Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 8 March 2012

Pahang Vs T Team ( Piala Fa pusingan ke dua )

Tidak lama lagi perlawanan bagi persaingan Piala FA pusingan ke dua akan berlangsung . Pasukan-pasukan yang layak akan meneruskan misi pada minggu ini :

Pahang Vs T Team
Perlis Vs Kedah
Kl Spa Fc Vs Preach K.Reach
Kuala Lumpur Vs Kelantan
Selangor Vs Johor FC
Sime Darby Vs Usm Fc
Betaria FC Vs Lion XII
Perak Vs Terengganu

Kesemua perlawanan akan berlangsung pada 10/3/2012 kecuali bagi perlawanan pasukan kite iaitu Pahang yang akan bertemu T Team di Terengganu pada 9/3/2012.  Sebelum ni Tok Gajoh berjaya menundukkan Felda United di tempat lawan. Kali ini sekali lagi kite akan merempuh tempat lawan. Pusingan ke dua ini masih lagi kalah mati dan tiada timbal balik.

Walaupun kedua-dua game persaingan piala FA ni berlangsung di tempat lawan dan tampok susoh, Tok Gajoh nampaknya mendapat lebih keyakinan selepas membenam MP Muar 5-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh tempoh hari. Moh kite doakan same-same agor Tok Gajoh mampu memenangi perlawanan itu nanti.



Kepade hok yang berkesempatan datang la nyokong team kite yak. Kasi hogoh sikit Stadium Terengganu te. Bior runtoh sebak Gajoh pon nok mengamok di sane ni.

Pantun untuk pasukan T Team dari pahlawan-pahlawan Gajoh .

Rupa Gagah Hati Berani
Hati Pukal Percaya Diri
Kokoh Berdiri Di Kaki Sendiri
Menghadapi Musuh Berpantang Lari

Jiwai Semangat Tok Gajah


Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!