Impian
menamatkan kemarau penantian 16 tahun untuk beraksi di pentas akhir Piala
Malaysia semakin hampir menjadi kenyataan buat Pahang yang membawa bekalan dua
gol berharga untuk menumbangkan Sarawak 3-1 pada separuh akhir pertama di
Stadium Darul Makmur, semalam.
Azamuddin
Akil, menjaringkan dua gol pada minit ke-28 dan 32 dengan satu lagi gol dicipta
Matias Conti pada minit ke-37 bagi meletakkan Pahang sebagai salah satu calon
utama yang akan bersaing di perlawanan akhir, 3 November depan.
Sarawak
bagaimanapun masih mampu mencuri satu jaringan di tempat lawan melalui ketua
pasukan Mohd. Shahrol Saperi pada minit ke-39 bagi memastikan skuad Bujang
Senang masih berpeluang mengatasi defisit dua gol di Stadium Negeri, Kuching,
26 Oktober ini.
Kelincahan
serta kepantasan gandingan dua gandingan `R di bahagian sayap iaitu, R. Surendran
dan R. Gopinathan bagaikan duri dalam daging buat pertahanan Sarawak apabila
mereka berdua sering kali berjaya meloloskan diri di dalam kotak penalti.
Sebaik
saja perlawanan bermula, Pahang yang beraksi di hadapan kira-kira 33,000
penyokong sendiri ternyata mendapat tonik dan semangat luar biasa apabila
melancarkan serangan bertali arus.
Aksi Alex selepas menjaringkan gol pertama Pahang Foto: Khairul Azrin | Dunia Sukan |
Skuad
Tok Gajah membuka jaringan pada minit ke-28 apabila pergerakan Gopinathan
melepaskan percubaan dari jarak tepi mengenai palang sebelum ditanduk masuk
oleh Azamuddin atau lebih popular dengan nama jolokan, Alex.
Tidak
pun sampai lima minit permainan selepas jaringan tersebut, ketua pasukan
Pahang, Jalaluddin Jaafar melakukan satu hantaran lintang yang menarik di
sebelah kanan yang kemudiannya disudahkan dengan sempurna menerusi tandukan
cantik oleh Alex bagi menggandakan kelebihan buat Tok Gajah.
Tersentak
dengan jaringan itu, skuad Bujang Senang cuba mempertingkatkan serangan, namun
kealpaan benteng pertahanan dan penjaga golnya, Sani Anuar Kamsani yang keluar
daripada kawasan kotak penalti membuka ruang kepada Conti yang mengambil
kesempatan menjaringkan gol ketiga skuad Tok Gajah menerusi sepakan lambung
pada minit ke-37.
Matias meraikan jaringan beliau semalam. Foto: Khairul Azrin | DS Pahang |
Tidak
berputus asa, Sarawak yang meneruskan serangan ke gawang lawan berjaya
menjaringkan gol bagi menjadikan kedudukan 1-3 pada minit ke-39 selepas sepakan
Shahrol terbias mengenai Shahrizan Salleh sebelum menewaskan penjaga gol skuad
Tok Gajah, Mohd. Khairul Azhan yang terkeliru.
Bermula
separuh masa kedua, permainan sedikit perlahan, namun kedua-dua pasukan tetap
saling serang menyerang ke kubu lawan masing-masing bagi menambah jaringan.
Asakan
bertubi kali ke gawang lawan dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun gagal
menambah jaringan dan sehingga wisel penamat, kedudukan kekal dengan Pahang
berjaya menewaskan Sarawak 3-1.
Masa
penuh, Pahang 3-1 Sarawak
Ucapan khas Yan kepada penyokong Pahang. Foto: Khairul Azrin | Dunia Sukan |
Rumusan
Terima
kasih seluruh pasukan Pahang kerana menampilkan permainan yang bertenaga
semalam. Walaupun di atas kertas kedua-dua pasukan nampak seimbang, namun aksi Pahang
semalam membuktikan mengapa kita layak sampai ke tahap ini.
Masih
ada 90 minit lagi bagi kedua-dua pasukan bertarung di Kuching. Apa-apa sahaja
boleh berlaku dalam bola sepak. Kita tidak mahu pemain atau peminat
terbuai-buai dengan mimpi indah di sebalik kemenangan ini.
Pahang tidak boleh terlalu relaks dan perlu lebih fokus untuk aksi timbal balas nanti. Senang cakap, Pahang kena anggap keputusan agregat semasa masih 0-0 dan perlu bermain mati-matian di tempat lawan.
Pahang tidak boleh terlalu relaks dan perlu lebih fokus untuk aksi timbal balas nanti. Senang cakap, Pahang kena anggap keputusan agregat semasa masih 0-0 dan perlu bermain mati-matian di tempat lawan.
Pahang
perlu memperkemas lagi jentera bahagian tengah pasukan bagi menyempurnakan
kemenangan ke atas Sarawak pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia
di Stadium Negeri Petrajaya, Kuching Sabtu depan. Menyedari bermain di stadium
keramat lawan, barisan tengah perlu lebih dominan bagi mengelak barisan
pertahanan diasak ketika bermain di sana nanti.
Hanya
ucapan “Terima Kasih” sahaja yang mampu admin ucapkan pada seluruh warga PAHANG
, Aokmer membuktikan yang kita mampu memenuhi stadium dan kita mampu membakar
semangat para pemain. Perpaduan dan sokongan yang tak berbelah bagi macam
semalam perlu diterus sampai bila-bila.
#FinalIdamanKami
#Misi92
#BringBackTheGlory
#HogohTokgajohHogoh
#FinalIdamanKami
#Misi92
#BringBackTheGlory
#HogohTokgajohHogoh
Line up Pahang vs Sarawak:
Azhan; Jalal(Poyeng), Stewart, Razman, Shahrizan; Suren(Amirulhadi), Hafiz, Azidan(Faizol), Gopi; Azzamudin, Conti.