Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 28 March 2012

Kami juga menjual t-shirt Tok Gajah Forever

Setakat survey yang kami buat, ramai yang berkenan warna hitam. Tak apa, kami bercadang keluarkan warna hitam dulu. Harga RM25 tak termasuk pos. Murah kan? Kan? Kain elok, apa lagi yang anda mahu? Saiz kanak-kanak pon ade. Saiz dinosour pun ade. Hahak. 

Untuk maklumat lanjut, terus ke page Tok Gajah Forever. Kat situ bolehlah kita berinteraksi dan bertukar pendapat mengenai sesuatu maklumat. Sharing is caring kann.

3 hari lagi sebelum tamat tempahan.....cepat rodong2....
Harga RM 25 tak termasuk pos..
Saiz paling besar XXXL dan saiz paling kecil S..
Saiz kanak-kanak turut kami sediakan...

Jika berminat sila bank in ke no kami :

CIMB 04030086581522
atau
MAYBANK 154026643546

Selepas bank in sila nyatakan nama anda, tarikh dan masa bank in, kuantiti, saiz, dan nama FB anda dan sms ke 016-9617694

Tarikh tutup tempahan adalah pada 31/3/2012



Moh rodong-rodong! Sokong Tok Gajah kita!



Monday 12 March 2012

Semoga Berjaya Tok Gajah !!!!






 Kite telah dikecewakan dalam saingan piala FA 2012. Itu tak bermakna kita akan mengalah. Itu tidak bermakna kita gagal selamanya. Tetapi, itu adalah satu sebab mengapa kita akan bangkit semula. Kita akan menuju ke arah kegemilangan seperti satu masa dulu.

Skuad Tok Gajah akan bangkit kembali. Semoga video ini dapat menaikkan semangat pemain Pahang serta para penyokong agar terus memberi sokongan kepada pasukan kita. Pasukan Pahang FA a.k.a Skuad Tok Gajah.

Semoga Pahang menjadi sebagai salah satu pasukan gergasi bola sepak di Malaysia semula.

Amin ~

Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Hogoh Hogoh !!


Saturday 10 March 2012

Berakhir pemburuan piala Fa 2012

Pusingan ke dua Piala Fa antara pasukan Pahang Vs T Team berakhir dengan keputusan Pahang 2 T Team 3. Gol yang di jaringkan oleh Hazuan a.k.a Kecik adalah jaringan pertama perlawanan . Tak lama selepas itu gol tandukan Faizol di katakan Offside oleh linesman. Maka dengan terbatalnya jaringan itu, T Team mula mengejar kembali dengan kedudukan 1-1. Selepas itu gol cantik dari Azamuddin Akil meletakkan Pahang di hadapan untuk seketika . Kemudian, sepakan gunting Fadzli Saari menyamakan kedudukan 2-2.

Masa tambahan 5 minit di gunakan sepenuhnya oleh T Team dengan menjaringkan Gol kemenangan mereka di minit-minit akhir. Sesuatu yang amat mengecewakan kita penyokong Pahang. Gol pada minit-minit akhir.

Video bagi perlawanan malam tadi :


Game menarik begitu juga dengan jaringan gol. Nasib tidak menyebelahi kita . Tak mengapa, pasti ada hikmah .

Tapi, kami ada luahkan di FB mengenai apa yang kami rasa malam tadi :


-Kenapa bermain di Terengganu sedangkan esok team Terengganu akan beraksi di padang dan stadium yang sama..sebelum ni Pahang main away di pusingan pertama , kali ni sekali lagi away...Ada yang tak kena...Mohon siasat...
-Gol yang dikatakan offside tu koi tak nampok di mana offsidenya.. Linesman kenapa? Mohon siasat..
-Kekasaran T Team 17, hanya 2 lekat kad kuning...Pahang 12 kekasaran, 3 kad kuning lekat...

Itu hanya luahan....Semua orang ada penilaian mereka sendiri. Tetapi, kekalahan ini di terima dengan hati terbuka dan positif. Ramai juga yang memuji player Pahang malam tadi. Kini ramai orang sudah mula nampak pemain-pemain Pahang yang berpotensi. Jadi??   Awas......!! Pemain-pemain yang berpotensi ini PASTI akan dipancing oleh team-team lain musim yang akan datang...Pengurusan pasukan Pahang perlu bijak mengatur dan merancang pasukan.

Selepas perlawanan, kita dapat lihat Faiz Subri, Shahril Faizal, Azamuddin Akil, Hazwan Daud, Gopinathan, Hafiz Kamal dan Zairo adalah antara nama-nama bintang bola sepak mempunyai bakat dan semangat yang cukup baik,. Malah antara yang terbaik pernah kita ada buat masa sekarang.

Secara peribadi Gol Azamuddin Akil dan Fadzli Saari adalah yang terbaik untuk perlawanan ini. Tahukah anda? Kedua-dua nya anak Pahang .Azamuddin orang Lepih, Fadzli Saari juga orang Lepih. Dua-dua orang Lepih. Mewakili pasukan yang berbeza, tapi gol menarik malam tadi adalah  dari dua pemain kelahiran Pahang ini....

Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!




Thursday 8 March 2012

Pahang Vs T Team ( Piala Fa pusingan ke dua )

Tidak lama lagi perlawanan bagi persaingan Piala FA pusingan ke dua akan berlangsung . Pasukan-pasukan yang layak akan meneruskan misi pada minggu ini :

Pahang Vs T Team
Perlis Vs Kedah
Kl Spa Fc Vs Preach K.Reach
Kuala Lumpur Vs Kelantan
Selangor Vs Johor FC
Sime Darby Vs Usm Fc
Betaria FC Vs Lion XII
Perak Vs Terengganu

Kesemua perlawanan akan berlangsung pada 10/3/2012 kecuali bagi perlawanan pasukan kite iaitu Pahang yang akan bertemu T Team di Terengganu pada 9/3/2012.  Sebelum ni Tok Gajoh berjaya menundukkan Felda United di tempat lawan. Kali ini sekali lagi kite akan merempuh tempat lawan. Pusingan ke dua ini masih lagi kalah mati dan tiada timbal balik.

Walaupun kedua-dua game persaingan piala FA ni berlangsung di tempat lawan dan tampok susoh, Tok Gajoh nampaknya mendapat lebih keyakinan selepas membenam MP Muar 5-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh tempoh hari. Moh kite doakan same-same agor Tok Gajoh mampu memenangi perlawanan itu nanti.



Kepade hok yang berkesempatan datang la nyokong team kite yak. Kasi hogoh sikit Stadium Terengganu te. Bior runtoh sebak Gajoh pon nok mengamok di sane ni.

Pantun untuk pasukan T Team dari pahlawan-pahlawan Gajoh .

Rupa Gagah Hati Berani
Hati Pukal Percaya Diri
Kokoh Berdiri Di Kaki Sendiri
Menghadapi Musuh Berpantang Lari

Jiwai Semangat Tok Gajah


Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!


Saturday 3 March 2012

Tok Gajoh Tersentap Dari Tidor

Pahang mengambil alih teraju Liga Perdana apabila mengutip mata penuh semalam dengan mengumpul 19 mata, satu mata di depan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang satu perlawanan. Sime Darby kekal di tangga ketiga apabila sekadar mencatatkan keputusan seri.


Kemenangan 5-1 ke atas Mp Muar di stadium Temerloh memberikan keyakinan kepada pasukan Pahang yang akan ke Terengganu menentang T.Team untuk pusingan ke 2 piala FA pada 9 Mac ni. Penjaring pada malam tadi adalah  Hazuan, Faizol,Boris, Alex, dan Eduard



Kemenangan bergaya ini turut di saksikan oleh para penyokong Pahang yang sanggup datang walaupun hujan pada malam tadi. Setakat ini semua pasukan dari Johor di Liga Perdana sudah di tewaskan seperti MBJB, Johor FA, dan malam tadi Mp Muar. Pahang memang steady. Masih kebal di laman sendiri dan hanya 1 kekalahan sepanjang 8 perlawanan. 


Kite mengharapkan ATM akan tunduk kepada Usm supaya Pahang kekal menerajui liga.  Jangan kejutkan Gajah dari tidur, kan dah kena 5 das. hehe.....


Moh kite beri sokongan kepada pasukan Pahang 9 Mac ni nanti untuk pusingan ke 2 saingan piala FA nanti yak.


Menang Atau Kalah Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!