Tuesday, 12 February 2013

FRIENDLY : PAHANG 2 - 5 SIME DARBY

Perlawanan semalam merupakan perlawanan persahabatan terakhir sebelum liga super bermula semula. Menjadi rutin pada pasukan Pahang tahun ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Temerloh, namun hujan lebat sejak dari pagi menyebabkan padang agak lecoh. Pahang bermula baik di awal perlawanan dengan banyak melakukan serangan melalui bahagian sayap. Namun Sime Darby mengejutkan Pahang, dengan satu serang balas pantas, pemain import mereka tenang menjaring gol setelah berdepan satu lawan satu dengan Nasril.

Terkejut dengan gol tersebut, Pahang mula bangkit mempekemaskan serangan, dan hasilnya, Kojie berjaya menyudahkan hantaran lintang dari belah kiri dari Gopi. Bergemuruh seluruh pelusuk stadium menyebut nama Kojie yang baru pulang dari tugasan skuad kebangsaan.

Perlawanan menjadi menarik selepas itu dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dan Sime Darby sekali lagi menghukum kealpaan pertahanan tokgajah dengan melakukan jaringan melalui pemain import mereka yang ala-ala Dzeko permainannya. Tapi Pahang yang suka buat “come back” tahun ini, sekali lagi bangkit dengan jaringan Sergio Aguero versi Pahang, Kojie dengan melakukan first timer setelah mendapat hantaran dari pak Arab, Borji.

Saat dengan penyokong seronok meraikan gol Kojie yang berkelas dunia, kereta kebal Pahang, Poyeng, cedera di jari selepas jarinya terpele’ot ketika melakukan tackle. Sedang Poyeng menerima rawatan di luar, Sime Darby mengambil kesempatan dengan melakukan jaringan ketiga setelah kelam kabut di dengan gol.Bekas pemain Pahang, Fadzli Saari melakukan tendangan kencang lalu menewaskan penjaga gawang Pahang, Nasril. Selang beberapa minit selepas itu, pasukan pelawat menambah jaringan lalu menjadikan kedudukan 2-4 untuk separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, Pahang cuba bangkit melakukan serangan melalui gandingan Kojie, Alex dan Borji, tetapi tetap buntu untuk merobohkan benteng pertahanan Sime Darby. Sebaliknya,Sime Darby menambahkan jaringan melalui pemain import no 10 mereka,gol yang hampir sama dengan gol pertama. Melihat pemain sedia ada sudah penat, Dollah Salleh melakukan pertukaran beramai-ramai. Walaubagaimana pun, masa makin suntuk,dan Sime Darby selesa bertahan di kawasan mereka dari melakukan serangan menyebabkan sukar Pahang untuk bangkit.

Lebih kurang 5 minit lagi sebelum tamat perlawanan, stadium kembali bersorak, kali ini bukan disebabkan gol tetapi tindakan Alex yang telah dikeluarkan sebelum itu, dimasukkan kembali,setelah Faizol tidak dapat meneruskan permainan. Dollah Salleh yang tak mempunyai pemain simpanan pada masa itu setelah semua telah di bawa masuk, terpaksa mengarahkan Alex menggantikan Faizol yang terhincut-hincut di tengah Padang.

Tamat perlawanan, Pahang 2-5 Sime Darby. Walaupun kalah, Penyokong tokgajah ceria bergambar dengan pemain-pemain Pahang. Friendly je pon kata meraka.

Pahang (4-4-2) : Nasril (Rosfaizul), Jalal (Hazri), Razman (Syawal), Poyeng (Zaiza), Faisal (Shahrizan); Alex (weystar), Yol (Azidan), Faizol (Alex), Gopi(Malik); Kojie, Borji(Nico).








PERHATIAN! 

Pada awalnya perlawanan LionsXII vs Pahang adalah 15/2/2013 Jumaat , Tetapi FAM telah meminda Tarikh itu ke 16/2/2013 SABTU . Sumber dari ZAH