Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 1 August 2012

Kecemerlangan Alex, Kebanggaan Kami


Rasanya belum terlambat nak ucapkan tahniah di atas kecemerlangan Alex @ Azamuddin Akil yang berjaya menjaringkan gol tunggal bagi Malaysia ketika menentang Manchester City tempoh hari. Alex benar-benar membuktikan kemantapan corak permainan yang dilihat selamba tetapi dengan laju merembat gol ke pintu gawang. Ohh gol itu pada kami dikira sebagai gol bertaraf antarabangsa :)

Kami, krew Tok Gajah Forever bangga dengan pencapaian Alex yang super duper excellent. Sepanjang 5 perlawanan Alex bersama team kebangsaan, Alex berjaya menyumbat 3 gol buat Malaysia. Amacam? Bangga koi.. Hehe.... Koi pasti, penduduk Pahang juga bangga dengan pencapaian Alex yang luar biasa..

Sungguhpun kita kalah, namun semangat tetap utuh! Hogoh Malaysia Hogoh!









Friday, 20 July 2012

Kita ke Liga Super 2013

Akhirnya harapan kita semua penyokong Pahang nak melihat kembali kelibat pasukan Tok Gajah beraksi dalam Liga Super tercapai. Perlawanan yang cukup dramatik seolah-olah perlawanan final merebut piala. Pahang yang pada mulanya mendahului dengan 2-0 dikejar kembali selepas separuh masa pertama.


Ketiadaan Boris begitu dirasai di bahagian tengah. Hafiz Kamal juga turut dikeluarkan pada minit ke 75. Extra time menyaksikan 3 orang player terkena kad merah iaitu 1 player kedah 2 player Pahang. Player Pahang yang terlibat adalah Gopi dan Fauzi. Walaupun ada sedikit kekecohan kerana tak puas hati, pahlawan tok Gajah meneruskan permainan dengan sisa semangat dalam perjuangan.

Penentuan penalti boleh di tonton dalam :


Begitu mendebarkan. Sampai berpeluh koi malam tadi. Akhirnya kemenangan berpihak kepada kita. Kita menang dengan cara bermaruah, berliku, dan bersemangat. Tahniah kepada semua player Pahang !! Anda wira kami !!

Kepada penyokong, berikan sokongan padu anda kepada mereka. Menang kalah tiada kira.  Kerana mereka bersemangat membawa nama Pahang naik semula.

Hogoh Pahang Hogoh !!!!



Wednesday, 18 July 2012

Play Off Liga Super, Pahang VS Kedah

kemain lagi kan, tak apa semangat Tok Gajah membara dalam jiwa. Tak sesabo nak tunggu esok, harapnya Pahang boleh menjejakkan kaki ke Liga Super pun dah buat aku dan penyokong Pahang lega macam baru pas sap kok 4 5 batang. kehkeh

kemantapan pemain Pahang yang buat Pahang naik mendadak, tapi baru-baru ni pulak ada cerita kes masalah gaji dari PBN Pahang? apa citer? bangkai betul, dok syok Pahang nok masuk Liga Super, jadi masalah pulak. adeii hampuras! tolong la PBN, jangan buat masalah. sayangilah player kita.





HOGOH PAHANG HOGOH!