Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 28 August 2013

Piala Malaysia 2013: Satu mata dari Darul Makmur


Pahang gagal memanfaatkan peluang untuk mengukuhkan kedudukan berada di tempat pertama kumpulan C selepas sekadar seri 1-1 dengan Terengganu di laman sendiri semalam.

Kelalaian jentera pertahanan Pahang seawal minit ketujuh dihukum pasukan pelawat apabila Ashaari Shamsuddin menjaringkan gol pertama skuad Penyu itu menerusi sepakan kencang yang gagal ditampan keluar penjaga gol Pahang, Khairul Azhan.

Tersentak dengan jaringan pertama skuad penyu itu, Pahang bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-14 menerusi Matias Conti yang menanduk bola masuk ke gawang lawan.

Matias Conti menyamakan kedudukan untuk
pasukan Pahang. Foto: Dunia Sukan
Terengganu cuba menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-27 apabila G.Puaneswaran melepaskan peluang terbaiknya selepas bola sepakannya melepasi palang gol.

Bagaimanapun, Pahang cuba menyerang menerusi tendangan kencang Hafiz Kamal dari luar kotak penalti pada minit ke-40 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.

R.Gopinathan juga melepaskan peluang untuk menyumbang gol kedua buat pasukan tetapi sepakan lemah beliau membolehkan Sharmiza Yusoff menangkap kemas pada minit-minit akhir babak pertama.

Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meningkat corak permaianan untuk memburu gol kedua namun diselamatkan oleh pertahanan masing-masing.

Pahang mempunyai peluang terbaik menambah jaringan, hantaran Azamuddin Akil kepada Fauzi Roslan, gagal disudahkan walaupun pertahanan lawan sudah kucar-kacir ketika itu.

Tiada jaringan gol dihasilkan menjadikan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Rumusan

Gol tunggal Matias Conti menyelamat maruah pasukan Tok Gajah. Pasukan Pahang tidak dapat mengulangi aksi baik ketika menentang Terengganu seperti ditunjukkan masa saingan liga super lalu. Kegagalan Pahang menyudahkan gerakan ketika masuk final third pihak lawan menyebabkan buntu mencari gol kedua.

Faktor keletihan menjadi punca mengapa beberapa pemain utama tidak beraksi baik seperti biasa. Jarak game hanya 2 3 hari membuatkan pemain tidak mendapat rehat cukup untuk betul-betul cergas dalam perlawanan. Diharapkan staff jurulatih dapat memikirkan sesuatu untuk mengembalikan kecergasan para pemain.

Perlawanan seterusnya juga menentang Terengganu di tempat lawan. Itu adalah game penting bagi Pahang walaupun mendahului dalam kumpulan C setakat ini. Jika Pahang gagal membawa pulang 3 mata, peluang untuk semua pasukan dalam kumpulan C akan kembali terbuka.

Hogoh Pahang Hogoh!!!
Menang tak bermegah, kalah takkan rebah!!!

Line up Pahang vs Terengganu:
Azhan; Poyeng, Razman, Stewart, Shahrizan; Amirulhadi(Fauzi), Hafiz, Faizol, Gopi(Malik); Alex; Conti(Azidan).




Sunday, 25 August 2013

Piala Malaysia: Senyum lebar di Paroi


Pahang terus mengukuhkan kedudukan di dalam kumpulan C apabila membenam pasukan Negeri Sembilan 5-3 pada siangan Piala Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman,Paroi malam tadi.

Tiga mata yang amat berharga buat pasukan Tok Gajah dan kemenangan ini memberi moral terbaik buat pemain buat mencipta kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Pahang dahagakan kemenangan selepas sekadar seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang Kelantan selasa lalu ternyata garang apabila terus membuat asakan bertali arus ke kubu N.Sembilan sebaik perlawanan dimulakan.

Usaha keras anak buah Dollah Salleh berhasil apabila pemain kesayangan penyokong Pahang, Azamuddin Akil menanduk masuk bola hantaran lintang Faizol Hussien dari sebelah kiri untuk gol pertama Pahang. Namun, S.Sivanesan menyamakan kedudukan untuk N.Sembilan pada minit  ke-48.

Alex kembali menguatkan barisan serangan Pahang
Foto: Dunia Sukan
R.Gopinathan kembali meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-51 apabila gerakan beliau dari sebelah kiri, memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum melepaskan sepakan cantik ke hujung gawang untuk memperdayakan penjaga gol N.Sembilan, Badrulzaman Abdul Halim.

Selang beberapa minit kemudian, Gopi sekali lagi menjadi arkitek pasukan Pahang apabila hantaran rendah beliau, mudah disempurnakan oleh Matias Conti untuk gol ke 3 Pahang.

Matias Conti meraikan jaringan beliau.
Foto: Dunia Sukan
Pada minit ke-65, Gopi mendapat gol kedua beliau dalam perlawanan ini apabila menyambung gerakan Faizol dari sebelah kanan untuk Pahang selesa mendahului 4-2.

Sedang asyik Pahang menyerang, Sivanesan kembali merapatkan jurang dengan gol kedua tuan rumah pada minit 74 dan selang 2 minit kemudian, Sivanesan sekali lagi menambah gol ketiga N.Sembilan. Serang balas pantas pasukan tuan rumah memberi masalah kepada pasukan Pahang.

Namun, ia semakin membangkit semangat Tok Gajah untuk melengkapkan jaringan kelima menerusi Amirulhadi yang menendang bola masuk dari jarak dekat setelah mendapat hantaran Faizol Hussien.

Pahang utuh menahan asakkan pihak lawan hingga tiupan wisel penamat.

Tamat perlawanan, N.Sembilan 3-5 Pahang

Rumusan

Lima gol yang dijaringkan dalam perlawanan ini membuktikan barisan penyerang Pahang kembali berbisa jika dibandingkan dengan perlawanan pertama di Kuantan selasa lalu.

Alex yang kembali kesebelasan utama, banyak membantu gerakan serangan Pahang, mengucar-kacirkan pertahanan lawan  dengan larian-larian deras di tengah Padang.

Tiga gol yang dilepaskan pula boleh dikatakan berpunca dari kealpaan barisan pertahanan dan tengah apabila lambat turun ke bawah bila pihak lawan melakukan counter attack. Aspek ini perlu diperbaiki pada perlawanan seterusnya.

Gopi beraksi baik dalam perlawanan ini.
Foto: Dunia Sukan
Pemain dalam perlawanan ini diberikan kepada Gopi dan juga Alex. Dua gol satu assist dari Gopi membantu Pahang bangkit selepas gol penyamaan N.Sembilan. Kehadiran Alex di barisan serangan membuatkan Conti lebih mudah mengancam pihak lawan.

Perlawanan Pahang seterusnya adalah menentang Terengganu di Kuantan, Selasa ini.

Hogoh Pahang Hogoh!!!
Menang tak bermegah, kalah takkan rebah!!!

Lineup Pahang vs N.Sembilan
Azhan; Poyeng, Razman, Stewart, Shahrizan, Amirulhadi(Malik), Hafiz, Faizol(Azidan), Gopi; Alex, Conti(Zaiza).


Thursday, 22 August 2013

Piala Malaysia 2013: Stewart hero Pahang

Kesebelasan utama Pahang
Pahang berjaya mengikat juara bertahan, Kelantan, pada aksi pembukaan Piala Malaysia 2013 di Kuantan yang menyaksi 5 kad kuning, 2 kad merah dilayangkan pengadil dalam perlawanan ini.

Keputusan seri boleh dikatakan satu keputusan yang adil dimana corak permainan yang menarik yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan kedua-dua pasukan beraksi dengan sepuluh orang pemain di separuh masa kedua setelah Fahkri Saarani dan Surendren dilayangkan kad merah, akhirnya perlawanan berkesudahan 1-1.

Terdahulu, Kelantan berjaya mendapatkan gol pendahuluan apabila sepakan Mohd Badhri Radzi terbias pemain pertahanan Tokgajah sebelum bola menerjah ke gawang Pahang pada minit ke-9.

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak buah Dollah Salleh berusaha untuk menyamakan kedudukan tetapi kekebalan pasukan pelawat menafikan jaringan skuad Tok Gajah itu.


Razman turun sebagai kepten Pahang
buat kali pertama

Peluang terbaik Pahang menerusi Amirulhadi pada minit ke 20 yang berjaya melepaskan rembatan deras, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Seminit sebelum berakhir separuh masa pertama tamat, Pahang memperoleh satu lagi peluang untuk samakan kedudukan menerusi Hafiz, tapi sekali lagi Khairul Fahmi berjaya menafikan sepakan Hafiz Kamal tersebut.

Tamat separuh masa, Pahang 0-1 Kelantan.

Bermula separuh kedua bermula, Pahang memasukkan Azamuddin Akil mengantikan Faizol yang tenggelam corak permainannya di separuh masa pertama.

Kemasukkan Azamuddin berjaya mengubah corak serangan pasukan Pahang yang menyaksikan Pahang hebat mengempur kubu pertahanan Kelantan.

Pada minit ke 64, Skuad kendalian Bojan Hodak terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Fakri Saarani dilayangkan kad merah selepas mengasari Hafiz Kamal.

Ketika Pahang berusaha mencari gol, R. Surendran dilayang kad merah selepas menendang pemain Kelantan, Daudsu Jamaluddin pada minit ke 80.

Dan minit ke-85, Stewart muncul penyelamat Pahang apabila melayangkan badannya untuk menanduk kemas sepakan sudut Hafiz Kamal untuk membolehkan penyokong tuan rumah bergembira.

Masa tamat, Pahang 1-1 Kelantan.

Rumusan

1 mata di tempat sendiri bukanlah sesuatu yang positif dalam satu-satu pertandingan sebegini. Walaubagaimanapun, keupayaan pasukan Pahang mengikat juara bertahan patut diberikan kredit. 

Aksi Pahang bukanlah pada tahap sebenar dengan tampak kelonggaran dari segi hantaran yang tidak kemas dan juga keserasian pemain agak kurang.

Percaturan Dollah Salleh meletakkan lima pemain midfield menyebabkan Matias Conti kurang menyerlah di hadapan. Conti bergelut untuk melepasi pemain pertahanan Kelantan yang beraksi dengan sedikit defensive. Hanya selepas kemasukan Alex di separuh kedua kedua berjaya merancakkan semuala serangan Pahang.

Buat Suren, jadikan insiden kad merah tersebut sebagai panduan yang amat berguna untuk menjadi pemain yang lebih matang dan profesional di masa hadapan. "Nothing to be ashamed of in making mistakes but what we should be ashamed of is repeating them."

Semangat yang ditunjukkan pemain-pemain Pahang begitu baik. Keazaman untuk berjuang bermati-matian untuk memperoleh gol patut dikekalkan dalam setiap perlawanan. Jadikan semangat ini satu kekuatan pasukan.


Stewart beraksi cemerlang mengekang
gerakan lawan

Pemain terbaik dalam ini diberikan kepada Damion Stewart. Beliau beraksi begitu baik untuk mengekang penyerang import Kelantan, Nwakame dan jaringan beliau di lewat-lewat perlawanan membuatkan stadium kemabli bergemuruh meraikan jaringan.

Untuk perlawanan seterusnya, Pahang perlu pertingkatkan mutu permainan jika mahu melangkah lebih jauh kerana saingan Piala Malaysia berbeza dengan Liga Super dan sukar dijangka.

Perlawanan Pahang yang seterusnya adalah menentang N.Sembilan di Paroi sabtu ini.

Hogoh Pahang Hogoh!!!
Menang tak bermegah, Kalah takkan rebah!!! 

Line up Pahang vs Kelantan
Azhan; Poyeng, Razman, Stewart, Shahrizan; Suren, Faizol(Alex), Hafiz, Amirulhadi(Azidan), Gopi; Matias Conti