Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday 9 August 2021

Liga Super'21:Tok Gajah dalam bahaya!

 09/08/2021: Pahang dalam kedudukan bahaya apabila gagal mengutip sebarang mata dalam perlawanan menentang Terengganu FC baru-baru ini di Gong Badak. Tok Gajah yang menduduki tangga ke-9 Liga Super dengan 17 mata daripada 17 perlawanan, 1 tangga dibawah pasukan PJ City FC.

Tampil lesu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi kelebihan kepada skuad bimbingan Nafuzi Zain untuk membenam Tok Gajah dengan 2 gol pada separuh masa perlawanan, salah satunya hasil tandukan bekas pemain Pahang, Faizal Halim.

Foto: Dollah Salleh ketika ditemubual sebelum perlawanan

"Perlawanan menentang Terengganu FC kelihatan aksi pemain teruk dan serba tidak menjadi selain kurang bermaya, saya pun tidak pasti apa puncanya, nak cakap keletihan kita dah rehat secukupnya, jika persembahan sebegini berterusan dipamerkan pemain, kami tidak akan ke mana-mana," ulas Dollah Salleh.

Beliau juga mengatakan bahawa pasukan Tok Gajah menghampiri zon bahaya (penyingkiran) dengan perbezaan mata yang tidak jauh dengan kelompok bawahan Liga, ini yang merisaukan, jika seri bertemu Terengganu FC sekurang-kurangnya Pahang dapat mengutip satu mata berharga.

Foto: Manuel Hidalgo terlepas aksi menentang TFC akibat menerima kad kuning ketiga

Dollah Salleh percaya masih ada masa buatnya dan pasukan untuk memperbaiki kedudukan Liga dengan berbaki lima perlawanan lagi, serta enggan menyalahkan mana-mana pemain akibat aksi hambar baru-baru ini.

Teruskan menyokong Tok Gajah Forever & STAY TUNED!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: Sri Pahang FC & Nizam Din, CSN || Grafik: SPFC & TGF || Artikel: Berita Harian

Like & Follow kami: Facebook || Twitter || Instagram