Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 27 February 2013

Menang bersama penaja baru!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kemenangan dalam saingan Piala FA malam tadi. Kita telah berjaya menumpaskan pasukan Tentera Darat dengan jaringan besar iaitu 7-1. Satu keputusan yang boleh dibanggakan oleh pengurusan, pemain, dan para peminat Pahang. 

Penjaring 7 gol trrsebut adalah Gopi, Alex (4) , Faizol, dan Borji. Tahniah kepada Alex kerana berjaya menyumbat 4 gol dalam satu perlawanan setelah sekian lama tidak menjaringkan gol. Tahniah juga pada Gopi yang berjaya menjaringkan gol setelah banyak kali terlepas peluang di hadapan mata termasuk peluang2 dalam game2 sebelum ni ( Vs Perak dan Kelantan ) . Faizol dengan tenang melepaskan rembatan manakala Borji dengan mudah mengambil sepakan penalti . Pasukan Pahang pula dibolosi dengan sepakan penalti setelah Razman didapati mengasari pihak lawan.

Pada pemerhatian koi yang tak seberapa ni, koi melihat permainan Pahang malam tadi agak kemas dan teratur. Cuma keadaan padang lecak sedikit mncacatkan gerakan pasukan. Penjaga gol kita malam ni iaitu Rosfaizul koi rasa dah boleh perlahan-lahan menggantikan Nasril . Beri lah peluang pada beliau untuk membuktikan kemampuan . Manakala untuk import kita, koi beri gred C pada Borji dan gred E pada Nico dengan prsembahan yang ditunjukkan. Walaupun menjaringkan gol penalti, Borji tetap nampak tidak memberi impak dalam pasukan Pahang, Sering kali offside, terjatuh, berat berlari, terlampau mengharapkan ehsan refree ( tak dilayan pun ) dan sebagainya. Ini bukan yang kita mahukan setelah menghabiskan banyak wang untuk membayar import. Nico pula kelihatan seperti "keras" di atas padang. Susuk badan yang besar dah sedap tapi berat nak berlari. One by one dengan keeper pun bukan ke laut lagi dah, tapi ke arah board iklan yang indah. Ini amat2 mengecewakan! Bayaran lima angka kepada pemain2 import langsung tak berbaloi! Harap bulan 4 ni , pengganti mereka tidak mengecewakan.

Tak dilupa juga, kita ada dapat penaja baru. Mesti aokme dapat tengok kan di jersi Pahang bahagian belakang? Penaja baru kita iaitu Aras Kuasa Sdn Bhd. Terima kasih kerana sudi menaja pasukan kami. Harap selepas ni dengan kebangkitan pasukan Pahang, banyak lagi syarikat2 di luar sana yang sudi menaja pasukan Pahang. Ini dapat mengukuhkan lagi kewangan kelab sekaligus memberi kekuatan dalam bentuk "Financing".

Next game Piala FA kita kan bertemu pasukan Sime Darby .Tarikh kami akan update kemudian ya.
MAJULAH BOLASEPAK PAHANG!
KAMI DI BELAKANG KAMU!

Hogoh PAHANG Hogoh !
Hitam Putih Takkan Padam!

Bantu Dana TGF






Ralat : Terdapat banyak yang mahu t-shirt 3rd edition yang dah habis ni. Anda mahu kami buka semula pre - order atau tidak untuk baju ini? Sila jawab di pool penjuru kanan anda. Ini macam survey . Harap kerjasama aokme rodong2 .. :)


Dari Rodong Untuk Rodong



Monday, 25 February 2013

Analisis Piala FA 2013

Piala FA 2013

 Gambar kredit pada : Malaysia League Online


Esok pasukan Tok Gajah akan bertemu pasukan Tentera Darat yang bermain di Liga FAM untuk saingan Piala FA kali ini. Ramai yang menjangkakan pasukan Pahang akan mendapat kemenangan mudah. Tapi ingat! Bola itu bulat, semua jenis keputusan boleh jadi. Para pemain dan pihak pengurusan perlu memandang serius akan perlawanan ini agar kita dapat ke peringkat seterusnya. Jangan overconfident dan memandang rendah pada pihak lawan agar tak termakan diri.

Pasukan Pahang dilihat mempunyai kelebihan dari segi venue perlawanan ( home ) dan para pemain yang lebih berpengalaman. Pahang perlu menunjukkan corak permainan yang sebenar untuk menang dengan selesa pada malam esok. Berbekalkan semangat semasa bertemu Kelantan sabtu lalu,  moral para pemain dan para penyokong berada dalam keadaan baik. Meskipun esok TV1 ada menayangkan siaran langsung untuk perlawanan ini diminta para penyokong yang berkesempatan prgilah ke stadium untuk memberi sokongan moral kepada pemain-pemain Pahang.

Bahagian pertahanan dan penjaga gol dilihat mempunyai banyak kelemahan dan banyak yang perlu diperbaiki lagi. Sepanjang 8 perlawanan liga super, pasukan Pahang telah bolos sebanyak 12 gol. Itu adalah satu angka yang membimbangkan sebenarnya. Semoga mereka berjuang dengan hati hari esok. Anda harapan penyokong Pahang. Go Tok Gajah!!

Hogoh Pahang Hogoh !!


Bantu dana TGF




Sunday, 24 February 2013

Atmosfera Darul Makmur 23 / 2 /2013

Setelah mencatat 2 kekalahan berturut2, buat prtama kalinya pasukan Pahang mencapai keputusan seri sepanjang saingan liga super 2013. Satu perlawanan yang koi rasa menarik dan menghiburkan. Malah permainan malam tadi bukan sahaja mendapat pujian daripada penyokong Pahang dan Kelantan, malah dari fan negeri lain. Asak mengasak, one touch , gerakan menarik, semangat para player, atmosfera stadium, dan sebagainya perlu dipuji walaupun ada beberapa insiden berlaku sepanjang perlawann malam tadi.



Setelah sekian lama dan begitu lama, koi melihat stadium Darul Makmur begitu penuh sekali. Kehadiran para penyokong sama ada daripada Pahang mahupun Kelantan memenuhi setiap genap ruang di stadium malam tadi. Tahniah buat semua penonton kerana tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku malah mnunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Cuma yang perlu dikeji adalah penonton yang melemparkan botol2 air ke bawah. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! Yang setitik inilah yang prlu kita sekeh kepalanya.. hehe

Sedikit gambar suasana di sana malam tadi yang kami dapat dari kamera kami dan dari page Temerloh FA :







Keputusan 2-2 bagi kami di TGF adalah satu keputusan yang adil. Insiden kad merah, kekasaran tak diingini, dan sebagainya sedikit mencemari perlawanan malam tadi. Skorer kita pada malam tadi adalah pengutip kad merah iaitu Hafiz Kamal dan "Kawan Budak pekan" iaitu Kojie. Beberapa peluang keemasan di hadapan pintu gol disia-siakan dan itu adalah satu peluang yang tidak spatutnya kita lepaskan. Apa pun pasukan kita sudah bermain dengan baik walaupun beraksi ngan hanya 10 orang. Jarang sekali kita melihat pasukan yang kurang pemain nya yang menguasai permainan. Tapi Pahang melakukannya. Possession yang dilakukan pihak Astro Arena adalah Pahang 52 peratus manakala pasukan Kelantan 48 peratus.Apa yang koi harap adalah agar para pemain lebih tenang dan bersikap professional sepanjang perlawanan. Jadikan insiden malam  tadi sebagai satu pengajaran berguna dan dielakkan di masa akan datang. 

 Adalah satu kerugian setelah pasukan Pahang mengharungi 3 perlawanan sepanjang rehat 2 minggu ini dengan hanya mengutip 1 mata. Kini momentum permainan sebenar mula muncul kembali. Pasukan Pahang perlu terus mencari mata dalam perlawanan yang akan datang. Perlawanan seterusnya pasukan Pahang akan bertemu pasukan Tentera Darat dalam saingan Piala FA. Harap fokus dan jangan terlalu yakin. Kita perlukan kemenangan dan kemenangan untuk menaikkan moral para pemain dan juga penyokong. 

Satu suasana perlawanan bola sepak yang menarik malam tadi..
Tahniah semua yang ke stadium!!

*Sape ada gambar menarik, boleh lah post ke TL page kami di FB

:)

Hogoh Pahang Hogoh!

Bantu dana kami di TGF --> Sini