Harapan Pahang untuk mengutip 3 mata penuh ke atas lawan
tradisi, Selangor, masih belum tercapai apabila hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan
Liga Super di Stadium Darul Makmur semalam, sungguh pun pada satu
ketika mendahului pada pertemuan penuh dramatik itu.
Perlawanan pada awalnya agak seimbang dengan kedua-dua
pasukan saling mencipta beberapa peluang keemasan untuk membuka jaringan.
Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-11 permainan
apabila kelincahan dan kawalan bola yang baik dari pemain sayap kanan Andik
Vermansah berjaya membuka ruang kepada Guilherme De Paula di dalam kotak
penalti namun gagal disempurnakan.
Pahang dilihat semakin menguasai permainan selepas itu dengan
barisan penyerang mereka berjaya memecah benteng pertahanan lawan menerusi
larian pemain sayap kiri, R. Gopinathan dan corak permainan fizikal Dickson
Nwakaeme.
Pertahanan Selangor cuba menghalang sepakan Gopi. FOTO - Dunia Sukan |
Gerakan yang dimulakan Nwakaeme pada minit ke-19 berjaya
memberi ruang kepada Gopinathan untuk melakukan lorongan cantik dari sebelah kiri
melintasi gawang Selangor namun gagal disambar Matias Conti dan R. Surendran.
Selepas gagal memecah kebuntuan jaringan, jurulatih Pahang,
Zainal Abidin Hassan membuat membuat pertukaran pemain selepas rehat dengan
memasukkan Norazam Abdul Azih menggantikan Surendren yang kurang berkesan.
Gol pembukaan yang dinantikan lebih 28,000 penyokong Pahang
yang memenuhi stadium akhirnya muncul pada minit ke-59 hasil jaringan Conti.
Penyerang dari Argentina itu, yang dilihat kurang menyerlah
pada separuh masa pertama, mudah menyempurnakan tolakan Azidan Sarudin yang
sebelumnya menerima bola daripada Dickson dalam kotak penalti.
Kegembiraan tersebut bagaimanapun tidak kekal lama apabila
pemain sayap Selangor, Andik, melakukan gerakan solo dari sebelah kanan untuk
melepasi kawalan tiga pertahanan tuan rumah sebelum merembat masuk gol
penyamaan pada minit ke-65.
Pada minit-minit akhir perlawanan, Pahang terpaksa bermain
dengan 10 pemain selepas Hafiz Kamal dibuang padang setelah menerima kad kuning
kedua.
Hafiz Kamal diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua. FOTO - Dunia Sukan |
Bagaimanapun, masa terlalu suntuk buat Selangor untuk
mengambil kesempatan ke atas kepincangan Pahang itu, sungguhpun pengadil, Nagor
Amir Noor Mohamed memberikan tiga minit masa tambahan.
Ulasan
Secara keseluruhan, permainan Pahang ada peningkatan
berbanding ketika perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari. Namun, masih jauh
dari prestasi sebenar pasukan. Banyak peluang di depan gol tidak dapat
disempurnakan. Set piece sepakan sudut dan sepakan percuma juga banyak
disia-siakan. Menjadi kerugian jika deretan sepakan sudut diperoleh, tiada satu
pun mampu mengugat pintu gol lawan.
Disebabkan ada beberapa pemain regular yang masih
tercari-cari rentak perlawanan, coach Zainal patut memberi peluang kepada
pemain lain untuk membuktikan sesuatu. Contohnya, pemain muda Nurazam Aziz ada
kemampuan menyumbang sesuatu kepada pasukan apabila dimasukkan. Beliau ada visi yang baik sebagai seorang
midfielder.
Penampilan pertama Nurazam Aziz bersama pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. FOTO - Dunia Sukan |
Perlawanan Pahang seterusnya adalah menentang Sarawak di
tempat lawan pada 21hb
Hogoh Pahang Hogoh!!!
Dari rodong untuk rodong!!!
Line up Pahang vs Selangor:
Yan; Razman, Stewart, Zesh, Ejan; Suren(Azam), Azidan, Hafiz, Gopi(Kojie), Conti, Dickson.