Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 31 March 2013

Tamat dan fokus kepada Piala FA

Alhamdulillah. Permulaan yang baik bagi skuad Tok Gajah dalam saingan liga super setelah berehat untuk beberapa minggu. Sinar kemenangan telah mula muncul kembali dan seperti yang aokme tahu semalam pasukan Pahang telah menumpaskan pasukan T Team dengan jaringan 3-1. 3 mata berharga dalam perlawanan tempat lawan. Kita mula mendapat semula sentuhan Kojie setelah beliau menjaringkan gol penyamaan . Dibantu oleh gol yang dijaringkan oleh Faizol dan Gopi dalam memastikan 3 mata penuh kita bawa pulang ke Darul Makmur. Harap dengan kemenangan ini ianya menjadi satu kebangkitan dalam perjuangan.

Tamat sudah pusingan pertama Liga Super. Aokme boleh tengok  keputusan-keputusan pasukan Pahang  yang kami rekodkan  di sini. . Kojie masih mendahului jumlah jaringan dalam kalangan player Pahang dengan 7 gol setakat ini di dalam saingan liga super . Setelah tamatnya pusingan pertama ini, makanya keputusan secara rasmi pada 30/3/2013 carta liga super adalah seperti berikut :



Aokme boleh tengok jadual saingan liga super pusingan ke 2 di sini yak.

Selepas kemenangan ke atas T Team ini, pasukan Pahang perlu terus memburu kemenangan. Next game pasukan Pahang perlu tumpu kepada saingan Piala FA yang mana kita akan bertemu Sime Darby pada 6 April 2013 ( Sabtu ) di Stadium Darul Makmur. Untuk pengetahuan aokme, dalam saingan Piala FA peringkat suku akhir ini ada timbal balik. Jadi , pasukan Pahang perlu mencari gol sebanyak mungkin di tempat sendiri Sabtu ini.

Mengikut kepada sejarah perlawanan antara Pahang VS Sime Darby FC ini , kita mencapai kemenangan dalam kedua2 perlawanan ( Home dan Away ) masa kita bermain di liga Perdana dahulu dengan kemenangan 2-1 di tempat sendiri dan 3-2 di tempat lawan. Tapi kita perlu berhati- hati kerana baru-baru ini kita kalah dalam game friendly kepada team Sime Darby ini dengan jaringan 5-2 .Report game friendly ni ada dalam archieve kami. Aokme boleh baca report game te di sini.

Semoga pasukan Pahang terus menerus mengekalkan momentum kemenangan.
Hogoh Pahang Hogoh !!
Hitam Putih Takkan Padam !!


Friday 29 March 2013

Persahabatan dan perlawanan terakhir pusingan 1 Liga Super

Seperti yang semua sedia maklum beberapa perlawanan persahabatan telah dijalankan oleh pihak PBNP di stadium Temerloh sepanjang tempoh berehat beberapa minggu ni. Antara keputusan perlawanan persahabatan yang telah dilalui :

Pahang 2 Harimau Muda B 1
Pahang 2 Kuala Lumpur 0
Pahang 3 PDRM 1

Salah satu suasana selepas tamat perlawanan persahabatan di Stadium Temerloh
Kemenangan demi kemenangan kita kecap sepanjang persahabatan ini. Walaupun bertemu dengan team muda negara dan pasukan liga perdana, kemenangan ini semestinya adalah kemenangan bermakna buat para pemain Pahang. Kekalahan demi kekalahan dalam saingan liga super sedikit sebanyak dapat menaikkan moral para pemain melalui kemenangan dalam perlawan-perlawanan persahabatan seperti ini. Seperti semua orang tahu 3 orang player import telah di uji oleh pihak pengurusan. Mereka adalah Stewart ( Pertahanan ), Michael ( Pertahanan ), dan Douglas ( Penyerang ) . Selepas ini katanya ada lagi beberapa pemain import akan diuji oleh pihak pengurusan dan barisan jurulatih demi memantapkan pasukan Pahang.

Masa berlalu dengan pantas. Esok 30.3.2012 akan berlangsung perlwanan seterusnya bagi pasukan Pahang. Skuad Tok Gajah akan bertemu T -Team pada pukul 4.4 di Kuala Terengganu. Poster seperti di bawah :



Harap pasukan Pahang mengecap kemenangan demi mengukuhkan lagi kedudukan dalam saingan liga super

Tamat sudah saingan pusingan pertama. Kami sudah kemaskini jadual perlawanan Liga Super pasukan Pahang untuk pusingan 2 di sini


Hogoh Pahang Hogoh !!
Hitam Putih Takkan Padam!!

Saturday 9 March 2013

Tiada "kelebihan" lagi di rumah sendiri musim ini

Kekalahan pertama di tempat sendiri dengan jaringan 3-1. 3 kalah , 2 seri untuk lima perlawanan terakhir. Perlawanan dengan PKNS malam tadi menunjukkan banyak lagi yang perlu dibaiki oleh coach dan para pemain. Koi tak suka tuding jari pada player-player tertentu sebab bagi koi bola sepak dimainkan secara berpasukan. Cuma kita perlu mengakui banyak kelemahan yang begitu ketara malam tadi. 

Pada pemerhatian koi ( Bukan coach ) , malam tadi PKNS tak banyak menyerang. Tapi, dengan hanya beberapa kali menyerang mereka boleh dapat 3 gol. Sebab apa? Adakah kerana defend yang lemah atau finishing mereka yang mantap? Jujur cakap, kita bernasib baik kerana kalah 3-1 malam tadi. Kalau ikutkan kita boleh kalah 5-1 jika penalti disempurnakan dengan baik dan bola yang terkena palang tu tak melantun jauh. Koi rasa mereka menggunakan formasi 4-5-1 . Mereka hanya meletakkan seorang sahaja penyerang iaitu Patrick Ronaldinho ( Ex Sime Darby ) di bahagian hadapan dan para penonton yang hadir menjadi saksi macam mana import ini menggelecek bola dan dengan terlalu mudah melepasi 3,4, ke 5 pemain Pahang. "Miscommunication" juga berlaku antara penjaga gol dan bahagian pertahanan. Gol-gol mudah dan simple kita kena malam tadi. Kita kena akui, kita ketandusan penjaga gol.


Antara yang hadir malam tadi

Kita juga kena mengakui bahagian hadapan kita tumpul buat masa sekarang. Banyak gerakan-gerakan yang dilakukan mati dan dipatahkan pertahanan PKNS dengan mudah . Gerakan bahagian hadapan kita tampak kurang kemas. Tidak seperti awal musim dahulu. Kita juga banyak mensia-sia kan sepakan penjuru yang nampak hanya sekadar syarat ianya diambil . Langsung tidak merbahaya. Tiada set-piece dan sebagainya , seolah-olah tendang sepakan penjuru mengharapkan nasib terkena kepala team mate. Ini kita kena akui. Pasukan kita begitu jarang ( Tak pernah lagi seingat koi ) membuat gol melalui sepakan sudut sepanjang kempen liga super tahun ni . Ini perlu dititikberatkan.

Pendapat koi yang terakhir adalah mengenai strategi permainan. Koi melihat strategi pasukan Pahang malam tadi dapat dibaca oleh pasukan lawan. Pasukan Pahang juga tidak bermain seperti awal musim dulu yang banyak menggunakan one touch dan tersusun berbanding malam tadi yang banyak menggunakan permainan long ball . Kalau pada pendapat koi lah kan, lawan team PKNS pakai formasi dan bermain long ball adalah amat tak sesuai. Badan pemain-pemain PKNS besar-besar berbanding pemain kita , kalu fight bola atau body memang advantage pada mereka. Koi ni tak ada lesen coach, tapi koi pun bukanlah buta bola. Harap Pahang main seperti awal musim dulu. One touch dan laju.

Semua orang kecewa termasuk koi. Koi bagi pendapat ni bukannya dapat apa-apa pun. Kalau Pahang menang koi bukan dapat duit pun, kalah apatah lagi. Koi juga adalah penonton dan penyokong seperti fan Pahang yang lain. Tiada kepentingan dalam persatuan bola sepak. Tapi, kerana semangat dan sayangkan pasukan Pahang, koi dan para penyokong yang lain ambil berat akan prestasi dan kedudukan pasukan Pahang ni. Masih ada peluang dan belum terlambat.

Maaf andai pendapat koi ni tidak sehaluan dengan aokme. 

Hogoh Pahang Hogoh !!
Menang Kalah Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hitam Putih Takkan Padam!!


Saturday 2 March 2013

Mat Terap VS Tok Gajah

Perlawanan ke 9 semalam pasukan Pahang bertemu ATM dengan keputusan berkesudahan tanpa jaringan. Buat pertama kali perlawanan yang melibatkan Pahang musim ini dengan tanpa sebarang jaringan sama ada dari pihak lawan atau dari kita sendiri. Perlawanan malam tadi nampak sedikit lemah berbanding semasa bertemu Kelantan tempoh hari. Para player tampak kurang menjadi walaupun ada beberapa peluang dapat dihasilkan. Kesebelasan utama yang lebih kurang sama digunakan dalam perlawanan malam tadi turut diturunkan ketika saingan Piala FA. Mungkin "gap" perlawanan yang terlalu dekat menyebabkan para player letih dan penat. ATM memiliki kelebihan kerana tidak terlibat dalam saingan Piala FA pusingan kedua Selasa lalu.

Walaupun ramai yang merungut coach Dollah menggunakan muka-muka yang sama , tapi sebenarnya kita sememangnya dalam keadaan ketandusan player. Hafiz Kamal (kad merah) dan Surendran ( Injured) tidak dapat diturunkan untuk membantu bahagian hadapan yang tampak kurang menyengat. Bahagian pertahanan wajar dipuji dengan usaha yang ditunjukkan oleh mereka. Mereka mampu mengekang penjaring terbanyak liga Super iaitu Marlon Alex James . Mereka juga mampu mengikat nama-nama besar malam tadi seperti Hai-O , Rizal, Martelotto, dan ramai lagi. Mereka tampak bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kubu daripada dibolosi. Tahniah kepada Rosfaizul yang menunjukkan aksi cemerlang malam tadi. Tahap keyakinan yang tinggi telah ditunjukkan cuma kurang yakin untuk menyepak bola ke atas.

Menggunakan mata kasar, koi menganggarkan penyokong yang hadir malam tadi antara 1000 ke 2000 orang. Tahniah kerana aokme datang ke stadium memberi sokongan moral kepada para pemain. Koi sempat snap sikit je malam tadi :





Pemain memberi penghargaan



Tahniah kepada para penyokong. Sejak nampak kebangkitan yang ditunjukkan pasukan Pahang, setiap kali game Pahang pasti ada penyokong Pahang yang datang memberi sokongan.

Secara peribadi koi ingin menulis mengenai prestasi Kojie yang tampak sedikit menurun sejak dipanggil ke dalam skuad kebangsaan oleh Rajagopal . Koi merasakan Kojie berasa sedikit "tekanan" diletakkan kepada beliau. Harapan menggunung para penyokong yang mahu melihat "sentuhan ajaib" mungkin mengganggu prestasi beliau lebih-lebih lagi beliau sudah dipanggil ke skuad Rajagopal. Kojie  sebenarnya sudah lama menyerlah cuma sejak kebelakangan ini beliau lebih banyak diberi perhatian oleh pemerhati dan penyokong bola sepak. Semoga Kojie lebih tenang dan menemui sentuhan nya yang dulu untuk membantu meledak gol pasukan.

Cuma koi terkilan 4 game terakhir ini pasukan Pahang hanya mampu mengutip 2 mata . Ini adalah satu kerugian yang besar jika dikira dalam aspek matematik. Kita perlu terus kutip dan mengutip mata untuk memastikan kita berada dalam kedudukan yang selesa. Perjuangan belum selesai dan masih panjang.

Next game pasukan Pahang akan bertemu pasukan PKNS Selangor. Semoga perlawanan di Darul Makmur ini mampu memeberi 3 mata penuh buat pasukan Pahang.

Buat pasukan Pahang ,  Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan, tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG! Tiada siapa menyangka pasukan Pahang antara pencabar liga super musim ini.

Hogoh Pahang Hogoh !

Bantu Dana TGF

P/s : Order baju TGF 3rd edition mungkin akan dibuka semula