Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, 24 June 2013

Liga Super 2013 : Misi tergendala


Hasrat menduduki tiga tempat teratas liga semakin kabur selepas gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tunduk 1-2 kepada pasukan Perak.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua di Darul Makmur musim ini di mana pasukan Tok Gajah pernah ditewaskan PKNS FC Mac lalu.

Pahang turun tanpa 4 pemain tonggak dalam perlawanan ini. AmirulHadi dan Gopi digantung perlawanan, manakala Stewart dan Shahrizan mengalami kecederaan semasa latihan.


Pahang memulakan perlawanan dengan agak baik dengan memilik sekurang-kurangnya 4 peluang keemasan, namun gagal disudahkan dengan baik. Tamat separuh masa, Pahang 0-0 Perak.

Malik cuba melepasi pertahanan Perak


Masuk separuh masa kedua, Pahang meningkatkan serangan ke kubu pertahanan Perak. Namun, Azlan Ismail meletakkan Perak di depan pada minit ke-60 selepas Perak dapatkan sepakan percuma di kawasan Pahang.

Walaubagaimanapun, pasukan pelawat terpaksa bermain 10 orang selepas kehilangan M.Yoganathan akibat layangan kad merah pada minit ke-77 yang mengasari pemain Pahang.



Kemasukan Hazuan Daud menggantikan R.Surendran
sedikit sebanyak membantu pergerakan pasukan Pahang

Pahang menggunakan kelebihan yang ada untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik yang diambil Hafiz Kamal.

Kealpaan benteng pertahanan Pahang membawa padah menyaksikan Perak berjaya menjaringkan gol kedua hasil percubaan tonggak import Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-81 melalui sepakan penjuru.

Tamat perlawanan, Pahang 1-2 Perak.

Rumusan

Secara keseluruhan, pasukan Pahang betul-betul terasa kehilangan 4 tonggak yang tidak beraksi perlawanan ini. Tanpa Amirulhadi dan Gopi, barisan tengah sukar merancang serangan. Tempo perlawanan agak perlahan. Pemain sayap tidak berfungsi dengan baik. Crossing sangat mudah dipatahkan oleh pertahanan lawan.

Di barisan pertahanan, kelemahan seperti diawal musim begitu terselah. 2 gol Perak dijaringkan di dalam situasi bola mati(sepakan percuma & sepkan penjuru).

Namun, penyokong-penyokong Pahang harus dipuji. Stadium hampir penuh malam itu. Walaupun sudah tumbang pada Johor DT di separuh akhir Piala FA, tapi mood penyokong Pahang datang ke stadium tak pernah luntur. Semua penyokong Pahang mengharapkan pasukan dapat membaiki kedudukan liga ke tempat ke-3, sekurang-kurang mengubat luka terlepas trofi Piala FA tahun ini. 




Faisal Rosli diberi tanggungjawab mengantikan
Shahrizan yang tercedera

Untuk berdepan pasukan Kelantan selasa ini, diharapkan pemain-pemain yang terpilih bermain bersungguh-sungguh bagi membukti keupayaan mereka setanding dengan tongak utama yang ramai tercedera. Ini lah masanya untuk menonjolkan bakat dan kesungguhan anda kepada pasukan Negeri Pahang Darul Makmur.

Hogoh Pahang Hogoh!!!

Line up Pahang vs Perak

Azhan; Jalal (C), Razman, Poyeng, Faisal; Suren(Hazuan), Azidan(Faizol), Hafiz, Alex; Matias Conti, Malik(Fauzi).