Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, 29 June 2012

Semangat kurang punca main macam tutttttt


aku dok perhati lama dah pemain Malaysia ni. juga pemain dalam negeri. ada 16 negeri dalam Malaysia, semuanya lebih kurang sama konsep nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku. walaupun segelintir menyanyi semangat, disebabkan 4 5 6 orang ni menyanyi cam tutttt, rosak habis. 

hari tu aku tengok match Terengganu lawan Kelantan untuk Liga Super, aku tetiba rasa nak jadi Ju-on, menjelma masuk kot tivi, lempang muka pemain-pemain.

ada ke lagu Negaraku dimainkan, siap main betul-betul baju, tangan goyang-goyang, mulut tak menyanyi. kang bila aku mengutuk lebih, marah pulak. tapi betul ohh. aku rasa macam semangat nak tengok pun tak ada. baik aku tak payah tengok aje gitu bila nyanyi lagu Negaraku pun dah macam menyanyi lagu irama tradisional walaupun lagu Negaraku slow aje. baik aku tengok Amarika Next Top Model aje. 

bukan aku nak kondem sesape, fikir la sendiri. aku bagi contoh Italy dalam game malam tadi. aku tengok depa nyanyi, cering bulu roma. dan dan semangat nak tengok walaupun tengok kejap. kahkah

dalam otak aku terus berfikir pasal pemain bola di Malaysia,

ENGKO FEELING ENGKO PEMAIN IMPORT LETTEWWW PASAL TAK MENYANYI LAGU NEGARAKU.

salah ke betul apa yang aku taip ni?




Monday, 23 April 2012

Tok Gajah wajib terus mengganas

Selepas menang besar dalam pertemuan menentang MBJB dengan jaringan 5-0 baru-baru ni telah membantu pasukan Tok Gajoh mengekori rapat pasukan ATM. Manakala kite juge diekori rapat oleh sime darby yang mana baru-baru ini telah menang 2-1 ke atas pasukan Terengganu . Top 3 liga perdana kini semakin lama semakin sengit. Carta terkini :


Selepas ini, pasukan Tok Gajoh akan bertemu dengan Harimau Muda B. Jika dahulu bermain di Kuala Lumpur , Tok Gajah menghadiahkan 4 biji gol. Mungkin kali ni di Temerloh berapa agaknya. Azamuddin Akil @ Alex masih lagi tidak boeh beraksi di kerana mendapat kad merah semasa bertemu NS Betaria di Temerloh tempoh hari.

Ada hikmah atas semuanya setelah Azamuddin Akil dipanggil oleh Rajagopal untuk menyarung jersi negara menentang Sri Lanka ( 28/ 4/ 2012 ) daam perlawanan persahabatan nanti. Moh kite pakat ramei2 gi nengok yak.

Bagi adik Tok Gajoh, Shahzan Muda telah mencapai kemenangan ke atas Melodi Jaya dengan jaringan 1-0 di stadium Temerloh malam tadi. Walaupun kilat sambar menyambar, tetapi penonton tetap tidak berganjak dalam menyaksikan perlawanan itu malam tadi.

Semoga Tok Gajoh terus mengganas.
Hogoh Pahang Hogoh !!

Wednesday, 28 March 2012

Kami juga menjual t-shirt Tok Gajah Forever

Setakat survey yang kami buat, ramai yang berkenan warna hitam. Tak apa, kami bercadang keluarkan warna hitam dulu. Harga RM25 tak termasuk pos. Murah kan? Kan? Kain elok, apa lagi yang anda mahu? Saiz kanak-kanak pon ade. Saiz dinosour pun ade. Hahak. 

Untuk maklumat lanjut, terus ke page Tok Gajah Forever. Kat situ bolehlah kita berinteraksi dan bertukar pendapat mengenai sesuatu maklumat. Sharing is caring kann.

3 hari lagi sebelum tamat tempahan.....cepat rodong2....
Harga RM 25 tak termasuk pos..
Saiz paling besar XXXL dan saiz paling kecil S..
Saiz kanak-kanak turut kami sediakan...

Jika berminat sila bank in ke no kami :

CIMB 04030086581522
atau
MAYBANK 154026643546

Selepas bank in sila nyatakan nama anda, tarikh dan masa bank in, kuantiti, saiz, dan nama FB anda dan sms ke 016-9617694

Tarikh tutup tempahan adalah pada 31/3/2012



Moh rodong-rodong! Sokong Tok Gajah kita!