Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, 9 March 2013

Tiada "kelebihan" lagi di rumah sendiri musim ini

Kekalahan pertama di tempat sendiri dengan jaringan 3-1. 3 kalah , 2 seri untuk lima perlawanan terakhir. Perlawanan dengan PKNS malam tadi menunjukkan banyak lagi yang perlu dibaiki oleh coach dan para pemain. Koi tak suka tuding jari pada player-player tertentu sebab bagi koi bola sepak dimainkan secara berpasukan. Cuma kita perlu mengakui banyak kelemahan yang begitu ketara malam tadi. 

Pada pemerhatian koi ( Bukan coach ) , malam tadi PKNS tak banyak menyerang. Tapi, dengan hanya beberapa kali menyerang mereka boleh dapat 3 gol. Sebab apa? Adakah kerana defend yang lemah atau finishing mereka yang mantap? Jujur cakap, kita bernasib baik kerana kalah 3-1 malam tadi. Kalau ikutkan kita boleh kalah 5-1 jika penalti disempurnakan dengan baik dan bola yang terkena palang tu tak melantun jauh. Koi rasa mereka menggunakan formasi 4-5-1 . Mereka hanya meletakkan seorang sahaja penyerang iaitu Patrick Ronaldinho ( Ex Sime Darby ) di bahagian hadapan dan para penonton yang hadir menjadi saksi macam mana import ini menggelecek bola dan dengan terlalu mudah melepasi 3,4, ke 5 pemain Pahang. "Miscommunication" juga berlaku antara penjaga gol dan bahagian pertahanan. Gol-gol mudah dan simple kita kena malam tadi. Kita kena akui, kita ketandusan penjaga gol.


Antara yang hadir malam tadi

Kita juga kena mengakui bahagian hadapan kita tumpul buat masa sekarang. Banyak gerakan-gerakan yang dilakukan mati dan dipatahkan pertahanan PKNS dengan mudah . Gerakan bahagian hadapan kita tampak kurang kemas. Tidak seperti awal musim dahulu. Kita juga banyak mensia-sia kan sepakan penjuru yang nampak hanya sekadar syarat ianya diambil . Langsung tidak merbahaya. Tiada set-piece dan sebagainya , seolah-olah tendang sepakan penjuru mengharapkan nasib terkena kepala team mate. Ini kita kena akui. Pasukan kita begitu jarang ( Tak pernah lagi seingat koi ) membuat gol melalui sepakan sudut sepanjang kempen liga super tahun ni . Ini perlu dititikberatkan.

Pendapat koi yang terakhir adalah mengenai strategi permainan. Koi melihat strategi pasukan Pahang malam tadi dapat dibaca oleh pasukan lawan. Pasukan Pahang juga tidak bermain seperti awal musim dulu yang banyak menggunakan one touch dan tersusun berbanding malam tadi yang banyak menggunakan permainan long ball . Kalau pada pendapat koi lah kan, lawan team PKNS pakai formasi dan bermain long ball adalah amat tak sesuai. Badan pemain-pemain PKNS besar-besar berbanding pemain kita , kalu fight bola atau body memang advantage pada mereka. Koi ni tak ada lesen coach, tapi koi pun bukanlah buta bola. Harap Pahang main seperti awal musim dulu. One touch dan laju.

Semua orang kecewa termasuk koi. Koi bagi pendapat ni bukannya dapat apa-apa pun. Kalau Pahang menang koi bukan dapat duit pun, kalah apatah lagi. Koi juga adalah penonton dan penyokong seperti fan Pahang yang lain. Tiada kepentingan dalam persatuan bola sepak. Tapi, kerana semangat dan sayangkan pasukan Pahang, koi dan para penyokong yang lain ambil berat akan prestasi dan kedudukan pasukan Pahang ni. Masih ada peluang dan belum terlambat.

Maaf andai pendapat koi ni tidak sehaluan dengan aokme. 

Hogoh Pahang Hogoh !!
Menang Kalah Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hitam Putih Takkan Padam!!