Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday 20 July 2012

Kita ke Liga Super 2013

Akhirnya harapan kita semua penyokong Pahang nak melihat kembali kelibat pasukan Tok Gajah beraksi dalam Liga Super tercapai. Perlawanan yang cukup dramatik seolah-olah perlawanan final merebut piala. Pahang yang pada mulanya mendahului dengan 2-0 dikejar kembali selepas separuh masa pertama.


Ketiadaan Boris begitu dirasai di bahagian tengah. Hafiz Kamal juga turut dikeluarkan pada minit ke 75. Extra time menyaksikan 3 orang player terkena kad merah iaitu 1 player kedah 2 player Pahang. Player Pahang yang terlibat adalah Gopi dan Fauzi. Walaupun ada sedikit kekecohan kerana tak puas hati, pahlawan tok Gajah meneruskan permainan dengan sisa semangat dalam perjuangan.

Penentuan penalti boleh di tonton dalam :


Begitu mendebarkan. Sampai berpeluh koi malam tadi. Akhirnya kemenangan berpihak kepada kita. Kita menang dengan cara bermaruah, berliku, dan bersemangat. Tahniah kepada semua player Pahang !! Anda wira kami !!

Kepada penyokong, berikan sokongan padu anda kepada mereka. Menang kalah tiada kira.  Kerana mereka bersemangat membawa nama Pahang naik semula.

Hogoh Pahang Hogoh !!!!