Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 26 January 2013

Terus kekal momentum, syabas!


PAHANG terus mengekalkan corak cemerlang dengan memperoleh kemenangan di M-League untuk menyingkirkan Johor daripada persaingan Piala FA dengan bangkit dari ketinggalan untuk menang 3-2 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Pasir Gudang petang semalam.

Gol jaringan Pahang oleh pemain yang menjadi sebutan ketika ini, Fauzi Rozlan (penalti minit 45) dan 75 minit dan Mohamed Borji (minit 13). Harimau selatan mendahului tokgajah pada minit ke-10 melalui Juan Muriel Orlando. Orlondo juga menjaringkan gol kedua Johor pada minit ke-50.

Tok Gajah yang beraksi hebat dalam saingan Liga Super ketika ini melakukan “come back” dalam perlawanan ini  untuk mengakhiri saingan Johor yang telah berada di hadapan pada minit ke-10 melalui Orlando yang berjaya untuk mendapatkan bola semasa situasi kelam kabut dalam kotak penalti Pahang .

Tetapi gol pendahuluan  itu hanya bertahan tiga minit selepas Pahang menyamakan kedudukan melalui pemain import, Borji yang pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama selepas 5 perlawanan. Borji ternyata menjadi duri dalam daging buat Johor.

Selepas jaringan Borji, Johor telah meningkatkan tempo permainanan  mereka dan menyebabkan pertahanan Pahang bertungkus lumus menjaga kubu mereka.Ketumpulan jentera serangan Johor dihukum Pahang dianugerahkan penalti pada minit ke-45 selepas Nazri Ahmad menjatuhkan Borji ke dalam kotak. Fauzi Roslan tidak membuat kesilapan untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Johor kembali selepas rehat dengan melakukan serangan awal dengan tandukan  Alif Mohd Yusof sedikit tersasar di post kiri. Usaha Johor mengasak kubu Pahang akhirnya berhasil,di mana Orlando sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-50 apabila dia menyempurnakan sepakan sudut oleh Farid Ramli.

Dengan semangat TokGajah, Pahang kembali mengatur langkah selepas Johor menyamakan kedudukan dengan Fauzi, yang telah memperoleh panggilan skuad kebangsaan, sekali lagi menjadikan wira Pahang, dengan melakukan satu gerakan yang menarik pada minit ke-75, memperdaya 3 pertahanan Johor sebelum merembat masuk gol kemenangan skuad TokGajah!

Pahang XI: Nasril, Jalaluddin, Saiful, Razman, Faisal, Azzamuddin, Faizol, Hafiz Kamal, Gopinathan, Borji, Fauzi Roslan

Penjaring gol: M.Borji 14’, Fauzi Roslan 45+1’, 75’