Pasukan
Pahang berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia setelah membenam
cabaran PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kali
terakhir Pahang layak ke separuh akhir adalah sembilan tahun yang lalu ketika
zaman Pahang di gelar Real Madrid Malaysia. Pada tahun 2004 itu,Pahang tumpas di
tangan Perlis dengan agregate 3-2.
Turun
dengan berkelebihan satu gol dari Darul Makmur, Pahang bermula garang dengan
membuka jaringan hasil penalti Matias Conti pada minit ke 28 selepas beliau dikasari
Ahmad Azlan Zainal dalam kotak penalti.
Pemain PKNS
nampak tertekan selepas jaringan itu, cuba merapatkan jurang melalui percubaan
Nazmi Faiz pada minit ke 38, namun berjaya diselamatkan Khairul Azhan.
PKNS
berpeluang memperoleh sepakan penalti selepas itu apabila bola seakan-akan
terkena tangan Razman Roslan ketika bersaing dengan pemain import, Patrick
Ronaldinho. Namun pengadil tidak mengendahkan permintaan pemain tuan rumah.
Tamat
separuh masa, Pahang 1-0 PKNS
Bermula
separuh masa kedua, PKNS meningkat asakan ke kubu pertahanan Pahang. Pada minit
57, Patrick Ronaldinho mendapat peluang menjaringkan gol tetapi sepakan beliau
tinggi melepasi palang.
Peluang
Pahang ke separuh akhir semakin cerah apabila Azamuddin Akil menjaringkan gol
kedua pasukan Pahang pada minit 60. Salah paham di antara pertahanan dan
penjaga gol PKNS membolehkan Alex menanduk masuk sepakan jauh Khairul Azhan.
Tenang. Alex meraikan jaringan gol kedua Pahang FOTO: FADZLIE AHMAD | DS |
Semangat
juang PKNS tidak luntur akibat gol itu dan hasilnya mereka berjaya merapatkan
jurang lapan minit kemudian. Khairul Azrin melepaskan sepakan kencang dari luar
kotak penalti dan tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Pahang, Khairul
Azhan.
Gol
tersebut memberi tonik kepada anak buah Hj. Abdul Rahman Ibrahim untuk memburu
gol seterusnya, namun benteng pertahanan Pahang yang diketuai Damion Stewart
dan Razman utuh menahan asakan bertali arus pasukan tuan rumah.
Tamat
perlawanan, Pahang 2-1 PKNS. Pahang mara ke suku akhir dengan keputusan agregat
5-3.
Pemain Pahang bersorak bersama penyokong-penyokong meraikan kejayaan ke separuh akhir FOTO: FADZLIE AHMAD | DS |
RUMUSAN
Tiada dapat
digambarkan betapa gembira penyokong-penyokong Pahang dengan kejayaan Pahang
layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2013. Jutaan tahniah kepada
pemain-pemain, jurulatih, dan juga pengurusan atas kejayaan ini. Selepas layak
ke separuh akhir Piala Malaysia, kali ini layak separuh akhir Piala Malaysia
pula.
“Saya janji
akan bawa Pahang ke final tahun ini”. Itu janji pemain terbaik dalam perlawanan
ini,Azamuddin Akil@Alex.
Tetapi,
perjuangan kita bukan hanya ke separuh akhir. Kita mahukan pasukan menjulang
Piala Malaysia. Misi yang tidak mustahil untuk direalisasikan. Dengan kerja
keras dan sokongan semua pihak, 2013 adalah tahun pasukan Tok Gajah.
Lawan
Pahang di separuh akhir nanti adalah di antara Sime Darby atau Sarawak. Satu
cabaran getir akan dihadapi Pahang kerana kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan
tersendiri. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 18 Oktober 2013 di
Stadium Darul Makmur dan 28 Oktober di tempat lawan.
Akhir
sekali, TGF ingin mengucapkan ucapan juga jutaan terima kasih penyokong Pahang
kerana anda semua telah mengamatkan Stadium Shah Alam. Kerana anda juga pemain
Pahang bersemangat hingga wisel penamat. Terima kasih semua, kita jumpa di
separuh akhir nanti.
Misi 2013:
Kita raih juara Piala Malaysia!!!
Hogoh
Pahang Hogoh!!!
Line up
Pahang vs PKNS:
K.Azhan; Jalal(Poyeng),Razman,Stewart, Shahrizan;Suren,Hafiz(Azidan), Amirulhadi,Gopi; Alex,Conti(Zaiza)
K.Azhan; Jalal(Poyeng),Razman,Stewart, Shahrizan;Suren,Hafiz(Azidan), Amirulhadi,Gopi; Alex,Conti(Zaiza)