Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, 28 July 2013

Analisis Kumpulan C Piala Malaysia 2013




Seperti yang semua tahu pasukan Pahang berada di dalam kumpulan C bersama-sama dengan beberapa pasukan dari negeri jiran. Kelantan, Terengganu, dan Negeri Sembilan menjadi peneman kepada pasukan kesayangan kita untuk bersama-sama bersaing ke peringkat seterusnya. Beberapa analisis dan pendapat daripada koi mengenai saingan peringkat kumpulan C ni :

Group C dianggap antara kumpulan maut kerana mempertemukan 3 jaguh dari Pantai Timur yang mana semua orang tahu layak ke separuh akhir Piala FA tempoh hari. Negeri Sembilan yang pernah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 3 kali ini juga tidak kurang hebatnya berdasarkan prestasi semasa dan bekalan semangat yang mereka bawa

Pasukan Kelantan dilihat sangat konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir , mereka menang 100peratus tanpa bolos. Berjaya menjulang Piala FA 2013 menaikkan lagi semangat mereka untuk menambah koleksi piala . Mereka sudah pasti sudah begitu bersedia lebih-lebih lagi diperkuatkan dengan beberapa pemain piala Presiden yang boleh dikatakan berpotensi besar.

Pasukan Terengganu pula sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam saingan kali ini. Setelah kalah di semi-final Piala FA kepada Kelantan di minit-minit akhir perlawanan, mereka semestinya tidak mahu mengulang kekecewaan yang sama. Pasukan Terengganu mungkin lebih bersedia setelah beberapa pemain utama mereka sudah pulih dari kecederaan dan juga mahu pulih dari kekecewaan.

Ramai yang menganggap pasukan Negeri Sembilan hanyalah pasukan "penumpang" di kumpulan C walaupun pada hakikatnya mereka adalah pasukan yang paling tinggi kelebihannya. Sebagai kumpulan underdog, sudah pasti mereka mahu membuat kejutan kepada pasukan-pasukan gergasi pantai timur yang dilihat mendominasi liga Malaysia sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi setelah berada di dasar saingan liga super dan hanya akan beraksi di liga perdana musim hadapan, mereka sudah pasti mahu mengubat kekecewaan para peminat . Dalam diam, pasukan juara piala Malaysia 2009 dan 2011 ini dilihat antara yang perlu diberi perhatian oleh pasukan Pahang .

Pahang yang baru sahaja naik ke liga super semula pada musim ini bermula garang pada awalnya. Tetapi akibat tidak mampu mengekalkan momentum , kita dilihat agak tidak seimbang dalam saingan liga. Berbekalkan kekecewaan separuh akhir Piala FA (berdasarkan gol away ) sudah pasti pasukan Pahang mahu melakukan sesuatu. Sudah pasti mereka mahu mengubat kekecewaan para peminat Pahang yang dilihat sudah mulai memenuhi segenap sudut stadium pada musim ini. Pemain-pemain yang cedera seperti Azamuddin Akil sudah semakin pulih dan diharap dapat membantu jentera hadapan pasukan. Seperti biasa, Pahang perlu bermula garang dan terus garang untuk menagih sokongan para penyokong yang merupakan antara tulang belakang dalam memberikan semangat.


Kehangatan Piala Malaysia edisi ke 87 ini kian terasa. Walaupun musim raya semakin hampir, tetapi bagi peminat setia bola sepak tempatan mereka sudah pasti begitu teruja untuk menyaksikan kemeriahan saingan dalam Piala tertua di Asia ini. Walaupun ada yang mengatakan menang Piala Malaysia "is nothing" atau "bukan dapat ke AFC pun" , tetapi prestijnya sebagai Piala tertua di Asia sudah pasti menjadi idaman setiap pasukan. 

Pedulikan apa orang kata. Misi piala Malaysia jangan kita lupa. Get ready bendera Pahang, Mafla Pahang, Duit tiket, duit kuaci, duit minyak, jersi Pahang, kuih raya, lemang, ketupat, bahulu, dan moh ke stadium. Kasi Hogoh Stadium Darul Makmur! Sesuai dengan slogan Hogoh Pahang Hogoh !!!

P/s : Jangan bawak mercun pulok demenya weh. Koi je boleh bawak kucing.