Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday 20 February 2012

Kite berjaya ke pusingan ke 2 Piala FA

Jiwai Semangat Tok Gajah

Pasukan Tok Gajah telah berjaya mengisi slot terakhir dalam saingan piala Fa ke pusingan ke dua dengan kemenangan ke atas Felda United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat , Melaka itu berkesudahan dengan jaringan Pahang 1 Felda United 0. Hasil jaringan adalah berpunca daripada free kick yang di ambil oleh Hafiz Kamal terus ke dalam gol pada minit yang ke 39.

Jaringan beliau :



Dengan jaringan tunggal ini, maka skuad Tok Gajah boleh berbangga dengan kemenangan ke atas pasukan yang bermain dalam liga super itu. Ini membuktikan pasukan Liga Perdana mampu mengatasi pasukan Liga Super. Pasukan Sime Darby juga berjaya mencipta kejutan dengan mengalahkan satu lagi pasukan dari liga super iaitu Sabah dengan jaringan 2-0.

Selepas ini skuad Tok Gajoh akan bertemu dengan pasukan juga dari liga super iaitu T.Team . Perlawanan dijadualkan akan berlangsung di stadium Temerloh pada 10/3/2012. Tiada perlawanan timbal balik bagi pusingan ke dua. Timbal balik hanya akan dilakukan apabila sudah sampai ke peringkat suku akhir. Kepada penyokong-penyokong Pahang boleh dah tanda kat kalendar untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada skuad Tok Gajah nanti.

Liga Malaysia akan berehat selama dua minggu sebelum perlawanan seterusnya di jalankan. Pada 2/3/2012 nanti Pahang akan bertemu dengan MP Muar di sadium Temerloh untuk saingan liga perdana. Semoga Pahang dapat terus mengutip mata sekaligus merebut takhta liga perdana.

Selamat  bercuti kepada pemain-pemain Pahang. Rehat memolek, lepas ni nok menang lagi. Hehe..

Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
 Hogoh Pahang Hogoh !!