Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 25 January 2012

Pencapaian Skuad Tok Gajah


Skuad Tok Gajah adalah antara salah satu pasukan lagenda dan  yang  digeruni pada satu masa dulu. Terutamanya pada tahun 1992 . Masa tu pasukan Pahang cukup digeruni kerana kehebatannya. Tapi, tahukah anda akan pencapaian keseluruhan skuad Pahang sepanjang wujudnya  ia  di dalam kancah bola sepak negara? 

Sini kami senaraikan :

Pencapaian di Liga Malaysia

[Juara]
- Piala Malaysia > 1983, 1992 (2x)
- Liga Malaysia > 2004 (1x)
- Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana > 1987, 1992, 1995, 1999 (4x)
- Piala FA Malaysia > 2006 (1x)
- Piala Sumbangsih > 1992, 1993 (2x)

[Naib Juara]
- Piala Malaysia > 1984, 1994, 1995, 1997 (4x)
- Liga Malaysia > N/A
- Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana > N/A
- Piala FA Malaysia > 1995 (1x)
- Piala Sumbangsih > 1985, 1988, 1995, 2007 (4x)

Pencapaian di Peringkat AFC dan AFF

● Kejohanan Kelab Asia: 3 penyertaan
1989: Peringkat Kumpulan
1994: Menarik diri dari kelayakan - Pusingan Pertama
1996: Pusingan Kedua

● Piala AFC: 2 penyertaan
2005: Peringkat Kumpulan
2007: Peringkat Kumpulan

● Kejohanan Kelab ASEAN: 1 penampilan
2005: Naib Juara


Itu adalah antara pencapaian skuad Pahang sehingga ke hari ini. Tak mustahil dengan segala usaha dan sokongan padu dari para penyokong, skuad Tok Gajah mampu menambah lagi koleksi dalam list di atas. Jadi, sama-sama lah kita warga Pahang memberi sokongan padu kepada Tok Gajah. Sama ada dari segi hadir ke stadium, membeli jersi, dan sebagainya. Kerana setiap apa yang kita lakukan demi Tok Gajah adalah untuk memartabatkan semula Skuad Tok Gajah di dalam negara mahu pun luar negara. InsyaAllah..

Ingat...Tiada yang mustahil... Sama-sama kita doa agar Pahang kembali menyinar dengan lebih gemilang..

KALOH ATAU MENANG PAHANG SENTIASA DI HATI KOI.
HITAM PUTIH TAKKAN PADAM.


P/s : Jika ada salah/ silap minta perbetulkan. :-)