Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 26 January 2013

Terus kekal momentum, syabas!


PAHANG terus mengekalkan corak cemerlang dengan memperoleh kemenangan di M-League untuk menyingkirkan Johor daripada persaingan Piala FA dengan bangkit dari ketinggalan untuk menang 3-2 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Pasir Gudang petang semalam.

Gol jaringan Pahang oleh pemain yang menjadi sebutan ketika ini, Fauzi Rozlan (penalti minit 45) dan 75 minit dan Mohamed Borji (minit 13). Harimau selatan mendahului tokgajah pada minit ke-10 melalui Juan Muriel Orlando. Orlondo juga menjaringkan gol kedua Johor pada minit ke-50.

Tok Gajah yang beraksi hebat dalam saingan Liga Super ketika ini melakukan “come back” dalam perlawanan ini  untuk mengakhiri saingan Johor yang telah berada di hadapan pada minit ke-10 melalui Orlando yang berjaya untuk mendapatkan bola semasa situasi kelam kabut dalam kotak penalti Pahang .

Tetapi gol pendahuluan  itu hanya bertahan tiga minit selepas Pahang menyamakan kedudukan melalui pemain import, Borji yang pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama selepas 5 perlawanan. Borji ternyata menjadi duri dalam daging buat Johor.

Selepas jaringan Borji, Johor telah meningkatkan tempo permainanan  mereka dan menyebabkan pertahanan Pahang bertungkus lumus menjaga kubu mereka.Ketumpulan jentera serangan Johor dihukum Pahang dianugerahkan penalti pada minit ke-45 selepas Nazri Ahmad menjatuhkan Borji ke dalam kotak. Fauzi Roslan tidak membuat kesilapan untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Johor kembali selepas rehat dengan melakukan serangan awal dengan tandukan  Alif Mohd Yusof sedikit tersasar di post kiri. Usaha Johor mengasak kubu Pahang akhirnya berhasil,di mana Orlando sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-50 apabila dia menyempurnakan sepakan sudut oleh Farid Ramli.

Dengan semangat TokGajah, Pahang kembali mengatur langkah selepas Johor menyamakan kedudukan dengan Fauzi, yang telah memperoleh panggilan skuad kebangsaan, sekali lagi menjadikan wira Pahang, dengan melakukan satu gerakan yang menarik pada minit ke-75, memperdaya 3 pertahanan Johor sebelum merembat masuk gol kemenangan skuad TokGajah!

Pahang XI: Nasril, Jalaluddin, Saiful, Razman, Faisal, Azzamuddin, Faizol, Hafiz Kamal, Gopinathan, Borji, Fauzi Roslan

Penjaring gol: M.Borji 14’, Fauzi Roslan 45+1’, 75’



Wednesday 23 January 2013

Strategi Dollah semakin menjadi


Meski tiada jaringan dihasilkan pada babak separuh masa pertama, kehadiran penyokong Pahang yang sporting mungkin telah menaikkan semangat pemain untuk terus berhabis-habisan menyerang Terengganu. Pahang menunjukkan aksi-aksi menarik sepanjang perlawanan malam tadi dengan kebangkitan menentang Terengganu bagi menghasilkan jaringan 3 gol yang disempurnakan oleh Hafiz Kamal dan Fauzi Roslan (Kojie)

Keeper Terengganu, meski beliau lahir di Liverpool, tak semestinya beliau terer, eh? Wakaka. Ramai yang menentang kehadiran keeper Pahang, Nasril, kerana bentuk badannya kurang menarik untuk ditatapi, namun, kecemerlangannya menyelamatkan beberapa percubaan penyerang Terengganu akhirnya berhasil. Syabas TGF ucapkan.

Walau Pahang tumpas di Stadium Shah Alam tempoh hari, Pahang tidak membiarkan kekecewaan itu mengganggu dan akhirnya memberi kelebihan 3 mata kepada pasukan Tok Gajah ini. Pahang bangkit menyerang! Wah semangat.

Tok Gajah bertungkus lumus memecah benteng pertahanan Sang Penyu sehingga minit ke-77, apabila Hafiz Kamal membuka jaringan dengan sepakan percuma dengan kaki kiri yang menarik.

Seminit kemudian, Pahang mengandakan jaringan apabila Fauzi Roslan aka Kojie berlari ke hujung gol untk menanduk hantaran lintang Mohamed Borji, sebelum Hafiz menutup malam kegemilangan Pahang dengan jaringan jarak dekat setelah satu serangan pantas dari Kojie.





Carta Liga Super 2013 :


p/s : Gol sepakan percuma Hafiz Kamal smart la bagi koi.
p/s 1 : Dollah dah pandai mengatur strategi, no more import yang entah pape tu. kehkeh. Pemain tempatan jugek yang power.

Sumber gambor carta : Sokernet.com


Berikut ialah senarai pemain power malam tadi :

Pahang XI: Nasril, Jalaluddin, Saiful, Razman, Faisal, Suren (Borji), Faizol, Amirul (Hafiz Kamal), Gopinathan, Azamuddin, Fauzi Roslan

Penjaring gol: Hafiz Kamal 77’, 90’ & Fauzi Roslan 79’

Terengganu XI: Adney, Muhaimin, Bikana, Faizal (Hazmizan), Nik Zul, Puneswaren, Nordin (Ismail Faruqi), Rosdi, Ashari, Effa, Faderin (Manaf Mamat)




Sunday 20 January 2013

Tersadung di Stadium Shah Alam



Berikut ialah senarai pemain yang beraksi pada perlawanan sengit malam tadi,


Pahang XI: Nasril; Jalaludin(C), Saiful, Razman, Shahrizan (Faisal Rosli); Amirul, Suren, Faizol, Gopi (Borji); Azamuddin, Fauzi Roslan

unused subs : Rosfaizul, Hazri, Hafiz Kamal, Nico, Syawal

scorer: Fauzi Roslan minit 25, Razman minit 44 menerusi sepakan penalti (goal pertama razman untuk pasukan pahang)


Makanya di sini, perlawanan malam tadi membuatkan pasukan gajah ganas ini hanya tersadung sedikit dengan keputusan tipis 3 -2 dimana memberi kemenangan kepada pasukan Selangor ke atas Pahang.

Abah koi orang Perak, "Along, kenapa setiap kali Pahang main, mesti macam final? Teruk juga gini, tergugat Selangor, jangan sampai abah sokong Pahang pulok", yang kesudahannya dibalas dengan ketawa terbahak-bahak koi.

Mestilah macam final, penyokong Pahang memang superb! Pemain Pahang, awesome!

Jaringan Amri Yahya seawal minit ke 3 dengan menyudahkan hantaran pendek Solihin ke celah kangkang keeper Pahang. Sudahnya, Selangor menambah jaringan lagi membuatkan Selangor selesa menari samba sambil makan koci ditengah padang. Kedudukan menunjukkan sudah 2-0.

Kelekaan pemain Selangor memberi peluang kepada pemain Pahang untuk mengasak ke gawang gol dengan tandukan Koji pada minit ke 25, dan sepakan penalti Razman pada minit ke 44. 

Kedudukan dua sama ini membuatkan kedua pihak lawan buntu mencari peluang yang akhirnya gol Ramzul dari Selangor yang telah menanduk untuk memecahkan kebuntuan pada minit ke 80.

Ah ye guane 10 minit lagi sebelum habis perlawanan pulop te? Tapi, Amirul Hadi main molek boh malam tadi. Pehh

Tapi, Irfan Bakti memuji perlawanan Pahang malam tadi, koi tak rasa Irfan sorang je, koi rasa semua puji Pahang main malam tadi. Power.

Kekalahan itu tak meruntuhkan semangat jitu pemain dan juga penyokong setia Pahang. Tingkatkan usaha, Pahang pasti boleh!



Koi tak tahu ngape, koi tengok dia ni mcm predator. hahaha

p/s : Dengor kabo, ramai pulop dok nyebut nama Koji dah ni. Akhirnya, nampak juga bakat anak jati Pahang ini.

sumber gambar : Astro Arena 



Wednesday 16 January 2013

Tok Gajah Terus Mengamuk


PAHANG terus memperkukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur, hari ini.

Dengan kemenangan ini, ia bukan sahaja mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, malah terus menduduki tangga teratas dengan mengumpul sembilan mata.

Fauzi Roslan menjaringkan gol pertama pada minit ke-27 sebelum Faizol menjadi wira skuad Tok Gajah dengan meledak gol kedua pada minit ke-76 untuk membantu pasukannya membawa pulang tiga mata penuh.

Begitu pun, kesilapan yang dilakukan pemain Pahang, Hazri Rozali mengundang padah apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-89.

Berikut ialah kedudukan selepas match ketiga,

Embedded image permalink

Gambar aksi jaringan malam semalam, power uolls!




sumber gambor penjaring power dan hensem meletop : Gawang.my



Saturday 12 January 2013

Tok Gajah Kekal Bergaya

Semalam menyaksikan perlawanan di antara Pahang Darul Makmur menentang Felda United dengan kemenangan berpihak kepada Tok Gajah lerr sape lagi.

Hasil jaringan abang Borji kita, membolehkan kita meraih 1 gol mengatasi Felda United.

Perlawanan di stadium MBPJ Kelana Jaya dengan kehadiran penyokong kira-kira 500 orang menaikkan semangat pemain Tok Gajah untuk bermati-matian menyerang benteng pertahanan Felda United.

Kiranya Tok Gajah berada di atas carta la ni?

YA! YA! YA!

Teruskan menyokong Tok Gajah, tanpa sokongan padu, semangat hilang, hati semakin walang. Acewah

Guane baju away? hensenggggg

p/s : Rasa nak beli kain pelikat Gajah Duduk pulak *tetiba*

Kredit gambar ke Fadzlie Ahmad




Tuesday 8 January 2013

Tok Gajah pijak Harimau Selatan

Dengan kebangkitan pemain Pahang pada separuh masa kedua, terbukti pemain tempatan mampu menggegar gawang gol pasukan Johor Darul Takzim dengan dua gol hasil jaringan Koji dan satu gol hasil jaringan R. Surendran. Gol kemenangan 3 - 2 itu diharap bisa 'menggembirakan' penyokong JDT. Eh silap pulop. Kikiki

Hasilnya? Pemain tempatan juga yang valuable.

Hasilnya? Pemain tempatan juga yang berjaya menjatuhkan keegoan kewangan TMJ dengan "pasukan bintang" itu.

Hasilnya? Malas cakak banyok. Pemain import macam tak ada function. Tak membantu langsung.

Hasilnya? Pahang menang jugek.

Hasilnya? Moh ucap Alhamdulillah bebanyok.

Berikut ialah jadual perlawanan Liga Super :






Wednesday 2 January 2013

Kejutan buat penyokong setia Tok Gajah



Teka-teki siapakah akan menyarung jersey Pahang untuk musim 2013 akhir terjawab apabila Persatuan BolaSepak Negeri Pahang mengumumkan senarai 25 pemain di satu majlis memperkenalkan pemain di Restoran Chicking Fried Chicken, Kuantan, 20 December yang lalu.

Pahang menyenaraikan 8 muka baru termasuk 2 tonggak import iaitu pemain kelahiran Macedonia, Nicolche Klechkaroski, 29, dan Mohamed Borji, 32, dari Maghribi, yang kedua-duanya merupakan pemain penyerang. 6 pemain lagi adalah pemain tempatan termasuk Amirrul Hadi Zainal (dari Selangor), Razman Roslan (dari Selangor), Azidan Sarudin (dari Selangor), Nasril Nordin (dari Perak). Dua lagi pemain adalah dari pasukan Shahzan Muda, Faisal Rosli dan Khairul Azhan Khalid.

Berdasarkan senarai pemain Pahang, TGF yakin Pahang boleh mencapai top 5 untuk Liga Super 2013. Walaupun ramai peminat yang kecewa dengan tindakan Dollah Salleh menyenaraikan 2 pemain import di bahagian serangan, diharapkan rancangan Dollah Salleh ini berjaya. Kita tidak mahu jadi situasi sama macam tahun 2012, di mana benteng pertahanan yang longgar, meranapkan impian seluruh rakyat Pahang untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana.  Disaat Pahang mampu memperoleh kemenangan, pemain di barisan pertahanan selalu menjadi punca kita sebagai peminat pulang hampa.

Liga Super 2013 merupakan mungkin menjadi satu sejarah baru bola sepak Malaysia. Buat pertama kali nya, kita dapat menyaksikan beberapa pemain berkelas dunia beraksi di Liga Malaysia. Darul Takzim FC (dulunya Johor FC) dengan Daniel Guiza & Del Nero, T-Team dengan Celeb Folan & George Boateng , mungkin Liga Super 2013 akan menjadi saingan paling menarik untuk disaksikan di abad ini. Semoga wira-wira Tokgajah mampu meletakkan Pahang sebaris dengan pasukan handalan yang lain.


Hogoh Tokgajah Hogoh!!!!!!


Berikut adalah senarai pemain Pahang 2013
Skuad Liga Super 2013 Pahang

Pegawai:
Pengurus: Dato Che Nasir Salleh
Penolong Pengurus: Zainal Abidin Hassan
Ketua Jurulatih: Dollah Salleh
Penolong Jurulatih: Ahmad Shaharuddin Rosdi
Jurulatih Penjaga gol: Mudzar Mohamad
Fisioterapist: Suhaimi Bin Rami
Jurulatih Kecergasan: Rahim Kadir Ku Jambu
Kitman: Razak Akil
Pegawai Keselamatan: Fuzzemi Ibrahim

Pemain:
Penjaga Gol
Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Gk) (1)
Mohd Rosfaizul Azuar Ali (22)
Mohd Nasril Nordin (23)

Pertahanan
Jalalludin Abu Jaafar (2)
Mohd Saiful Nizaam Miswan (3)
Mohd Hazri Rozali (6)
Mohd Razman Roslan (13)
Mohd Faisal Mohd Rosli (14)
Mohd Zaiza Zainal Abidin (17)
Muhammad Syawal Norsam (18)
Shahrizan Salleh (20)

Tengah
Mohd Amirulhadi Zainal (5)
Surendran A/L Ravindran (7)
Azidan Bin Sarudin (8)
Mohd Faizol Hussain (11)
Mohd Hazuan Mohd Daud (15)
Mohd Hafiz Kamal (21)
Gopinathan Ramachandra (24)

Penyerang
Abdul Malik Mat Ariff (10)
Mohamed Borji (9)
Azamuddin Mohd Akil (12)
Nikolche Klechkaroski (16)
Mohd Fauzi Rozlan (19)



sumber gambor pemain-pemain hensem : Sinar Harian