Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 2 March 2013

Mat Terap VS Tok Gajah

Perlawanan ke 9 semalam pasukan Pahang bertemu ATM dengan keputusan berkesudahan tanpa jaringan. Buat pertama kali perlawanan yang melibatkan Pahang musim ini dengan tanpa sebarang jaringan sama ada dari pihak lawan atau dari kita sendiri. Perlawanan malam tadi nampak sedikit lemah berbanding semasa bertemu Kelantan tempoh hari. Para player tampak kurang menjadi walaupun ada beberapa peluang dapat dihasilkan. Kesebelasan utama yang lebih kurang sama digunakan dalam perlawanan malam tadi turut diturunkan ketika saingan Piala FA. Mungkin "gap" perlawanan yang terlalu dekat menyebabkan para player letih dan penat. ATM memiliki kelebihan kerana tidak terlibat dalam saingan Piala FA pusingan kedua Selasa lalu.

Walaupun ramai yang merungut coach Dollah menggunakan muka-muka yang sama , tapi sebenarnya kita sememangnya dalam keadaan ketandusan player. Hafiz Kamal (kad merah) dan Surendran ( Injured) tidak dapat diturunkan untuk membantu bahagian hadapan yang tampak kurang menyengat. Bahagian pertahanan wajar dipuji dengan usaha yang ditunjukkan oleh mereka. Mereka mampu mengekang penjaring terbanyak liga Super iaitu Marlon Alex James . Mereka juga mampu mengikat nama-nama besar malam tadi seperti Hai-O , Rizal, Martelotto, dan ramai lagi. Mereka tampak bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kubu daripada dibolosi. Tahniah kepada Rosfaizul yang menunjukkan aksi cemerlang malam tadi. Tahap keyakinan yang tinggi telah ditunjukkan cuma kurang yakin untuk menyepak bola ke atas.

Menggunakan mata kasar, koi menganggarkan penyokong yang hadir malam tadi antara 1000 ke 2000 orang. Tahniah kerana aokme datang ke stadium memberi sokongan moral kepada para pemain. Koi sempat snap sikit je malam tadi :





Pemain memberi penghargaan



Tahniah kepada para penyokong. Sejak nampak kebangkitan yang ditunjukkan pasukan Pahang, setiap kali game Pahang pasti ada penyokong Pahang yang datang memberi sokongan.

Secara peribadi koi ingin menulis mengenai prestasi Kojie yang tampak sedikit menurun sejak dipanggil ke dalam skuad kebangsaan oleh Rajagopal . Koi merasakan Kojie berasa sedikit "tekanan" diletakkan kepada beliau. Harapan menggunung para penyokong yang mahu melihat "sentuhan ajaib" mungkin mengganggu prestasi beliau lebih-lebih lagi beliau sudah dipanggil ke skuad Rajagopal. Kojie  sebenarnya sudah lama menyerlah cuma sejak kebelakangan ini beliau lebih banyak diberi perhatian oleh pemerhati dan penyokong bola sepak. Semoga Kojie lebih tenang dan menemui sentuhan nya yang dulu untuk membantu meledak gol pasukan.

Cuma koi terkilan 4 game terakhir ini pasukan Pahang hanya mampu mengutip 2 mata . Ini adalah satu kerugian yang besar jika dikira dalam aspek matematik. Kita perlu terus kutip dan mengutip mata untuk memastikan kita berada dalam kedudukan yang selesa. Perjuangan belum selesai dan masih panjang.

Next game pasukan Pahang akan bertemu pasukan PKNS Selangor. Semoga perlawanan di Darul Makmur ini mampu memeberi 3 mata penuh buat pasukan Pahang.

Buat pasukan Pahang ,  Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan, tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG! Tiada siapa menyangka pasukan Pahang antara pencabar liga super musim ini.

Hogoh Pahang Hogoh !

Bantu Dana TGF

P/s : Order baju TGF 3rd edition mungkin akan dibuka semula