Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 3 March 2012

Tok Gajoh Tersentap Dari Tidor

Pahang mengambil alih teraju Liga Perdana apabila mengutip mata penuh semalam dengan mengumpul 19 mata, satu mata di depan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang satu perlawanan. Sime Darby kekal di tangga ketiga apabila sekadar mencatatkan keputusan seri.


Kemenangan 5-1 ke atas Mp Muar di stadium Temerloh memberikan keyakinan kepada pasukan Pahang yang akan ke Terengganu menentang T.Team untuk pusingan ke 2 piala FA pada 9 Mac ni. Penjaring pada malam tadi adalah  Hazuan, Faizol,Boris, Alex, dan Eduard



Kemenangan bergaya ini turut di saksikan oleh para penyokong Pahang yang sanggup datang walaupun hujan pada malam tadi. Setakat ini semua pasukan dari Johor di Liga Perdana sudah di tewaskan seperti MBJB, Johor FA, dan malam tadi Mp Muar. Pahang memang steady. Masih kebal di laman sendiri dan hanya 1 kekalahan sepanjang 8 perlawanan. 


Kite mengharapkan ATM akan tunduk kepada Usm supaya Pahang kekal menerajui liga.  Jangan kejutkan Gajah dari tidur, kan dah kena 5 das. hehe.....


Moh kite beri sokongan kepada pasukan Pahang 9 Mac ni nanti untuk pusingan ke 2 saingan piala FA nanti yak.


Menang Atau Kalah Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!