Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, 28 July 2013

Analisis Kumpulan C Piala Malaysia 2013




Seperti yang semua tahu pasukan Pahang berada di dalam kumpulan C bersama-sama dengan beberapa pasukan dari negeri jiran. Kelantan, Terengganu, dan Negeri Sembilan menjadi peneman kepada pasukan kesayangan kita untuk bersama-sama bersaing ke peringkat seterusnya. Beberapa analisis dan pendapat daripada koi mengenai saingan peringkat kumpulan C ni :

Group C dianggap antara kumpulan maut kerana mempertemukan 3 jaguh dari Pantai Timur yang mana semua orang tahu layak ke separuh akhir Piala FA tempoh hari. Negeri Sembilan yang pernah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 3 kali ini juga tidak kurang hebatnya berdasarkan prestasi semasa dan bekalan semangat yang mereka bawa

Pasukan Kelantan dilihat sangat konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir , mereka menang 100peratus tanpa bolos. Berjaya menjulang Piala FA 2013 menaikkan lagi semangat mereka untuk menambah koleksi piala . Mereka sudah pasti sudah begitu bersedia lebih-lebih lagi diperkuatkan dengan beberapa pemain piala Presiden yang boleh dikatakan berpotensi besar.

Pasukan Terengganu pula sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam saingan kali ini. Setelah kalah di semi-final Piala FA kepada Kelantan di minit-minit akhir perlawanan, mereka semestinya tidak mahu mengulang kekecewaan yang sama. Pasukan Terengganu mungkin lebih bersedia setelah beberapa pemain utama mereka sudah pulih dari kecederaan dan juga mahu pulih dari kekecewaan.

Ramai yang menganggap pasukan Negeri Sembilan hanyalah pasukan "penumpang" di kumpulan C walaupun pada hakikatnya mereka adalah pasukan yang paling tinggi kelebihannya. Sebagai kumpulan underdog, sudah pasti mereka mahu membuat kejutan kepada pasukan-pasukan gergasi pantai timur yang dilihat mendominasi liga Malaysia sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi setelah berada di dasar saingan liga super dan hanya akan beraksi di liga perdana musim hadapan, mereka sudah pasti mahu mengubat kekecewaan para peminat . Dalam diam, pasukan juara piala Malaysia 2009 dan 2011 ini dilihat antara yang perlu diberi perhatian oleh pasukan Pahang .

Pahang yang baru sahaja naik ke liga super semula pada musim ini bermula garang pada awalnya. Tetapi akibat tidak mampu mengekalkan momentum , kita dilihat agak tidak seimbang dalam saingan liga. Berbekalkan kekecewaan separuh akhir Piala FA (berdasarkan gol away ) sudah pasti pasukan Pahang mahu melakukan sesuatu. Sudah pasti mereka mahu mengubat kekecewaan para peminat Pahang yang dilihat sudah mulai memenuhi segenap sudut stadium pada musim ini. Pemain-pemain yang cedera seperti Azamuddin Akil sudah semakin pulih dan diharap dapat membantu jentera hadapan pasukan. Seperti biasa, Pahang perlu bermula garang dan terus garang untuk menagih sokongan para penyokong yang merupakan antara tulang belakang dalam memberikan semangat.


Kehangatan Piala Malaysia edisi ke 87 ini kian terasa. Walaupun musim raya semakin hampir, tetapi bagi peminat setia bola sepak tempatan mereka sudah pasti begitu teruja untuk menyaksikan kemeriahan saingan dalam Piala tertua di Asia ini. Walaupun ada yang mengatakan menang Piala Malaysia "is nothing" atau "bukan dapat ke AFC pun" , tetapi prestijnya sebagai Piala tertua di Asia sudah pasti menjadi idaman setiap pasukan. 

Pedulikan apa orang kata. Misi piala Malaysia jangan kita lupa. Get ready bendera Pahang, Mafla Pahang, Duit tiket, duit kuaci, duit minyak, jersi Pahang, kuih raya, lemang, ketupat, bahulu, dan moh ke stadium. Kasi Hogoh Stadium Darul Makmur! Sesuai dengan slogan Hogoh Pahang Hogoh !!!

P/s : Jangan bawak mercun pulok demenya weh. Koi je boleh bawak kucing.

Wednesday, 24 July 2013

Berita : Saingan Piala Malaysia bermula 20 Ogos


Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah meminda jadual saingan Piala Malaysia musim daripada 17 Ogos kepada 20 Ogos.

Menurut Pemangku Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Affandi Hamzah, pindaan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pasukan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) yang akan beraksi pada Kejuaraan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura(FAS) yang akan berlangsung 12 hingga 13 Ogos depan.

Kelantan akan bertemu dengan Juara Piala FA Singapura, Tampines Rovers, manakala ATM akan menentang Juara Piala Singapura, Warriors FC.

Disebabkan jarak antara kejohanan itu dengan Piala Malaysia terlalu dekat, kedua-dua pasukan, Kelantan dan ATM tidak mempunyai rehat yang cukup untuk membuat persiapan untuk mengharungi siangan Piala Malaysia.

Tiada pemain pinjaman.

FAM juga menegaskan bahawa tiada pemain pinjaman dibenarkan pada kempen Piala Malaysia tahun ini. Walaupun ada pasukan berhajat untuk menggunakan pemain pinjaman untuk menguatkan pasukan, namun FAM bertegas semua 16 pasukan yang bertanding tidak akan dibenarkan memandangkan peraturan itu sudah dipersetujui semua pasukan sebelum ini.

Sepuluh pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana layak automatik ke saingan Piala Malaysia tahun ini menakala 2 lagi slot ditempah oleh pasukan N.Sembilan dan Felda United yang memenagi play-off.

Setiap pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Majlis undian Piala Malaysia akan diadakan 27 Julai.

Berikut tarikh pertandingan Piala Malaysia 2013


1.         Peringkat Kumpulan;
Perlawanan 1 - Selasa, 20 Ogos 2013
Perlawanan 2 - Sabtu, 24 Ogos 2013
Perlawanan 3 - Selasa, 27 Ogos 2013
Perlawanan 4 - Sabtu, 31 Ogos 2013
Perlawanan 5 - Selasa, 17 September 2013
Perlawanan 6 - Selasa, 21 September 2013

2.         Peringkat Suku Akhir;
Perlawanan Suku Akhir 1 - Selasa, 28 September 2013
Perlawanan Suku Akhir 2 - Jumaat, 4 Oktober 2013

3.         Peringkat Separuh Akhir;
Perlawanan Separuh Akhir 1 - Jumaat, 18 Oktober 2013
Perlawanan Separuh Akhir 2 - Jumaat, 25 Oktober 2013

4.         Perlawanan Akhir;

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 – Ahad, 3 November 2013.

Sumber : FAM


Thursday, 11 July 2013

Analisa pasukan Pahang dalam Liga Super 2013




Berikut adalah statistik prestasi pasukan Pahang di dalam saingan Liga Super 2013.

1.      Rekod sebagai tuan rumah (home match)
Menang: 6 kali
Seri : 3 kali
Kalah : 2 kali

2.      Rekod di tempat lawan (Away match)
Menang : 4 kali
Seri : 2 kali
Kalah : 5 kali

3.      Clean sheet(tidak bolos)
      Ya : 5 perlawanan(22.72%) (Nasril x2,Azhan x2,Rosfaizul x1)
      Tidak : 17 perlawanan (77.28%)

4.      Senarai penjaring Liga Super Pahang 2013:-
8 Gol- Fauzi Roslan
5 Gol- R.Gopinathan
4 Gol- Hafiz Kamal, Faizol Hussien, Matias Conti
3 Gol- R.Surendren, Razman Roslan
1 Gol- Borji, Azzamuddin Akil, Damion Stewart, Amirulhadi
Gol Sendiri- Jalal

5.      Senarai pemain yang berjaya melakukan “assists:-
                    9 assists: Fauzi Roslan
                    4 assists: Faizol Hussien, Damion Stewart, Azzamuddin Akil
                    3 assists: R.Surendren
                    2 assists: Borji, Shahrizan, R.Gopinathan
                    1 assists: Azidan, Matias Conti

6.      Penampilan dalam perlawanan liga (starts + subs)
21 perlawanan: Razman, Faizol, Fauzi
20 perlawanan: Jalal, Gopi
19 perlawanan: Poyeng, Amirulhadi, Alex
17 perlawanan: Shahrizan
16 perlawanan: Suren
15 perlawanan: Hafiz
14 perlawanan: Azidan
9 perlawanan: Stewart, Nasril, Azhan
8 perlawanan: Borji, Malik, Rosfaizul, Conti
3 perlawanan: Faisal, Nico, Zaiza,
2 perlawanan: Hazuan
1 perlawanan: Hazri, Syawal

7.      Fakta menarik mengenai pasukan Pahang dalam Liga Super 2013

  •         Antara pasukan yang paling banyak dapat hak penyiaran, 14 perlawanan dari 22 perlawanan liga.
  •          Digelar “king of comeback” apabila 3 kali berturut-turut berjaya menjaringkan gol di minit-minit kecederaan.
  •          Stadium Darul Makmur merupakan antara venue yang mencatatkan jumlah kehadiran penonton yang tinggi dalam saingan liga tahun ini dengan purata kehadiran 10k setiap perlawanan.
  •          Pasukan paling baik segi serangan,berjaya menjaringkan 36 gol berbanding dengan pasukan liga super yang lain.
  •      Dollah Salleh tealh mencuba ketiga-tiga penjaga gol yang beliau ada sebelum mengekalkan Khairul Azhan sebagai keeper utama hingga perlawanan terakhir.
  •      Mohamad Borji dan Nico Kleckarovski merupakan pengambilan pemain import paling teruk di Liga Super 2013.
  •          Pasukan Pahang merupakan pasukan pertama memakai jersi jenama Stobi di Malaysia. Stobi mengikat kontrak 3 tahun bersama Pahang FA.
  •      Berdasarkan undian penyokong, perlawanan pertama liga super antara Pahang vs JDT FC(Home) merupakan perlawanan terbaik liga super untuk pasukan Pahang. Perlawanan terburuk pula ketika menentang Kelantan di Kota Baharu.


    Pasukan Pahang mengakhiri saingan di kedudukan ke-5 dari 12 pasukan yang bertanding. Ini merupakan kedudukan liga yang terbaik sejak Dollah Salleh menjadi jurulatih pasukan Pahang pada tahun 2010. Semoga pasukan Pahang lagi cemerlang pada tahun hadapan.

Hogoh Pahang Hogoh!!!