Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, 27 April 2013

#Match14 : Pahang 2 Felda United 0

Perlawanan Pahang Vs Felda United malam tadi berakhir dengan kemenangan berpihak pada kita berkeputusan 2-0. Gol yang dijaringkan oleh Matias Conti dan Fauzi Roslan berjaya meranapkan harapan Felda United mengutip mata di Stadium Darul Makmur. Perlawanan yang tampak seimbang malam tadi menyaksikan beberapa insiden kecederaan berlaku.

Gol yang dijaringkan berpunca daripada free kick yang diambil oleh Azamuddin Akil selepas Stewart menanduk ke pintu gol dan mengenai palang dan Conti melakukan follow up . Aksi pertama Conti di Darul Makmur membawa tuah apabila berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam saingan liga super di homeground sendiri. Tetapi sayang beliau mengalami hamstring di awal separuh masa kedua. Beliau kemudiannya digantikan dengan Surendran .Conti mungkin tidak dapat beraksi untuk 2-3 perlawanan selepas ini.

Abang Jalal mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Azidan untuk mengemudi bahagian tengah. Dan sekali lagi gol muncul hasil daripada sepakan free kick. Set-piece yang dilakukan oleh pasukan Pahang tampak berjaya memperdaya barisan pertahanan Felda United. Tandukan Stewart ke arah Kojie berjaya memberi gol kedua buat pasukan Pahang. Sejurus selepas itu, Pahang hampir-hampir dapat menambha lagi jaringan hasil tandukan daripada Gopi yang terkena palang gol.

Komen :

Secara keseluruhan permainan Pahang nampak masih kurang tersusun. Walaupun 3 mata berjaya dikutip tetapi nampaknya persembahan sedikit perlahan dan permainan nampak kurang kreatif. Poyeng yang dilihat bermain di bahagian tengah pada separuh masa pertama tampak lebih menyerlah selepas menggantikan tempat abang Jalal yang terpaksa keluar kerana kecederaan. Pasukan tengah juga menyaksikan Faizol kurang idea, kawalan, dan kurang dari segi hantaran. Persembahan beliau perlu dipertingkatkan lagi. Bahagian tengah pasukan Pahang semalam sememangnya tidak banyak membantu barisan hadapan. Kalau dilihat dan diteliti semula kedua2 gol pasukan Pahang adalah hasil daripada free kick . Bukannya daripada gerakan-gerakan dari bahagian bawah membantu barisan hadapan. Ada kekurangan di situ. 10 minit terakhir perlawanan juga menyaksikan pasukan Pahang seolah-olah sudah terlalu berpuas hati dengan corak permainan mereka. Tampak bermain mudah dan sambil lewa sehingga banyak emberi peluang kepada pasukan Felda. Di akhir-akhir perlawanan juga pasukan Pahang nampak seperti tidak mahu menyerang sebaliknya bermain-main di bahagian bawah. Ada juga penonton yang berang denagn corak permainan di akhir-akhir perlawanan walaupon kemenangan milik Pahang. Terdapat segelintir penyokong yang nampak keluar awal sebelum masa tambahan habis. Sepatutnya pasukan Pahang memberi asakan berganda bukannya melambat-lambatkan perlawanan . Mungkin mereka mengharapkan perlawanan yang lebih rancak dan mengancam daripada pasukan Pahang.



Man of the match kami di Tok Gajah Forever adalah Stewart yang tampak cemerlang. Kedua-dua gol Pahang berpunca daripada beliau yang naik ke atas untuk membantu semasa free kick diambil. Beliau juga nampak kebal di bahagian pertahanan yang mana penyerang pasukan Felda sukar untuk menembusinya.

Keeper ke tiga juga nampak semakin matang malam tadi. Khairul Azhan menggunakan peluang beraksi bersama Pahang ini dengan baik setelah menyelamatkan beberapa cubaan pada malam tadi. Beliau nampak mampu pergi lebih jauh jika berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dengan susuk tubuh badan yang sesuai sebagai penjaga gawang.

Next match : Pahang VS Selangor. 7 Mei 2013 . Stadium Darul Makmur. Tanda Kalendar !

Thursday, 25 April 2013

Biodata Matias Ruben Conti


Sebelum berlangsungnya perlawanan menentang Felda United esok, mari kita mengenali pemain import baru yang menyertai pasukan Pahang baru-baru ini, Matias Conti dari Argentina.

Conti

Nama Penuh: MatĆ­as Ruben Conti

Tarikh Lahir: 17 January 1990 (age 23)

Tempat Lahir: Reconquista, Santa Fe, Argentina

Tinggi: 1.83 m (6 ft 0 in)

Kelab Terdahulu: VƩlez Sarsfield, Deportivo Merlo, Tristan SuƔrez

Posisi: Penyerang

Matias Conti menyertai Pahang pada April 2013 setelah khidmat penyerang import sebelum ini, Mohamed Borji dan Nikolce Klečkarovski.

Dilahirkan di Reconquista, Santa Fe, tempat yang sama Batistuta dilahirkan, Conti memulakan kerjaya bola sepak di Velez Sarsfield sebagai pemain remaja di kelab tersebut. Setelah cemerlang dengan pasukan remaja, penyerang Argentina ini dipanggil bermain dengan pasukan simpanan Velez dan di musim berikutnya, beliau mula menyertai latihan pra-musim dengan pasukan utama.

VƩlez Sarsfield
Pada musim 2009-10 dia membuat debut profesional pertama dalam Argentina Primera División ketika Vélez Sarsfield menentang Rosario . Dia telah bermain 4 perlawanan dalam musim tersebut sebelum dipinjamkan ke Deportivo Merlo untuk musim 2010-2011. Di sana,beliau telah bermain 14 perlawanan dan berjaya menjaringkan satu gol

Deportivo Merlo
Selepas musim agak baik dengan Deportivo Merlo, kelab tersebut bersetuju untuk menandatangani Conti secara kontrak tetap untuk musim 2011-2012. Dia menjaringkan gol pertama untuk Merlo pada 27 Mei 2012, apabila Deportivo menentang Gimnasia La Plata. Selepas musim 2011-2012 tamat, Conti sekali lagi berpindah dan kali ini beliau menyertai Tristan SuƔrez yang bermain di Primera B Metropolitana, division 3 Liga Argentina.

Tristan SuƔrez
Di Tristan Suarez, Conti membuat penampilan sulungnya pada 6 Ogos, masuk sebagai sub ketika Tristan Suarez tewas kepada San Telmo. Kemudian, beliau membuat penampilan pertama sebagai kesebelasan utama untuk kelab itu dalam perlawanan menentang Barracas Central. Pada 9 September 2012, dia telah berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Tristan SuƔrez pada minit ke-33 semasa menentang Deportivo Laferrere. Beliau membuat 20 penampilan dengan Tristan SuƔrez sebelum dia bersetuju untuk menyertai Pahang FA di Liga Super Malaysia 2013

Pahang FA
Pada 8 April 2013, Conti telah jalani ujian dengan Pahang FA untuk mengisi kekosongan kuota pemain import. Dia menyumbat 5 gol dalam perlawanan persahabatan ujian menentang Shahzan Muda FC dan seterusnya terpilih untuk menyertai Pasukan Pahang FA. Pada aksi sulungnya bersama Pahang, dia menyumbang 2 gol untuk membawa Pahang FA ke dalam separuh akhir Piala FA Malaysia 2013.

Telah menjadi harapan seluruh penyokong dan peminat pasukan “Tokgajah” untuk melihat pemain import baru Pahang ini dapat membantu pasukan meraih kejayaan tahun ini. Jadi sama-sama lah kita saksikan kehebatan Conti ketika turun beraksi buat kali pertama di Stadium Darul Makmur malam esok.

Vamos Vamos Conti!!!!!!


Saturday, 20 April 2013

Kekalahan tipis di Larkin : Pahang 0 JDT 1


Gambar : Johor Fan Club


Game kedua dalam pusingan kedua Liga Super semalam menyaksikan pasukan Pahang kalah tipis 1-0 di Stadium Larkin. Perlawanan yang disiarkan secara langsung di Astro Arena itu mendapat perhatian dan disaksikan oleh semua peminat bola sepak seluruh Malaysia . Perlawanan yang menarik dan seimbang. Tetapi kelebihan dalam beberapa aspek dalam pasukan JDT dan kelemahan dalam beberapa segi dalam pasukan Pahang adalah punca keputusan perlawanan 1-0 malam tadi.

Jika kita lihat kepada kesebelasan utama Pahang malam tadi, penggempur utama tempatan iaitu Kojie tidak diturunkan . Sebaliknya Conti digandingkan dengan Amirul Hadi di bahagian hadapan dibantu oleh Gopi, Alex, Faizol, dan Hafiz Kamal di bahagian tengah. Mengikut dari segi taktikal, adalah sesuatu yang mengejutkan dengan formasi 4-5-1 ini. Dollah Salleh dilihat cuba mengelirukan pihak lawan dengan formasi yang lain daripada biasa . Tetapi taktik ini nampak nya tidak sesuai untuk game bertemu JDT ini. Harap abang Dollah buat ulang kaji mengenai game ini. Mungkin juga Abang Dollah cuba membaca permainan pihak lawan dalam beberapa aspek untuk persedian semi-final nanti. Tetapi perlawanan tetap rancak .

Gol yang dijaringkan ole Nunez semalam adalah daripada serangan counter attack daripada pihak lawan. Gerakan ini bermula apabila tendangan sudut rendah dapat kepada player lawan, sekaligus counter attaack berlaku. Beberapa peluang oleh pasukan Pahang terhidang hasil cubaan daripada Hafiz Kamal, Kojie, Razman, dan Alex. Tendangan Alex yang dilihat mencari palang. Free Kick dan percubaan dari luar kotak penalti oleh Hafiz Kamal sedikit tersasar daripada sasaran. Tandukan kojie hampir-hampir menghadiahkan gol buat Pahang. Razman melakukan freekick mencari angle tetapi tersasar. Razman juga menyambung bola tandukan daripada kojie juga dilihat gagal mencari gawanag gol. Itu adalah antara cubaan-cubaan menarik dan asakan yang Pahang lakukan.

Antara player yang kurang menyerlah malam tadi adalah Gopi, Faizol, dan Conti. Gopi yang kelihatan agak terburu-buru dan gerakan yang di"create" oleh beliau sering tidak menjadi. Faizol pula nampak seperti serba tidak kena. Kelihatan gugup. Control ball yang biasanya kemas tidak ditunjukkan malah sering hilang bola . Mathias Conti pula nampaknya diikat kemas oleh Aidil. Beliau langsung tidak dapat bergerak dengan bebas.Ini bukan kutukan, tetapi pandangan daripada kami agar pada perlawanan akan datang performance mereka dapat ditingkatkan sebab mereka adalah antara orang penting pasukan Pahang yang berada di dalam padang.


Sekarang ini pasukan 5 mata di belakang pendahulu liga iaitu JDT. Peluang masih terbuka. Harapan nya Pahang dapat membawa pulang Piala ke tanah Mat Kilau ini.

Menang Kalah Pahang Tetap Di Hati Koi!
Hogoh Pahang Hogoh !

P/s : Jersi Pahang semalam nampak macam Santos FC tak daripada dalam TV ? hehe