Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 26 June 2013

Liga Super 2013 : Semakin layu



Pahang merakamkan kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas di tangan Kelantan semalam.
Kedua-dua pasukan bermain secara terbuka sejak dari awal perlawanan, di mana Pahang mendapat peluang pertama apabila larian deras R,Gopinathan di sebelah kiri berjaya mengumpan bola kepada Surendran di far post. Suren, yang tidak tamak, menghalakan bola tersebut kepada Matias, namun, penyerang Argentina itu tidak berjaya menyudahkan gerakan tersebut.

Pahang memperoleh peluang seterusnya pada minit ke 19 selepas Nik Shahrul menjatuhkan Matias pada jarak 25 meter dari pintu gol Kelantan. Bola dari sepakan percuma yang diambil Azidan berjaya menewaskan Khairul Fahmi, tetapi palang pula menjadi halangan.

Saiful Nizam yang digandingkan dengan Zaiza dalam perlawanan ini, bekerja keras mengekang serangan bertali arus Kelantan. Kelantan yang kembali mendapat rentas selepas diserang Pahang di awal perlawanan, mendapat peluang melalui Nor Farhan yang berjaya melepasi perangkap off-side pasukan Pahang, sebelum melorongkan bola kepada Badri Radzi. Badri berjaya memperdayakan Khairul Azhan, namun bola sepakan beliau berjaya dihalang dengan baik oleh Saiful Nizam di atas garisan gol.

Dengan pertahananan Pahang dalam kucar-kacir, Khairul Azhan beraksi dengan begitu baik sekali untuk menafikan jaringan pasukan tuan rumah. Hasil kesilapan Gopi menjatuhkan Fakri Sarani di dalam petak penalti, pengadil sepakan penalti kepada pasukan Kelantan. Sepakan tersebut diambil Obinna Nwaneri, namun sepakan tersebut mudah dibaca Khairul Azhan sekaligus pemain import Nigeria tersebut.

Tidak lama selepas penalti, Nor Farhan sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol, kali ini dengan tandukan tepat ke pintu gol, tetapi Khairul Azhan membuat aksi menyelamat yang menakjubkan menafikan jaringan Nor Farhan. Walau bagaimanapun, apabila seolah-olah perlawanan akan berakhir 0-0 untuk separuh masa pertama, Kapten Kelantan Badhri Radzi yang tidak dikawal, berjaya melepaskan satu sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan Khairul Azhan di pintu gol.

Pada minit ke-56 Kelantan menjadikan kedudukan 2-0 dan ia sekali lagi hasil kesilapan pertahanan Pahang. Badri Radzi melakukan through ball kepada Nor Farhan, walaupun Khairul Azhan berlari keluar untuk menghalang gerakan Nor Farhan, beliau tidak berjaya menyelamatkan tindakan susulan Zamri Ramli.

Pahang begitu hampir merapatkan kedudukan pada minit ke-73 apabila Abdul Malik flicked tandukan Matias dari sepakan penjuru, tetapi sekali lagi Kelantan diselamatkan oleh palang gol.
Dengan kemenangan ini, kedudukan Pahang di tangga ke-5 dipintas Kelantan dengan berbeza satu mata.

RUMUSAN

Kesimpulan, Pahang bermain jauh dari dari tahap permainan sebenar. Pahang hanya bermain baik dalam 20 minit pertama, kemudian terus dikuasai Kelantan.

Barisan pertahanan begitu longgar. Mudah untuk memberi pemain Kelantan mencipta jaringan. Pemain midfield pula langsung tidak mampu membantu serangan mahupun pertahanan.

Skrip yang hampir sama macam tahun lepas masa liga perdana. Di awal dan tengah musim, pasukan Pahang beraksi dengan baik sekali. Namun bila menghampiri akhir liga, pasukan banyak drop point.

Ketiadaan Stewart
punca barisan pertahanan begitu lemah


Begitu juga dengan pemain simpanan. Terdapat jurang yang agak besar di antara mereka. Mungkin faktor kurang diberikan perdedahan atau lack match practice di kalangan pemain ini menyebabkan mereka tidak mampu menunjukkan persembahan sebenar.

Namun, ada yang positif dari perlawanan ini. Penyokong-penyokong Pahang sudah boleh memberi kepercayaan kepada penjaga gol, Khairul Azhan. Jika di awal musim Yan hanya dilabelkan sebagai penjaga gol ketiga, kini kedudukan beliau sebagai penjaga gawang no 1 tidak perlu dipertikaikan. Yan beraksi cemerlang untuk menafikan pesta gol oleh pasukan Kelantan.

Berbaki 2 perlawanan, peluang Pahang untuk menduduki tempat ke-3 semakin tertutup. Diharapkan dalam 2 perlawanan yang seterusnya ini, Pahang dapat menceriakan kembali wajah penyokong-penyokong Pahang. Walaupun ada segelintir yang mengkritik selepas kekalahan semalam, tindakan mereka membuktikan mereka masih sayang kepada pasukan Tokgajah. Selamanya Pahang Darul Makmur.

Hogoh Pahang Hogoh!!

Line up Pahang vs Kelantan
Azhan; Jalal, Poyeng, Zaiza (Syawal), Faisal; Suren (Malik), Azidan (Faizul), Hafiz Kamal, Gopi; Kojie, Matias.