Sunday, 29 January 2012

Aku bukanlah peminat Tok Gajah

Ini entry selingan sementara tak tahu nak post benda apa.

Aku dulu mana minat bola. Lagi-lagi pasal Tok Gajah la, Kenari la, Singa la, blablablabla, sebab apa? Sebab aku memang tak minat. 

Lepas tu, "boyfriend" aku (kawan lelaki) pengaruhi aku *aipp apa kau fikir haa. Dia ajak aku search pasal kehebatan Tok Gajah. Search jadual perlawanan la, pasal itu, pasal ini, buat banner. Yeahh, masa tu macam nak terbukak sikit la hati aku.

Tapi seronok bila bercakap pasal bola. Dan mampu memberi kebahagiaan, ececehh. Dan aku rasa bersemangat nak tengok Tok Gajah lawan 3 haribulan 2 ni. Perghh mesti syiokkk

Ha semalam ramai salah anggap pasal tarikh perlawanan Pahang vs ATM. Orang kata Kosmo bagi salah information. Betul ke? Haihh Kosmo ni nak kena tukar nama yak? Kospu, Kosmo Penipu. Huahuahua

Apa-apa pun, HOGOH PAHANG HOGOH! Dan sekarang aku sayang team Tok Gajah.