Setakat survey yang kami buat, ramai yang berkenan warna hitam. Tak apa, kami bercadang keluarkan warna hitam dulu. Harga RM25 tak termasuk pos. Murah kan? Kan? Kain elok, apa lagi yang anda mahu? Saiz kanak-kanak pon ade. Saiz dinosour pun ade. Hahak.
Untuk maklumat lanjut, terus ke page Tok Gajah Forever. Kat situ bolehlah kita berinteraksi dan bertukar pendapat mengenai sesuatu maklumat. Sharing is caring kann.
3 hari lagi sebelum tamat tempahan.....cepat rodong2....
Harga RM 25 tak termasuk pos.. Saiz paling besar XXXL dan saiz paling kecil S.. Saiz kanak-kanak turut kami sediakan...
Jika berminat sila bank in ke no kami :
CIMB 04030086581522 atau MAYBANK 154026643546
Selepas bank in sila nyatakan nama anda, tarikh dan masa bank in, kuantiti, saiz, dan nama FB anda dan sms ke 016-9617694
Kite telah dikecewakan dalam saingan piala FA 2012. Itu tak bermakna kita akan mengalah. Itu tidak bermakna kita gagal selamanya. Tetapi, itu adalah satu sebab mengapa kita akan bangkit semula. Kita akan menuju ke arah kegemilangan seperti satu masa dulu.
Skuad Tok Gajah akan bangkit kembali. Semoga video ini dapat menaikkan semangat pemain Pahang serta para penyokong agar terus memberi sokongan kepada pasukan kita. Pasukan Pahang FA a.k.a Skuad Tok Gajah.
Semoga Pahang menjadi sebagai salah satu pasukan gergasi bola sepak di Malaysia semula.
Amin ~
Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Hogoh Hogoh !!
Pusingan ke dua Piala Fa antara pasukan Pahang Vs T Team berakhir dengan keputusan Pahang 2 T Team 3. Gol yang di jaringkan oleh Hazuan a.k.a Kecik adalah jaringan pertama perlawanan . Tak lama selepas itu gol tandukan Faizol di katakan Offside oleh linesman. Maka dengan terbatalnya jaringan itu, T Team mula mengejar kembali dengan kedudukan 1-1. Selepas itu gol cantik dari Azamuddin Akil meletakkan Pahang di hadapan untuk seketika . Kemudian, sepakan gunting Fadzli Saari menyamakan kedudukan 2-2.
Masa tambahan 5 minit di gunakan sepenuhnya oleh T Team dengan menjaringkan Gol kemenangan mereka di minit-minit akhir. Sesuatu yang amat mengecewakan kita penyokong Pahang. Gol pada minit-minit akhir.
Video bagi perlawanan malam tadi :
Game menarik begitu juga dengan jaringan gol. Nasib tidak menyebelahi kita . Tak mengapa, pasti ada hikmah .
Tapi, kami ada luahkan di FB mengenai apa yang kami rasa malam tadi :
-Kenapa bermain di Terengganu sedangkan esok team Terengganu akan beraksi di padang dan stadium yang sama..sebelum ni Pahang main away di pusingan pertama , kali ni sekali lagi away...Ada yang tak kena...Mohon siasat...
-Gol yang dikatakan offside tu koi tak nampok di mana offsidenya.. Linesman kenapa? Mohon siasat..
-Kekasaran T Team 17, hanya 2 lekat kad kuning...Pahang 12 kekasaran, 3 kad kuning lekat...
Itu hanya luahan....Semua orang ada penilaian mereka sendiri. Tetapi, kekalahan ini di terima dengan hati terbuka dan positif. Ramai juga yang memuji player Pahang malam tadi. Kini ramai orang sudah mula nampak pemain-pemain Pahang yang berpotensi. Jadi?? Awas......!! Pemain-pemain yang berpotensi ini PASTI akan dipancing oleh team-team lain musim yang akan datang...Pengurusan pasukan Pahang perlu bijak mengatur dan merancang pasukan.
Selepas perlawanan, kita dapat lihat Faiz Subri, Shahril Faizal, Azamuddin Akil, Hazwan Daud, Gopinathan, Hafiz Kamal dan Zairo adalah antara nama-nama bintang bola sepak mempunyai bakat dan semangat yang cukup baik,. Malah antara yang terbaik pernah kita ada buat masa sekarang.
Secara peribadi Gol Azamuddin Akil dan Fadzli Saari adalah yang terbaik untuk perlawanan ini. Tahukah anda? Kedua-dua nya anak Pahang .Azamuddin orang Lepih, Fadzli Saari juga orang Lepih. Dua-dua orang Lepih. Mewakili pasukan yang berbeza, tapi gol menarik malam tadi adalah dari dua pemain kelahiran Pahang ini....
Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!