Friday, 29 June 2012

Semangat kurang punca main macam tutttttt


aku dok perhati lama dah pemain Malaysia ni. juga pemain dalam negeri. ada 16 negeri dalam Malaysia, semuanya lebih kurang sama konsep nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku. walaupun segelintir menyanyi semangat, disebabkan 4 5 6 orang ni menyanyi cam tutttt, rosak habis. 

hari tu aku tengok match Terengganu lawan Kelantan untuk Liga Super, aku tetiba rasa nak jadi Ju-on, menjelma masuk kot tivi, lempang muka pemain-pemain.

ada ke lagu Negaraku dimainkan, siap main betul-betul baju, tangan goyang-goyang, mulut tak menyanyi. kang bila aku mengutuk lebih, marah pulak. tapi betul ohh. aku rasa macam semangat nak tengok pun tak ada. baik aku tak payah tengok aje gitu bila nyanyi lagu Negaraku pun dah macam menyanyi lagu irama tradisional walaupun lagu Negaraku slow aje. baik aku tengok Amarika Next Top Model aje. 

bukan aku nak kondem sesape, fikir la sendiri. aku bagi contoh Italy dalam game malam tadi. aku tengok depa nyanyi, cering bulu roma. dan dan semangat nak tengok walaupun tengok kejap. kahkah

dalam otak aku terus berfikir pasal pemain bola di Malaysia,

ENGKO FEELING ENGKO PEMAIN IMPORT LETTEWWW PASAL TAK MENYANYI LAGU NEGARAKU.

salah ke betul apa yang aku taip ni?