenangan ke atas pasukan yang bermain dalam liga super itu. Ini membuktikan pasukan Liga Perdana mampu mengatasi pasukan Liga Super. Pasukan Sime Darby juga berjaya mencipta kejutan dengan mengalahkan satu lagi pasukan dari liga super iaitu Sabah dengan jaringan 2-0.

Selepas ini skuad Tok Gajoh akan bertemu dengan pasukan juga dari liga super iaitu T.Team . Perlawanan dijadualkan akan berlangsung di stadium Temerloh pada 10/3/2012. Tiada perlawanan timbal balik bagi pusingan ke dua. Timbal balik hanya akan dilakukan apabila sudah sampai ke peringkat suku akhir. Kepada penyokong-penyokong Pahang boleh dah tanda kat kalendar untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada skuad Tok Gajah nanti.

Liga Malaysia akan berehat selama dua minggu sebelum perlawanan seterusnya di jalankan. Pada 2/3/2012 nanti Pahang akan bertemu dengan MP Muar di sadium Temerloh untuk saingan liga perdana. Semoga Pahang dapat terus mengutip mata sekaligus merebut takhta liga perdana.

Selamat  bercuti kepada pemain-pemain Pahang. Rehat memolek, lepas ni nok menang lagi. Hehe..

Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
 Hogoh Pahang Hogoh !!



Tuesday 14 February 2012

Carta Liga dan Piala FA 2012 pusingan pertama

Berakhirlah sudah perlawanan liga perdana untuk game yang ke 7. Result untuk game-game tersebut :

 NS Betaria 2 - 1 Perlis
MP Muar 0 - 0 Sime Darby
Pos Malaysia 2 - 1 Harimau Muda B
Johor 1 - 4 ATM
USM 0 - 1 Pahang
PDRM 3 - 5 MBJB

 Dengan keputusan yang diperolehi, maka carta liga untuk liga perdana sehingga ke perlawanan ke 7 adalah:



Pahang dan ATM semakin jauh di hadapan.  Malam tadi, pemain import baru Pahang berjersi no 9 ( boris ) berjya menjaringkan gol tunggal perlawanan antara Pahang Vs Usm Staf. Sekaligus mengutip 3 mata dan mengekori rapat ATM . Dan perbezaan mata antara kedua-dua pasukan ini adalah 2 mata.

Jaringan Boris :



Menang besar atau kecil tak menjadi masalah kerana tetap mendapat 3 mata. Misi untuk menjuarai liga perdana musim ini masih lagi berada di landasan yang betul dan tepat. Harap pemain dan pihak pengurusan Pahang FA mampu meningkatkan lagi dan meneruskan prestasi ini.

Perlawanan seterusnya untuk pasukan Pahang FA adalah perlawanan pusingan pertama piala FA. Yang mana skuad Tok Gajoh akan menentang KL Felda United FC yang beraksi dalam liga super. Skuad ToK gajoh sedikit pon tak gentar. Perlawanan di Melaka itu akan diadakan di stadium Hang Jebat . Jadi, kepada anak2 Pahang yang ada di Melaka te, moh la kite weh. Memberi sokongan padu kepada pasukan Pahang 19 arb Feb ni nanti yak.


Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!

Saturday 11 February 2012

Pahang Di Tempat Ke Dua

Selesai sudah perlawanan liga perdana malam tadi melibatkan pasukan selain daripada pasukan Pahang dan juga Johor. Result perlawanan malam tadi :

Keputusan penuh Liga Perdana | 10 Februari

Ù  Betaria 1-1 PDRM
Ù  MBJB 0-3 Pos Malaysia
Ù  Sime Darby 4-1 USM
Ù  Harimau Muda B 2-2 MP Muar
Ù  Perlis 0-4 ATM
Dengan keputusan ini, maka Pahang sekarang ni berada di tangga ke dua liga. Atm berjaya menang besar ke atas Perlis dengan jaringan hatrik daripada Hairudin Omar. Berikut adalah carta bagi Liga Perdana sehingga ke 10/2/2012 :
Perbezaan dua mata dengan Atm memisahkan kita. Tapi tak apa, kerana banyak lagi perlawanan-perlawanan yang akan kita tempuh selepas ini. Dengan pengambilan pemain import baru yang telah di test malam tadi dalam perlawanan persahabatan antara Pahang menentang Shahzan Muda di stadium Temerloh . Keputusan perlawanan adalah Pahang 3 Shahzan Muda 0. Semua jaringan adalah daripada pemain import di bawah :
memakai jersi no 11

Memakai Jersi no 10

Sumber Gambar : Kuantan Port Shahzan Muda facebook group.


Rasanya daripada 3 pemain import yang di test malam tadi, dua orang ni kot yang akan terpilih kerana mengikut kenyataan daripada Datuk Akbar, PBNP mengambil dua orang daripada mereka. Semoga segala urusan dalam pengambilan pemain import ini lancar. Ini adalah kerana tarikh tutup bagi kemasukan pemain import adalah sehingga ke 13/2/2012 sahaja. Kita berharap dan berdoa agar segala-galanya lancar dan mereka boleh beraksi menentang pasukan USM Staf di Pulau Pinang nanti. Amin.



Kalau mengikut rekod di atas kertas, keputusan perlawanan menyebelahi Pahang. Tapi, jangan terlampau yakin dan mesti berhati-hati . Jangan jadi macam masa lawan dengan Perlis dulu yang mana dah leading 2-0 tapi di kejar semula pada saat2 akhir dan perlawanan berakhir dengan seri. Orang Pahang yang ada di Penang tu, boleh lah datang memberi sokongan dan semangat kepada player Pahang. Semoga Pahang berjaya mengutip 3 mata penuh lagi. Target kita sekurang-sekurang nya satu piala akan di bawa balik ke Pahang musim ini. InsyaAllah.


Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!
 


Thursday 9 February 2012

Carta Liga perdana sehingga 8/2/2012

Berikut adalah carta bagi liga perdana sehingga ke hari ni :



Pasukan Pahang mendahului liga dengan 13 mata selepas 6 perlawanan yang mana dengan 4 kemenangan, 1 seri, dan 1 kaloh.Result bagi perlawanan-perlawanan tersebot :

Pahang 1 MBJB                0  < Menang >
Pahang 4 Harimau Muda B  0  < Menang >
Pahang 2 Sime Derby        1  < Menang >
Pahang 2 Perlis                2  < Seri >
Pahang 2 Atm                  3  < Kalah >
Pahang 2 Johor FA            0  < Menang >



Manakala pasukan ATM dan PDRM masing2 dengan 11 dan 12 mata dan mempunyai kelebihan 1 perlawanan lagi. Jadi, untuk penyokong Pahang, kite kene berdoa semoga pasukan PDRM dan ATM seri atau kaloh supaya pasukan Pahang berada dalam kedudukan yang lebih selesa. Perlawanan selepas ni PDRM akan menentang Bentaria manakala ATM akan menentang Perlis.

Perlawanan ke tujuh bagi pasukan pahang adalah pada 13/2/2012 menentang USM Staf di Stadium Olahraga USM , Penang. Moh sama2 kite doakan kejayaan pasukan Pahang a.k.a Tok Gajoh !



Wednesday 8 February 2012

Azamuddin Akil @ Alex Lepeh hero Tok Gajoh !!

Itulah ungkapan yang sebenor2nya patot di beri kepada Azamuddin atau di kenali sebagei Alex Lepeh ni. Control ball cantik, keras, rajin, tak kenal erti penat, bersemangat, dan finishing yang mantak telah di tunjukkan kepada penyokong2 pasukan Tok Gajoh.. Pemain kelahiran Lepih ini  mule mendapat perhatian bukan sahaja penyokong Pahang, malah penyokong2 negeri lain juge turut megakui akan kehebatan dan kepantasan Alex. Saksikan Finishing dan instinct jaringan gol dari hero kita :



Untuk pengetahuan Alex ada dapat offer dari 4 pasukan liga super...tapi dia tolok kerana nok menyumbang bakti pada negeri sendiri...dan salah satu pasukan yang offer alex adalah Kelantan FA..........Tahniah Alex kerana kekal bersame negeri sendiri...curah bakti pada negeri sendiri...semangat pahlawan Pahang...

Dengan kemenangan ini , Pahang berada di tangga teratas liga...harap2 selepas ni ATM kaloh, PDRM pon kaloh supaya Pahang kekal di atas...Amin...

Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!


Monday 6 February 2012

Misi Kutip 3 Mata

Selepas mengharungi 5 perlawanan, pasukan Pahang tetlah mencatatkan 3 kemenangan, 1 seri, dan 1 kekalahan. Sehingga ke perlawanan ke 5, pasukan Pahang berda di tangga ke tiga liga perdana :


Untuk meneruskan saingan dalam liga perdana, Pahang wajib menang ke atas Johor yang mana mempunyai rekod bersih masih belum mengalami kekalahan dalam 5 perlawanan. Pasukan Pahang turut mempunyai rekod bersih dalam perlawanan di gelanggang sendiri. Jadi, pertembungan antara 2 pasukan yang mana mempunyai rekod dan kelebihan masing-masing. Perlawanan pada 7/2/2012 ini akan diadakan di Temerloh dan disiarkan secara langsung oleh RTM 1.






Tentera-tentera Gajah menunggu anda wahai sang Jengking...
Gajah akan menunjukkan gadingnya selepas di asah..
Datang lah ke kubu kami dan di tusuk dengan gading...

Menang atau Kalah Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!

Saturday 4 February 2012

Pahang Vs Atm



Berlalu lah sudah perlawanan antara pasukan Pahang menentang Atm di stadium MBPJ semalam...Suasana di stadium agak meriah dengah kehadiran penotnton Pahang, Elephant Army ( Ultras Pahang), dan para penyokong ATM...Perlawanan mula membuka tirai jaringan selepas Atm di hadiahkan sepakan penalti. Agak mengecewakan di awal permainan ATM mula mendahului. Tapi , dengan semangat yang di tunjukkan player Pahang,mereka mampu menyamakan kedudukan . Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 2-2.

Konvoi penyokong Pahang..Tahniah kerana sentiasa bersama pasukan Tok Gajah !!

Gerakan bagi pasukan Pahang tampak tempang pada separuh masa kedua apabila playernya terkena kad merah. ATM menggunakan peluang sebaiknya dan berjaya menjaringkan gol untuk mendahului pada minit-minit akhir walaupun player Pahang nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan gawang gol. Namun pada minit ke 90 sekali lagi player Pahang di buang padang . Dan sekaligus menyebabkan Pahang bermain hanya dengan 9 pemain. Apa yang membanggakan adalah semangat juang player-player Pahang. Terutamanya Alex yang dilihat tak berputus asa mengejar bola. Walaupun kalah semalam, tetapi ramai penyokong Pahang menyatakan kepuasan dalam perlawanan semalam ,cuma nasib tidak menyebelahi pasukan Pahang.

Player Pahang seharusnya lebih tenang dan jangan terlampau emosi di atas padang. Ini adalah kerana kebanyakkan kad yang di layangkan adalah berpunca daripada emosi tak stabil daripada para pemain. Mungkin kerana kurang pengalaman  dalam bermain dalam liga Malaysia kerana kebanyakkan player baru di terapkan ke pasukan Pahang. Harap selepas ini player Pahang mampu lebih tenang dalam menghadapi situasi-situasi sukar dan emosi.

Bagi pemain import pula, Pahang seharusnya mencari pemain import yang lain sebelum tarikh tutup 13 Feb ni ..Ini adalah untuk menguatkan  dan memantapkan lagi pasukan Pahang. Nana di lihat jarang menerima bola, dan gelecekannya selalu tak menjadi. Kebanyakkan anak tempatan bermain lebih mantap dan lebih skillful berbanding si nana tu. Sudah 5 perlawanan di tempuhi Pahang sehingga ke hari ni, tetapi nana masih belum mampu mempersembahkan aksi yang memuaskan. Harap pihak PBNP selesaikan masalah ini secepat mungkin. Kalau tak buat apa-apa tu maknanya memang tak ada kemampuan lah maknanya tu.

Apa-apa pun pasukan Pahang masih lagi berpeluang untuk menerajui liga . Pada hari Selasa ni pasukan Pahang akan bertemu Johor di stadium Temerloh. Dan ada live di RTM1. Jangan lupa rodong2 yang ada di Temerloh dan sekitornya datanglah ke stadium memberi sokongan kepada pasukan Pahang. Pasukan Pahang wajib mengutip 3 mata 7/2 ni untuk menerajui liga dan memberi saingan dalam liga perdana.

Jumpa di sana ok rodong selasa ni...
Menang atau kalaoh Pahang tetap di hati koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!


Thursday 2 February 2012

Pemain bolasepak wanita yang hot!

Wa ada search, pasal pemain bolasepak wanita yang agak hot. Memang berdarah bibir la wa cakap, sampai wa kena sensor sikit gambar sebab wa takut lu goncang telor. Kahkah alahh, rileklah, wa tunjuk sikit jek takkan nafsu dah kot?


  • Laisa Andrioli - pemain wanita kebangsaan Brazil


Lawa kan? Cam aku leww

Alahh, kalau lu orang nak mencapai tahap ejakulasi yang tinggi, sila google image sahaja. Kahkah


  • Eva Roob - Bekas pemain bolasepak wanita German. Ya, bekas, sekarang dia berpindah ke bidang bola yang lain. Ha lah, masuk bidang porno. Kuikuikui

Gentel nipple, escsnmdkjcfkj betul pompuan ni kahkah

Agak sopan sebab pakai selendang, wakaka

Wa tak apa la boleh tengok barang perempuan, pasal wa pun perempuan. Kahkah, kalau lu orang lebih-lebih, wa tak jamin. Tapi yang coolnya, cantik-cantik gini gi main bola, baik tolong mak kat dapur jek. Eh apa motif wa ni.


Ada lagi sambungan, nanti ah pasal wa kena pergi kelas, daa~


Sunday 29 January 2012

Aku bukanlah peminat Tok Gajah

Ini entry selingan sementara tak tahu nak post benda apa.

Aku dulu mana minat bola. Lagi-lagi pasal Tok Gajah la, Kenari la, Singa la, blablablabla, sebab apa? Sebab aku memang tak minat. 

Lepas tu, "boyfriend" aku (kawan lelaki) pengaruhi aku *aipp apa kau fikir haa. Dia ajak aku search pasal kehebatan Tok Gajah. Search jadual perlawanan la, pasal itu, pasal ini, buat banner. Yeahh, masa tu macam nak terbukak sikit la hati aku.

Tapi seronok bila bercakap pasal bola. Dan mampu memberi kebahagiaan, ececehh. Dan aku rasa bersemangat nak tengok Tok Gajah lawan 3 haribulan 2 ni. Perghh mesti syiokkk

Ha semalam ramai salah anggap pasal tarikh perlawanan Pahang vs ATM. Orang kata Kosmo bagi salah information. Betul ke? Haihh Kosmo ni nak kena tukar nama yak? Kospu, Kosmo Penipu. Huahuahua

Apa-apa pun, HOGOH PAHANG HOGOH! Dan sekarang aku sayang team Tok Gajah.



Thursday 26 January 2012

Senarai Player Tok Gajah 2012


Berikut adalah senarai nama player yang bermain untuk skuad Tok Gajah bagi musim ini. Semoga mereka dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan menggondol piala musim ini. Kita doakan sama-sama...




KALOH ATAU MENANG PAHANG SENTIASA DI HATI KOI.
HITAM PUTIH TAKKAN PADAM.

Hogoh Pahang Hogoh!!




Wednesday 25 January 2012

Pencapaian Skuad Tok Gajah


Skuad Tok Gajah adalah antara salah satu pasukan lagenda dan  yang  digeruni pada satu masa dulu. Terutamanya pada tahun 1992 . Masa tu pasukan Pahang cukup digeruni kerana kehebatannya. Tapi, tahukah anda akan pencapaian keseluruhan skuad Pahang sepanjang wujudnya  ia  di dalam kancah bola sepak negara? 

Sini kami senaraikan :

Pencapaian di Liga Malaysia

[Juara]
- Piala Malaysia > 1983, 1992 (2x)
- Liga Malaysia > 2004 (1x)
- Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana > 1987, 1992, 1995, 1999 (4x)
- Piala FA Malaysia > 2006 (1x)
- Piala Sumbangsih > 1992, 1993 (2x)

[Naib Juara]
- Piala Malaysia > 1984, 1994, 1995, 1997 (4x)
- Liga Malaysia > N/A
- Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana > N/A
- Piala FA Malaysia > 1995 (1x)
- Piala Sumbangsih > 1985, 1988, 1995, 2007 (4x)

Pencapaian di Peringkat AFC dan AFF

● Kejohanan Kelab Asia: 3 penyertaan
1989: Peringkat Kumpulan
1994: Menarik diri dari kelayakan - Pusingan Pertama
1996: Pusingan Kedua

● Piala AFC: 2 penyertaan
2005: Peringkat Kumpulan
2007: Peringkat Kumpulan

● Kejohanan Kelab ASEAN: 1 penampilan
2005: Naib Juara


Itu adalah antara pencapaian skuad Pahang sehingga ke hari ini. Tak mustahil dengan segala usaha dan sokongan padu dari para penyokong, skuad Tok Gajah mampu menambah lagi koleksi dalam list di atas. Jadi, sama-sama lah kita warga Pahang memberi sokongan padu kepada Tok Gajah. Sama ada dari segi hadir ke stadium, membeli jersi, dan sebagainya. Kerana setiap apa yang kita lakukan demi Tok Gajah adalah untuk memartabatkan semula Skuad Tok Gajah di dalam negara mahu pun luar negara. InsyaAllah..

Ingat...Tiada yang mustahil... Sama-sama kita doa agar Pahang kembali menyinar dengan lebih gemilang..

KALOH ATAU MENANG PAHANG SENTIASA DI HATI KOI.
HITAM PUTIH TAKKAN PADAM.


P/s : Jika ada salah/ silap minta perbetulkan. :-)


Prestasi semasa

Sehingga ke hari ini, skuad Tok Gajah dah mengharungi 4 perlawanan iaitu 2 perlawanan di tempat lawan, dan 2 perlawanan sebagai tuan rumah. Keputusan bagi 4 perlawanan yang lalu :

Pahang  VS MBJB  ( 1-0 )

Pahang VS Harimau Muda B ( 4-0 )

Pahang Vs KL Sime Darby Fc ( 2-1 )

Pahang  VS  Perlis ( 2-2 )



Selepas ini pasukan Pahang akan bertemu dengan pasukan pilihan juara liga perdana Malaysia iaitu ATM.

                                               
VS          












Mampukah Tok Gajah mengekalkan rekod tanpa kalah? Mampukah Nana ( pemain import Pahang ) menunjukkan sesuatu selepas ini? Sama-sama kita penyokong Pahang doakan. Jika menang, Pahang akan semakin selesa di hadapan, tapi jika kalah, Pahang akan terus memberi saingan dalam merebut takhta dalam liga Perdana sekaligus naik semula ke Liga Super . InsyaAllah....



Tok Gajah Forever

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Blog ini di wujudkan untuk menjadi sebagai salah satu platform untuk peminat-peminat bola sepak Pahang khususnya untuk mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai skuad Tok Gajah dan skuad Harimau Malaya umumnya.  Kami di Tok Gajah Forever akan berusaha bersungguh-sungguh dan cuba untuk memberi sebanyak mungkin info yang kami ada . Kami juga  mempunyai page di facebook dan diminta aokme seme like la yak..hehe .... Semoga dengan penubuhan blog Tok Gajah Forever ini disenangi dan mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong Tok Gajah...

Tok Gajah di hati koi!!