Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 26 June 2013

Liga Super 2013 : Semakin layu



Pahang merakamkan kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas di tangan Kelantan semalam.
Kedua-dua pasukan bermain secara terbuka sejak dari awal perlawanan, di mana Pahang mendapat peluang pertama apabila larian deras R,Gopinathan di sebelah kiri berjaya mengumpan bola kepada Surendran di far post. Suren, yang tidak tamak, menghalakan bola tersebut kepada Matias, namun, penyerang Argentina itu tidak berjaya menyudahkan gerakan tersebut.

Pahang memperoleh peluang seterusnya pada minit ke 19 selepas Nik Shahrul menjatuhkan Matias pada jarak 25 meter dari pintu gol Kelantan. Bola dari sepakan percuma yang diambil Azidan berjaya menewaskan Khairul Fahmi, tetapi palang pula menjadi halangan.

Saiful Nizam yang digandingkan dengan Zaiza dalam perlawanan ini, bekerja keras mengekang serangan bertali arus Kelantan. Kelantan yang kembali mendapat rentas selepas diserang Pahang di awal perlawanan, mendapat peluang melalui Nor Farhan yang berjaya melepasi perangkap off-side pasukan Pahang, sebelum melorongkan bola kepada Badri Radzi. Badri berjaya memperdayakan Khairul Azhan, namun bola sepakan beliau berjaya dihalang dengan baik oleh Saiful Nizam di atas garisan gol.

Dengan pertahananan Pahang dalam kucar-kacir, Khairul Azhan beraksi dengan begitu baik sekali untuk menafikan jaringan pasukan tuan rumah. Hasil kesilapan Gopi menjatuhkan Fakri Sarani di dalam petak penalti, pengadil sepakan penalti kepada pasukan Kelantan. Sepakan tersebut diambil Obinna Nwaneri, namun sepakan tersebut mudah dibaca Khairul Azhan sekaligus pemain import Nigeria tersebut.

Tidak lama selepas penalti, Nor Farhan sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol, kali ini dengan tandukan tepat ke pintu gol, tetapi Khairul Azhan membuat aksi menyelamat yang menakjubkan menafikan jaringan Nor Farhan. Walau bagaimanapun, apabila seolah-olah perlawanan akan berakhir 0-0 untuk separuh masa pertama, Kapten Kelantan Badhri Radzi yang tidak dikawal, berjaya melepaskan satu sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan Khairul Azhan di pintu gol.

Pada minit ke-56 Kelantan menjadikan kedudukan 2-0 dan ia sekali lagi hasil kesilapan pertahanan Pahang. Badri Radzi melakukan through ball kepada Nor Farhan, walaupun Khairul Azhan berlari keluar untuk menghalang gerakan Nor Farhan, beliau tidak berjaya menyelamatkan tindakan susulan Zamri Ramli.

Pahang begitu hampir merapatkan kedudukan pada minit ke-73 apabila Abdul Malik flicked tandukan Matias dari sepakan penjuru, tetapi sekali lagi Kelantan diselamatkan oleh palang gol.
Dengan kemenangan ini, kedudukan Pahang di tangga ke-5 dipintas Kelantan dengan berbeza satu mata.

RUMUSAN

Kesimpulan, Pahang bermain jauh dari dari tahap permainan sebenar. Pahang hanya bermain baik dalam 20 minit pertama, kemudian terus dikuasai Kelantan.

Barisan pertahanan begitu longgar. Mudah untuk memberi pemain Kelantan mencipta jaringan. Pemain midfield pula langsung tidak mampu membantu serangan mahupun pertahanan.

Skrip yang hampir sama macam tahun lepas masa liga perdana. Di awal dan tengah musim, pasukan Pahang beraksi dengan baik sekali. Namun bila menghampiri akhir liga, pasukan banyak drop point.

Ketiadaan Stewart
punca barisan pertahanan begitu lemah


Begitu juga dengan pemain simpanan. Terdapat jurang yang agak besar di antara mereka. Mungkin faktor kurang diberikan perdedahan atau lack match practice di kalangan pemain ini menyebabkan mereka tidak mampu menunjukkan persembahan sebenar.

Namun, ada yang positif dari perlawanan ini. Penyokong-penyokong Pahang sudah boleh memberi kepercayaan kepada penjaga gol, Khairul Azhan. Jika di awal musim Yan hanya dilabelkan sebagai penjaga gol ketiga, kini kedudukan beliau sebagai penjaga gawang no 1 tidak perlu dipertikaikan. Yan beraksi cemerlang untuk menafikan pesta gol oleh pasukan Kelantan.

Berbaki 2 perlawanan, peluang Pahang untuk menduduki tempat ke-3 semakin tertutup. Diharapkan dalam 2 perlawanan yang seterusnya ini, Pahang dapat menceriakan kembali wajah penyokong-penyokong Pahang. Walaupun ada segelintir yang mengkritik selepas kekalahan semalam, tindakan mereka membuktikan mereka masih sayang kepada pasukan Tokgajah. Selamanya Pahang Darul Makmur.

Hogoh Pahang Hogoh!!

Line up Pahang vs Kelantan
Azhan; Jalal, Poyeng, Zaiza (Syawal), Faisal; Suren (Malik), Azidan (Faizul), Hafiz Kamal, Gopi; Kojie, Matias.

Monday 24 June 2013

Liga Super 2013 : Misi tergendala


Hasrat menduduki tiga tempat teratas liga semakin kabur selepas gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tunduk 1-2 kepada pasukan Perak.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua di Darul Makmur musim ini di mana pasukan Tok Gajah pernah ditewaskan PKNS FC Mac lalu.

Pahang turun tanpa 4 pemain tonggak dalam perlawanan ini. AmirulHadi dan Gopi digantung perlawanan, manakala Stewart dan Shahrizan mengalami kecederaan semasa latihan.


Pahang memulakan perlawanan dengan agak baik dengan memilik sekurang-kurangnya 4 peluang keemasan, namun gagal disudahkan dengan baik. Tamat separuh masa, Pahang 0-0 Perak.

Malik cuba melepasi pertahanan Perak


Masuk separuh masa kedua, Pahang meningkatkan serangan ke kubu pertahanan Perak. Namun, Azlan Ismail meletakkan Perak di depan pada minit ke-60 selepas Perak dapatkan sepakan percuma di kawasan Pahang.

Walaubagaimanapun, pasukan pelawat terpaksa bermain 10 orang selepas kehilangan M.Yoganathan akibat layangan kad merah pada minit ke-77 yang mengasari pemain Pahang.



Kemasukan Hazuan Daud menggantikan R.Surendran
sedikit sebanyak membantu pergerakan pasukan Pahang

Pahang menggunakan kelebihan yang ada untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik yang diambil Hafiz Kamal.

Kealpaan benteng pertahanan Pahang membawa padah menyaksikan Perak berjaya menjaringkan gol kedua hasil percubaan tonggak import Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-81 melalui sepakan penjuru.

Tamat perlawanan, Pahang 1-2 Perak.

Rumusan

Secara keseluruhan, pasukan Pahang betul-betul terasa kehilangan 4 tonggak yang tidak beraksi perlawanan ini. Tanpa Amirulhadi dan Gopi, barisan tengah sukar merancang serangan. Tempo perlawanan agak perlahan. Pemain sayap tidak berfungsi dengan baik. Crossing sangat mudah dipatahkan oleh pertahanan lawan.

Di barisan pertahanan, kelemahan seperti diawal musim begitu terselah. 2 gol Perak dijaringkan di dalam situasi bola mati(sepakan percuma & sepkan penjuru).

Namun, penyokong-penyokong Pahang harus dipuji. Stadium hampir penuh malam itu. Walaupun sudah tumbang pada Johor DT di separuh akhir Piala FA, tapi mood penyokong Pahang datang ke stadium tak pernah luntur. Semua penyokong Pahang mengharapkan pasukan dapat membaiki kedudukan liga ke tempat ke-3, sekurang-kurang mengubat luka terlepas trofi Piala FA tahun ini. 




Faisal Rosli diberi tanggungjawab mengantikan
Shahrizan yang tercedera

Untuk berdepan pasukan Kelantan selasa ini, diharapkan pemain-pemain yang terpilih bermain bersungguh-sungguh bagi membukti keupayaan mereka setanding dengan tongak utama yang ramai tercedera. Ini lah masanya untuk menonjolkan bakat dan kesungguhan anda kepada pasukan Negeri Pahang Darul Makmur.

Hogoh Pahang Hogoh!!!

Line up Pahang vs Perak

Azhan; Jalal (C), Razman, Poyeng, Faisal; Suren(Hazuan), Azidan(Faizol), Hafiz, Alex; Matias Conti, Malik(Fauzi). 


Sunday 2 June 2013

Terima Kasih Semua

Seperti yang semua sedia maklum , pasukan Pahang beraksi di pentas separuh akhir 2nd leg Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Perlawanan ini diadakan di SNBJ setelah berlakunya sedikit masalah di stadium Darul Makmur pada 28 Mei yang lepas. Game yang ditunda ke hari semalam menyaksikan Pahang berperanan sebagai tuan rumah di neutral ground , berjaya mengatasi pasukan JDT dengan jaringan 2-1 hasil jaringan Matias Conti di minit ke 2 dan minit ke 40.

Pasukan Pahang bermula garang dengan gerakan2 menarik di babak pertama dengan menghasilkan beberapa cubaan-cubaan berbahaya ke gawang JDT. Perlawanan tampak menyebelahi Pahang pada mulanya. Masuk separuh masa kedua pasukan Pahang tampak sedikit tempang setelah Yol dikeluarkan. JDT berjaya menambah jaringan di awal minit babak kedua hasil kesilapan para pemain Pahang. Selepas itu, kedua2 pasukan saling berbalas serangan ke arah pintu gol lawan masing-masing.

Pengadil meniup wisel pada minit pada minit akhir perlawanan dan menandakan pasukan Pahang terpaksa akur dengan agregat 2-2 dan kelebihan gol di tempat lawan berpihak kepada JDT. Malam tadi nice game, nice spirit.

Para penyokong yang datang seawal 2 petang ke SNBJ semalam betul2 membuktikan bahawa para penyokong Pahang sememangnya mengimpikan kemenangan dan mahu ke final. Tapi sayang sekali, walaupun menang, Pahang gagal melangkah ke final. Ini adalah satu keputusan yang kita perlu terima dengan hati terbuka.


Antara bas-bas para penyokong Pahang semalam


antara lautan kuning malam tadi
Walaupun Pahang tidak layak ke Final, rata2 peminat pasukan Pahang tetap berpuas hati dengan semangat juang para pemain Pahang. Kita datang bukan untuk kalah. Dan kita tidak kalah,cuma kita tidak ke final. 


Pahang 0 JDT 1 (AWAY)

Pahang 2 JDT 1 (NEUTRAL GROUND)

Agregat 2-2

Kita menang malam ni. Tp kita tak ke final. Kita tidak ke final dgn bermaruah. Terima kasih para penyokong dan para pemain Pahang. Nice game, nice spirit smua!

Hogoh Pahang Hogoh!

Dan para pemain Pahang memohon maaf kepada para peminat kerana tidak dapat merealisasikan impian untuk ke final : 


"Kepada pnyokong Pahang hati2 pulang ke destinasi...Saya wakil dr team phg minta maaf kpd pnyokong yg sanggup datang jauh hampa anda smua, kami dh wat yg trbaik tp rezeki setkat ini sahaja, harap sokongan pada team pahang selamenya ,hidup negeri phng yg tercinta , muuuuuuuuaaaaaaaaahhhhh anda smua. Kami pasukan Pahang syg anda ( Fan Pahang ) smuaaaaaa!!!!! - Azamuddin Akil Aka Alex Lepeh



Tamat sudah perjuangan Piala FA 2013. 
Koi selaku admin Tok Gajah Forever mengucapkan beribu2 terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa berada bersama pasukan . Menang kalah adat permainan, tetapi semangat yang ditunjukkan satu kebanggaan.




Teruskan menyokong.