Setelah 21 tahun menanti, Pahang akhirnya menamatkan kemarau juara Piala Malaysia dengan meranapkan impian Kelantan mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Kejayaan Pahang itu bukan sahaja
disambut dengan sorakan ribuan penyokong Pahang di stadium, malah pastinya
menggembirakan setiap rakyat negeri itu yang menyaksikannya menerusi skrin
televisyen yang bersiaran secara langsung.
Sekalung tahniah buat pemain import
dari Argentina, Matias Conti yang muncul wira Tok Gajah, apabila jaringan
tunggalnya pada minit ke-58 sudah cukup buat Pahang memahat sejarah merangkul
kejuaraan ketiga dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia selepas melakukannya
(juara) pada tahun 1983 dan 1992.
Di hadapan 85,000 penonton yang
membanjiri stadium, anak-anak buah Dollah Salleh sewajarnya layak dinobat
sebagai juara berdasarkan aksi yang lebih berkualiti dengan penguasaan di
bahagian tengah dikemudi pemain berbakat besar, Azamuddin Akil dan Mohd.
Amirulhadi Zainal.
Gelagat penyokong Pahang dengan gaya tersendiri menyokong pasukan. |
Perlawanan semalam bagaikan
mengulangi keputusan 1-0 ketika mereka menang ke atas Kedah pada tahun 1992 dan
lebih menggembirakan kali ini, mereka hanya dilabel sebagai underdog
untuk menang tetapi berupaya mengejutkan Kelantan yang jauh lebih
berpengalaman.
Selain Conti dan Azamuddin yang
layak dilabel sebagai wira pasukan, aksi cemerlang yang dipamerkan oleh penjaga
gol muda, Khairul Azhan Mohd. Khalid wajar diberikan pujian apabila menafikan
banyak peluang The Red Warriors terutama pada penghujung permainan
apabila menyelamatkan percubaan Mohd. Nor Farhan.
Kelantan yang dianggap pilihan untuk
memenangi perlawanan ini mempamerkan aksi yang tidak begitu bermaya dengan
kelibat ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi tenggelam manakala Indra Putra
Mahayuddin dan Mohd. Norfarhan Muhammad tidak dibiarkan bebas di bahagian
sayap
Ketiadaan Obinna Nwaneri di
pertahanan jelas mengundang masalah apabila gandingan Nik Shahrul Mohd. Azim
dan Azizi Matt Rose tidak mampu mengekang kelincahan Conti dan Azamuddin yang
acap kali dapat melepaskan diri ke dalam kotak penalti The Red Warriorrs.
Permainan antara kedua-dua pasukan
seperti kurang bernyawa pada babak pertama ekoran hujan lebat sebelum
perlawanan bermula yang banyak merencatkan pergerakan bola.
Tok Gajah lebih banyak menguasai
jentera tengah tetapi Kelantan memilih taktik secara serangan balas kilat bagi
mendapatkan jaringan dengan Dickson Nwakaeme banyak memberikan ancaman kepada
pertahanan Pahang.
Kelantan nyaris memecahkan kekebalan
pintu gol pada minit ke-25 melalui Nwakaeme yang dapat melarikan diri secara
solo ke arah gawang Pahang, mujur tindakan Damion Stewart menjatuhkan pemain
import Nigeria di atas garisan berhampiran kotak penalti menyelamatkan Pahang
buat seketika.
Nasib tidak bersama Pahang seminit
kemudian apabila percubaan jarak jauh pemain kelahiran Bera, R. Surendran
mengenai palang walaupun Khairul Fahmi sudah tertewas.
Penonton akhirnya terhibur dengan
aksi pada babak kedua apabila hujan berhenti dengan lebih banyak serangan
pantas dan bermutu dapat dipamerkan oleh kedua-dua pasukan sebelum jaringan
pertama hadir, 13 minit kemudian.
RESPECT. Alex antara tonggak yang membantu kejayaan pasukan. FOTO: KHAIRUL AZRIN | DS |
Taktikal Dollah meletakkan Azamuddin
di bahagian sayap kanan menggantikan Surendran selain memasukkan Mohd. Fauzi
Roslan begitu menjadi dengan pemain kelahiran Kampung Relong, Kuala Lipis itu
menjadi punca kepada gol sulung Pahang.
Selepas berjaya melepasi kawalan
Zairul Fitree, hantaran silangnya berjaya menemui Matias Conti yang begitu
bergaya menanduk masuk ke dalam gawang Kelantan bagi memastikan Pahang memimpin
perlawanan pada minit ke-58 dan menggembirakan kira-kira 40,000 penyokong setia
Tok Gajah yang hadir.
LOVE. Matias meraikan gol untuk Pahang. FOTO: Dunia Sukan |
Walaupun tempo permainan Kelantan
berubah sedikit selepas jaringan dari Pahang dengan kehadiran Faiz Subri serta
Ahmad Fakri Saarani tidak mampu mengubah kedudukan 1-0 bagi memastikan Piala
Malaysia akhirnya singgah ke bumi Pahang setelah sekian lama.
Ulasan
Kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia musim ini selepas
menewaskan juara bertahan Kelantan 1-0 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin,
berpunca daripada percaturan taktikal Dollah Salleh.
Dollah yang pernah menjuarai piala berkenaan pada 1992 bersama Pahang sebagai pemain, mengakui pasukannya perlu tampil dengan permainan terbaik untuk menewaskan Kelantan yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.
Dollah yang pernah menjuarai piala berkenaan pada 1992 bersama Pahang sebagai pemain, mengakui pasukannya perlu tampil dengan permainan terbaik untuk menewaskan Kelantan yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.
Kunci utama kejayaan anak buahnya mengekang kemaraan lawan ialah
dengan menyekat pergerakan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya yang
terkenal dengan hantaran-hantaran hebat.
Pahang menguasai perlawanan dengan baik, mencipta banyak
peluang, namun satu gol dari Matias Conti sudah cukup menjulang piala yang
berpretij ini.
Tahniah kepada semua pemain yang bekerjasama dari awal -
daripada kita hampir tersungkur di peringkat kumpulan, bangkit semula dan
peluang terhidang dimanfaatkan sehingga muncul juara.
Double R menjulang Piala Malaysia di depan penyokong Pahang. |
Juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penyokong-penyokong Pahang yang telah menbanjiri di Stadium Shah Alam. Ini lah
hadiah kepada penyokong-penyokong yang membantu pasukan Pahang sepanjang tahun
ini.
Teruskan sokongan kepada pasukan kita. Jadikan lah kejuaraan
tahun ini sebagai detik permulaan kepada kejayaan yang berpanjangan di
masa-masa hadapan
Hogoh Pahang Hogoh!!!
Menang Tak Bermegah, Kalah Takkan Rebah!!!
Pahang Juara!!