Pahang terus mengukuhkan kedudukan di dalam kumpulan C apabila membenam pasukan Negeri Sembilan 5-3 pada siangan Piala Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman,Paroi malam tadi.
Tiga mata yang amat berharga buat pasukan Tok Gajah dan kemenangan ini memberi moral terbaik buat pemain buat mencipta kemenangan pada perlawanan seterusnya.
Pahang dahagakan kemenangan selepas sekadar seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang Kelantan selasa lalu ternyata garang apabila terus membuat asakan bertali arus ke kubu N.Sembilan sebaik perlawanan dimulakan.
Usaha keras anak buah Dollah Salleh berhasil apabila pemain kesayangan penyokong Pahang, Azamuddin Akil menanduk masuk bola hantaran lintang Faizol Hussien dari sebelah kiri untuk gol pertama Pahang. Namun, S.Sivanesan menyamakan kedudukan untuk N.Sembilan pada minit ke-48.
Alex kembali menguatkan barisan serangan Pahang Foto: Dunia Sukan |
Selang beberapa minit kemudian, Gopi sekali lagi menjadi arkitek pasukan Pahang apabila hantaran rendah beliau, mudah disempurnakan oleh Matias Conti untuk gol ke 3 Pahang.
Matias Conti meraikan jaringan beliau. Foto: Dunia Sukan |
Sedang asyik Pahang menyerang, Sivanesan kembali merapatkan jurang dengan gol kedua tuan rumah pada minit 74 dan selang 2 minit kemudian, Sivanesan sekali lagi menambah gol ketiga N.Sembilan. Serang balas pantas pasukan tuan rumah memberi masalah kepada pasukan Pahang.
Namun, ia semakin membangkit semangat Tok Gajah untuk melengkapkan jaringan kelima menerusi Amirulhadi yang menendang bola masuk dari jarak dekat setelah mendapat hantaran Faizol Hussien.
Pahang utuh menahan asakkan pihak lawan hingga tiupan wisel penamat.
Tamat perlawanan, N.Sembilan 3-5 Pahang
Rumusan
Lima gol yang dijaringkan dalam perlawanan ini membuktikan barisan penyerang Pahang kembali berbisa jika dibandingkan dengan perlawanan pertama di Kuantan selasa lalu.
Alex yang kembali kesebelasan utama, banyak membantu gerakan serangan Pahang, mengucar-kacirkan pertahanan lawan dengan larian-larian deras di tengah Padang.
Tiga gol yang dilepaskan pula boleh dikatakan berpunca dari kealpaan barisan pertahanan dan tengah apabila lambat turun ke bawah bila pihak lawan melakukan counter attack. Aspek ini perlu diperbaiki pada perlawanan seterusnya.
Gopi beraksi baik dalam perlawanan ini. Foto: Dunia Sukan |
Perlawanan Pahang seterusnya adalah menentang Terengganu di Kuantan, Selasa ini.
Hogoh Pahang Hogoh!!!
Menang tak bermegah, kalah takkan rebah!!!
Lineup Pahang vs N.Sembilan
Azhan; Poyeng, Razman, Stewart, Shahrizan, Amirulhadi(Malik), Hafiz, Faizol(Azidan), Gopi; Alex, Conti(Zaiza).