Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 24 July 2013

Berita : Saingan Piala Malaysia bermula 20 Ogos


Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah meminda jadual saingan Piala Malaysia musim daripada 17 Ogos kepada 20 Ogos.

Menurut Pemangku Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Affandi Hamzah, pindaan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pasukan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) yang akan beraksi pada Kejuaraan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura(FAS) yang akan berlangsung 12 hingga 13 Ogos depan.

Kelantan akan bertemu dengan Juara Piala FA Singapura, Tampines Rovers, manakala ATM akan menentang Juara Piala Singapura, Warriors FC.

Disebabkan jarak antara kejohanan itu dengan Piala Malaysia terlalu dekat, kedua-dua pasukan, Kelantan dan ATM tidak mempunyai rehat yang cukup untuk membuat persiapan untuk mengharungi siangan Piala Malaysia.

Tiada pemain pinjaman.

FAM juga menegaskan bahawa tiada pemain pinjaman dibenarkan pada kempen Piala Malaysia tahun ini. Walaupun ada pasukan berhajat untuk menggunakan pemain pinjaman untuk menguatkan pasukan, namun FAM bertegas semua 16 pasukan yang bertanding tidak akan dibenarkan memandangkan peraturan itu sudah dipersetujui semua pasukan sebelum ini.

Sepuluh pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana layak automatik ke saingan Piala Malaysia tahun ini menakala 2 lagi slot ditempah oleh pasukan N.Sembilan dan Felda United yang memenagi play-off.

Setiap pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Majlis undian Piala Malaysia akan diadakan 27 Julai.

Berikut tarikh pertandingan Piala Malaysia 2013


1.         Peringkat Kumpulan;
Perlawanan 1 - Selasa, 20 Ogos 2013
Perlawanan 2 - Sabtu, 24 Ogos 2013
Perlawanan 3 - Selasa, 27 Ogos 2013
Perlawanan 4 - Sabtu, 31 Ogos 2013
Perlawanan 5 - Selasa, 17 September 2013
Perlawanan 6 - Selasa, 21 September 2013

2.         Peringkat Suku Akhir;
Perlawanan Suku Akhir 1 - Selasa, 28 September 2013
Perlawanan Suku Akhir 2 - Jumaat, 4 Oktober 2013

3.         Peringkat Separuh Akhir;
Perlawanan Separuh Akhir 1 - Jumaat, 18 Oktober 2013
Perlawanan Separuh Akhir 2 - Jumaat, 25 Oktober 2013

4.         Perlawanan Akhir;

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 – Ahad, 3 November 2013.

Sumber : FAM