Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 29 January 2012

Aku bukanlah peminat Tok Gajah

Ini entry selingan sementara tak tahu nak post benda apa.

Aku dulu mana minat bola. Lagi-lagi pasal Tok Gajah la, Kenari la, Singa la, blablablabla, sebab apa? Sebab aku memang tak minat. 

Lepas tu, "boyfriend" aku (kawan lelaki) pengaruhi aku *aipp apa kau fikir haa. Dia ajak aku search pasal kehebatan Tok Gajah. Search jadual perlawanan la, pasal itu, pasal ini, buat banner. Yeahh, masa tu macam nak terbukak sikit la hati aku.

Tapi seronok bila bercakap pasal bola. Dan mampu memberi kebahagiaan, ececehh. Dan aku rasa bersemangat nak tengok Tok Gajah lawan 3 haribulan 2 ni. Perghh mesti syiokkk

Ha semalam ramai salah anggap pasal tarikh perlawanan Pahang vs ATM. Orang kata Kosmo bagi salah information. Betul ke? Haihh Kosmo ni nak kena tukar nama yak? Kospu, Kosmo Penipu. Huahuahua

Apa-apa pun, HOGOH PAHANG HOGOH! Dan sekarang aku sayang team Tok Gajah.



Thursday 26 January 2012

Senarai Player Tok Gajah 2012


Berikut adalah senarai nama player yang bermain untuk skuad Tok Gajah bagi musim ini. Semoga mereka dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan menggondol piala musim ini. Kita doakan sama-sama...




KALOH ATAU MENANG PAHANG SENTIASA DI HATI KOI.
HITAM PUTIH TAKKAN PADAM.

Hogoh Pahang Hogoh!!




Wednesday 25 January 2012

Pencapaian Skuad Tok Gajah


Skuad Tok Gajah adalah antara salah satu pasukan lagenda dan  yang  digeruni pada satu masa dulu. Terutamanya pada tahun 1992 . Masa tu pasukan Pahang cukup digeruni kerana kehebatannya. Tapi, tahukah anda akan pencapaian keseluruhan skuad Pahang sepanjang wujudnya  ia  di dalam kancah bola sepak negara? 

Sini kami senaraikan :

Pencapaian di Liga Malaysia

[Juara]
- Piala Malaysia > 1983, 1992 (2x)
- Liga Malaysia > 2004 (1x)
- Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana > 1987, 1992, 1995, 1999 (4x)
- Piala FA Malaysia > 2006 (1x)
- Piala Sumbangsih > 1992, 1993 (2x)

[Naib Juara]
- Piala Malaysia > 1984, 1994, 1995, 1997 (4x)
- Liga Malaysia > N/A
- Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana > N/A
- Piala FA Malaysia > 1995 (1x)
- Piala Sumbangsih > 1985, 1988, 1995, 2007 (4x)

Pencapaian di Peringkat AFC dan AFF

● Kejohanan Kelab Asia: 3 penyertaan
1989: Peringkat Kumpulan
1994: Menarik diri dari kelayakan - Pusingan Pertama
1996: Pusingan Kedua

● Piala AFC: 2 penyertaan
2005: Peringkat Kumpulan
2007: Peringkat Kumpulan

● Kejohanan Kelab ASEAN: 1 penampilan
2005: Naib Juara


Itu adalah antara pencapaian skuad Pahang sehingga ke hari ini. Tak mustahil dengan segala usaha dan sokongan padu dari para penyokong, skuad Tok Gajah mampu menambah lagi koleksi dalam list di atas. Jadi, sama-sama lah kita warga Pahang memberi sokongan padu kepada Tok Gajah. Sama ada dari segi hadir ke stadium, membeli jersi, dan sebagainya. Kerana setiap apa yang kita lakukan demi Tok Gajah adalah untuk memartabatkan semula Skuad Tok Gajah di dalam negara mahu pun luar negara. InsyaAllah..

Ingat...Tiada yang mustahil... Sama-sama kita doa agar Pahang kembali menyinar dengan lebih gemilang..

KALOH ATAU MENANG PAHANG SENTIASA DI HATI KOI.
HITAM PUTIH TAKKAN PADAM.


P/s : Jika ada salah/ silap minta perbetulkan. :-)


Prestasi semasa

Sehingga ke hari ini, skuad Tok Gajah dah mengharungi 4 perlawanan iaitu 2 perlawanan di tempat lawan, dan 2 perlawanan sebagai tuan rumah. Keputusan bagi 4 perlawanan yang lalu :

Pahang  VS MBJB  ( 1-0 )

Pahang VS Harimau Muda B ( 4-0 )

Pahang Vs KL Sime Darby Fc ( 2-1 )

Pahang  VS  Perlis ( 2-2 )



Selepas ini pasukan Pahang akan bertemu dengan pasukan pilihan juara liga perdana Malaysia iaitu ATM.

                                               
VS          












Mampukah Tok Gajah mengekalkan rekod tanpa kalah? Mampukah Nana ( pemain import Pahang ) menunjukkan sesuatu selepas ini? Sama-sama kita penyokong Pahang doakan. Jika menang, Pahang akan semakin selesa di hadapan, tapi jika kalah, Pahang akan terus memberi saingan dalam merebut takhta dalam liga Perdana sekaligus naik semula ke Liga Super . InsyaAllah....



Tok Gajah Forever

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Blog ini di wujudkan untuk menjadi sebagai salah satu platform untuk peminat-peminat bola sepak Pahang khususnya untuk mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai skuad Tok Gajah dan skuad Harimau Malaya umumnya.  Kami di Tok Gajah Forever akan berusaha bersungguh-sungguh dan cuba untuk memberi sebanyak mungkin info yang kami ada . Kami juga  mempunyai page di facebook dan diminta aokme seme like la yak..hehe .... Semoga dengan penubuhan blog Tok Gajah Forever ini disenangi dan mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong Tok Gajah...

Tok Gajah di hati koi!!