Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 3 July 2013

Liga Super 2013 : Noktah kemenangan di Darul Makmur


Bermula dengan kemenangan, berakhir juga dengan kemenangan.

Begitulah episod perjalanan pasukan Pahang dalam saingan liga super tahun ini. Di dalam perlawanan terakhir(sebagai tuan rumah) liga super di Darul Makmur semalam, pasukan Tokgajah berjaya merakamkan kemenangan ke atas seteru utama Pahang tahun lepas, ATM dengan jaringan 2-1.

Skuad Tokgajah memulakan aksi garang di babak pertama perlawanan dengan serangan bertali arus, namun kekebalan benteng pertahanan pelawat berjaya menghalang jentera serangan Pahang dari menbolosi gawang sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua, Dollah Salleh mengarahkan pemain mengandakan serangan, memaksa pertahanan lawan berkubu di kawasan sendiri.

Namun, usaha pemain Tok Gajah berhasil pada minit ke 79 apabila pemain penyerang sensasi Argentina, Matias Conti, yang mendapatkan hantaran dari Amirulhadi, membuat sepakan lambung dari jarak 25 meter untuk menewaskan penjaga gol ATM, G. Jeevananthan yang sudah terkeluar dari gawang.

Matias Conti menjaringkan gol pertama Pahang.

Sembilan minit kemudian, giliran R.Gopinathan menjarakkan kedudukan dengan rembatan lencong menewaskan G. Jeevananthan selepas berjaya membolosi perangkap offside ATM melalui hantaran cantik Faizol Hussin.

Takkala kedudukan seakan kekal 2-0, namun kealpaan pemain Pahang dihukum oleh Shukor Adan yang menanduk masuk gol pertama perlawat hasil sepakan percuma di masa kecederaan.
Kemenangan ini tidak mengubah kedudukkan 6 pasukan teratas liga. Pahang kekal ke-6 dengan 32 mata.

Gopi berjaya menambah koleksi gol beliau tahun ini

RUMUSAN
Secara keseluruhan, pemain-pemain Pahang bermain baik dalam perlawanan ini. Kembali pemain-pemain tonggak dalam kesebelasan utama membantu pasukan menamatkan rekod perlawanan 2 perlawanan berturut-turut. Semoga terus menang di dalam perlawanan terakhir bertemu PKNS di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain terbaik dalam perlawanan ini adalah Amirulhadi@Yol. Bermain sebagai playmaker pasukan, beliau berjaya mengerakkan bahagian tengah Pahang. Walaupun kebanyakkan penyokong dengan ketiadaan Alex yang patah tangan, tapi Yol buktikan yang dia mampu ambik alih tempat Alex.

Yol kembali beraksi selepas
penggantungan.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada seluruh penyokong Pahang yang sentiasa memeriahkan Stadium Darul Makmur tahun ini. Boleh dikatakan penyokong Pahang sudah banyak berubah, sokongan kepada pasukan semakin kuat. Kekalkan semangat ini, sebab ini lah faktor kekuatan pasukan Tokgajah tahun ini.
Bertemu lagi kita di Piala Malaysia nanti.

Hogoh Pahang hogoh!!!!!

Line up Pahang vs ATM

Azhan; Jalal(Poyeng), Razman, Stewart, Shahrizan; Suren (Fauzi Roslan), Hafiz Kamal, Faizol(Malik), AmirulHadi, Gopi; Matias Conti