Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 25 April 2013

Biodata Matias Ruben Conti


Sebelum berlangsungnya perlawanan menentang Felda United esok, mari kita mengenali pemain import baru yang menyertai pasukan Pahang baru-baru ini, Matias Conti dari Argentina.

Conti

Nama Penuh: Matías Ruben Conti

Tarikh Lahir: 17 January 1990 (age 23)

Tempat Lahir: Reconquista, Santa Fe, Argentina

Tinggi: 1.83 m (6 ft 0 in)

Kelab Terdahulu: Vélez Sarsfield, Deportivo Merlo, Tristan Suárez

Posisi: Penyerang

Matias Conti menyertai Pahang pada April 2013 setelah khidmat penyerang import sebelum ini, Mohamed Borji dan Nikolce Klečkarovski.

Dilahirkan di Reconquista, Santa Fe, tempat yang sama Batistuta dilahirkan, Conti memulakan kerjaya bola sepak di Velez Sarsfield sebagai pemain remaja di kelab tersebut. Setelah cemerlang dengan pasukan remaja, penyerang Argentina ini dipanggil bermain dengan pasukan simpanan Velez dan di musim berikutnya, beliau mula menyertai latihan pra-musim dengan pasukan utama.

Vélez Sarsfield
Pada musim 2009-10 dia membuat debut profesional pertama dalam Argentina Primera División ketika Vélez Sarsfield menentang Rosario . Dia telah bermain 4 perlawanan dalam musim tersebut sebelum dipinjamkan ke Deportivo Merlo untuk musim 2010-2011. Di sana,beliau telah bermain 14 perlawanan dan berjaya menjaringkan satu gol

Deportivo Merlo
Selepas musim agak baik dengan Deportivo Merlo, kelab tersebut bersetuju untuk menandatangani Conti secara kontrak tetap untuk musim 2011-2012. Dia menjaringkan gol pertama untuk Merlo pada 27 Mei 2012, apabila Deportivo menentang Gimnasia La Plata. Selepas musim 2011-2012 tamat, Conti sekali lagi berpindah dan kali ini beliau menyertai Tristan Suárez yang bermain di Primera B Metropolitana, division 3 Liga Argentina.

Tristan Suárez
Di Tristan Suarez, Conti membuat penampilan sulungnya pada 6 Ogos, masuk sebagai sub ketika Tristan Suarez tewas kepada San Telmo. Kemudian, beliau membuat penampilan pertama sebagai kesebelasan utama untuk kelab itu dalam perlawanan menentang Barracas Central. Pada 9 September 2012, dia telah berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Tristan Suárez pada minit ke-33 semasa menentang Deportivo Laferrere. Beliau membuat 20 penampilan dengan Tristan Suárez sebelum dia bersetuju untuk menyertai Pahang FA di Liga Super Malaysia 2013

Pahang FA
Pada 8 April 2013, Conti telah jalani ujian dengan Pahang FA untuk mengisi kekosongan kuota pemain import. Dia menyumbat 5 gol dalam perlawanan persahabatan ujian menentang Shahzan Muda FC dan seterusnya terpilih untuk menyertai Pasukan Pahang FA. Pada aksi sulungnya bersama Pahang, dia menyumbang 2 gol untuk membawa Pahang FA ke dalam separuh akhir Piala FA Malaysia 2013.

Telah menjadi harapan seluruh penyokong dan peminat pasukan “Tokgajah” untuk melihat pemain import baru Pahang ini dapat membantu pasukan meraih kejayaan tahun ini. Jadi sama-sama lah kita saksikan kehebatan Conti ketika turun beraksi buat kali pertama di Stadium Darul Makmur malam esok.

Vamos Vamos Conti!!!!!!