Wednesday, 1 August 2012

Kecemerlangan Alex, Kebanggaan Kami


Rasanya belum terlambat nak ucapkan tahniah di atas kecemerlangan Alex @ Azamuddin Akil yang berjaya menjaringkan gol tunggal bagi Malaysia ketika menentang Manchester City tempoh hari. Alex benar-benar membuktikan kemantapan corak permainan yang dilihat selamba tetapi dengan laju merembat gol ke pintu gawang. Ohh gol itu pada kami dikira sebagai gol bertaraf antarabangsa :)

Kami, krew Tok Gajah Forever bangga dengan pencapaian Alex yang super duper excellent. Sepanjang 5 perlawanan Alex bersama team kebangsaan, Alex berjaya menyumbat 3 gol buat Malaysia. Amacam? Bangga koi.. Hehe.... Koi pasti, penduduk Pahang juga bangga dengan pencapaian Alex yang luar biasa..

Sungguhpun kita kalah, namun semangat tetap utuh! Hogoh Malaysia Hogoh!