Monday, 23 April 2012

Tok Gajah wajib terus mengganas

Selepas menang besar dalam pertemuan menentang MBJB dengan jaringan 5-0 baru-baru ni telah membantu pasukan Tok Gajoh mengekori rapat pasukan ATM. Manakala kite juge diekori rapat oleh sime darby yang mana baru-baru ini telah menang 2-1 ke atas pasukan Terengganu . Top 3 liga perdana kini semakin lama semakin sengit. Carta terkini :


Selepas ini, pasukan Tok Gajoh akan bertemu dengan Harimau Muda B. Jika dahulu bermain di Kuala Lumpur , Tok Gajah menghadiahkan 4 biji gol. Mungkin kali ni di Temerloh berapa agaknya. Azamuddin Akil @ Alex masih lagi tidak boeh beraksi di kerana mendapat kad merah semasa bertemu NS Betaria di Temerloh tempoh hari.

Ada hikmah atas semuanya setelah Azamuddin Akil dipanggil oleh Rajagopal untuk menyarung jersi negara menentang Sri Lanka ( 28/ 4/ 2012 ) daam perlawanan persahabatan nanti. Moh kite pakat ramei2 gi nengok yak.

Bagi adik Tok Gajoh, Shahzan Muda telah mencapai kemenangan ke atas Melodi Jaya dengan jaringan 1-0 di stadium Temerloh malam tadi. Walaupun kilat sambar menyambar, tetapi penonton tetap tidak berganjak dalam menyaksikan perlawanan itu malam tadi.

Semoga Tok Gajoh terus mengganas.
Hogoh Pahang Hogoh !!