Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, 11 April 2013

Bekalan Sifar ke Selayang , Permulaan pusingan ke 2

Perlawanan piala FA yang lepas menyaksikan pasukan Pahang terikat 0-0 dengan pasukan teratas liga perdana iaitu Sime Darby. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 6 April yang lepas meresahkan segelintir penyokong Pahang dengan aksi yang agak hambar ditunjukkan oleh pasukan Tok Gajah.

Dalam perlawanan tersebut, gerakan yang cuba dilakukan oleh Pahang seakan-akan tidak menjadi, gagal , dan mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan pasukan Sime Darby. Manakala gol yang dijaringkan oleh Kojie di sahkan offside oleh pengadil . Jentera hadapan  nampak sedikit goyah dan tidak banyak melakukan serangan berbahaya ke arah pintu gol Sime Darby.

Bekalan yang dibawa oleh pasukan Pahang ke Selayang nanti adalah sifar. Tapi kita masih berpeluang untuk ke separuh akhir walaupon ada beberapa ramalan pakar mengatakan Sime Darby lebih cerah peluangnya berbanding Pahang. Sama-sama kita doakan agar Pahang mencapai kemenangan di sana nanti ok. Perlawanan adalah pada 16 April 2013.

Lusa ( Sabtu ) pula akan bermula saingan liga Super pusingan ke 2 . Pasukan Pahang akan bertemu pasukan T Team di Stadium Darul Makmur. Pasukan Pahang perlu menang untuk memastikan mereka terus mengutip mata dan terus bersaing dengan team2 yang lain dalam liga. Peluang untuk menjuarai liga Super masih terbuka dan tidak mustahil untuk pasukan Pahang.

Apa-apa pun harapan kita adalah agar pemain import baru dapat beraksi dengan pasukan Pahang dalam masa terdekat ini. Ini adalah untuk menguatkan lagi pasukan Pahang di posisi-posisi tertentu. 


Thursday, 4 April 2013

Good bye Borji & Nico, Welcome to Pahang FA, Stewart

Nikolche Klechkaroski(kiri) dan Mohamed Borji(kanan)

Hari ini dalam sejarah. Mohamed Borji dari Maghribi dan Nikolche Klechkaroski dari Macedonia, dua tonggak import pada awalnya diharapkan oleh pihak pengurusan Pahang FA untuk membantu pasukan tahun ini, ditamatkan kontrak. Mengapa? Hampir semua peminat dan pencinta bola sepak di negeri ini tahu kenapa khidmat mereka tidak diperlukan lagi, malah kedua-dua pemain ini menjadi bahan ketawa penyokong pasukan lawan.

Mohammad Borji, bekas penyerang kelab Difaa El Jadida di Maghribi berjaya menjaringkan 3 gol sepanjang bersama pasukan Pahang. Gol paling diingati yang beliau jaringkan adalah ketika menentang Felda United di Stadium MBPJ, di mana gol tunggal beliau pada minit ke-88 berjaya menyelamatkan pasukan dari keciciran mata. Namun begitu, prestasi beliau tidak meningkat. Cara permainan beliau yang selalu jatuhkan badan dan terlalu kerap offside semasa permainan, membuatkan peminat-peminat tokgajah menjadi cemuih setiap kali beliau beraksi. Paling memalukan, beliau tidak menjadi pilihan utama Dollah Salleh,dan jurulatih Pahang itu hanya menggunakan beliau sebagai simpanan sahaja.

Nasib Nico lagi memilukan. Beliau hanya beraksi 70 minit sepanjang 4 bulan di Pahang. Mempunyai susuk tubuh yang sasa dan tinggi, tetapi aksi beliau di padang jauh dari tahap pemain import yang lain. Nico langsung tidak menunjukkan ada keserasian bersama rakan pasukan. Walaupun pernah beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (Champions League), beliau tidak berjaya memikat hati pengendali pasukan, Dollah Salleh. Beliau kerap memanaskan bangku simpanan menyebabkan penyokong-penyokong mengelarkan beliau “penumpang” dalam pasukan dan tidak pernah dalam sejarah bola sepak Pahang pemain import menjadi simpanan ke pemain tempatan. Sadis.

Bagi menggantikan kedua-dua pemain ini, Pahang telah giat menjalankan sessi pemilihan lebih awal dan untuk posisi pertahanan, pihak pengurusan Pahang FA telah menandatangani bekas pemain QPR, Damion Stewart dari Jamaica. Berusia 32 tahun, pengalaman luas beliau harap membantu pasukan tokgajah.


Harbour View
Memulakan karier di Harbour View,sebuah kelab di Jamaica, beliau berjaya memenangi Jamaica National Premiere League pada tahun 2000 dan CFU Club Championship pada tahun 2004.

Bradfort City
Kemudian Stewart dipinjamkan ke Bradfort City,dimana beliau berjaya membantu kelas tersebut dari tersingkir ke liga bawahan. Setelah beraksi cemerlang bersama Bradfort, Stewart disambar oleh QPR untuk beraksi di npower Championship, division 2 di England.

QPR
Di QPR, beliau sudah beraksi 80 perlawanan dan menjaringkan 5 gol. Gol yang paling diingati ialah semasa beliau menjaringkan gol tunggal QPR untuk menyingkirkan Aston Villa di saingan Piala Liga.

Bristol City
Selepas beraksi 4 musim bersama QPR, Stewart dijual ke Bristol City pada musim 2010-2011, sebelum dipinjamkan ke Notts County pada musim 2011-2012. Selepas kontrak bersama Bristol city tamat.

Notts County
Stewart menandatangani penjanjian singkat bersama Notts County sebelum bersetuju bersama Pahang FA.

Karier Antarabangsa
Stewart bermain untuk Jamaica bawah-20 dan Bawah-23 pasukan belia kebangsaan Jamaica. Beliau membuat debut antarabangsa beliau untuk Jamaica Pasukan Bola Sepak Kebangsaan pada tahun 1999 menentang Ghana. Beliau telah bermain Piala Emas CONCACAF pada tahun 2003,2005, dan 2009 dan pelbagai perlawanan kelayakan Piala Dunia sejak kemunculan pasukan senior.


Sunday, 31 March 2013

Tamat dan fokus kepada Piala FA

Alhamdulillah. Permulaan yang baik bagi skuad Tok Gajah dalam saingan liga super setelah berehat untuk beberapa minggu. Sinar kemenangan telah mula muncul kembali dan seperti yang aokme tahu semalam pasukan Pahang telah menumpaskan pasukan T Team dengan jaringan 3-1. 3 mata berharga dalam perlawanan tempat lawan. Kita mula mendapat semula sentuhan Kojie setelah beliau menjaringkan gol penyamaan . Dibantu oleh gol yang dijaringkan oleh Faizol dan Gopi dalam memastikan 3 mata penuh kita bawa pulang ke Darul Makmur. Harap dengan kemenangan ini ianya menjadi satu kebangkitan dalam perjuangan.

Tamat sudah pusingan pertama Liga Super. Aokme boleh tengok  keputusan-keputusan pasukan Pahang  yang kami rekodkan  di sini. . Kojie masih mendahului jumlah jaringan dalam kalangan player Pahang dengan 7 gol setakat ini di dalam saingan liga super . Setelah tamatnya pusingan pertama ini, makanya keputusan secara rasmi pada 30/3/2013 carta liga super adalah seperti berikut :



Aokme boleh tengok jadual saingan liga super pusingan ke 2 di sini yak.

Selepas kemenangan ke atas T Team ini, pasukan Pahang perlu terus memburu kemenangan. Next game pasukan Pahang perlu tumpu kepada saingan Piala FA yang mana kita akan bertemu Sime Darby pada 6 April 2013 ( Sabtu ) di Stadium Darul Makmur. Untuk pengetahuan aokme, dalam saingan Piala FA peringkat suku akhir ini ada timbal balik. Jadi , pasukan Pahang perlu mencari gol sebanyak mungkin di tempat sendiri Sabtu ini.

Mengikut kepada sejarah perlawanan antara Pahang VS Sime Darby FC ini , kita mencapai kemenangan dalam kedua2 perlawanan ( Home dan Away ) masa kita bermain di liga Perdana dahulu dengan kemenangan 2-1 di tempat sendiri dan 3-2 di tempat lawan. Tapi kita perlu berhati- hati kerana baru-baru ini kita kalah dalam game friendly kepada team Sime Darby ini dengan jaringan 5-2 .Report game friendly ni ada dalam archieve kami. Aokme boleh baca report game te di sini.

Semoga pasukan Pahang terus menerus mengekalkan momentum kemenangan.
Hogoh Pahang Hogoh !!
Hitam Putih Takkan Padam !!