Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 28 August 2013

Piala Malaysia 2013: Satu mata dari Darul Makmur


Pahang gagal memanfaatkan peluang untuk mengukuhkan kedudukan berada di tempat pertama kumpulan C selepas sekadar seri 1-1 dengan Terengganu di laman sendiri semalam.

Kelalaian jentera pertahanan Pahang seawal minit ketujuh dihukum pasukan pelawat apabila Ashaari Shamsuddin menjaringkan gol pertama skuad Penyu itu menerusi sepakan kencang yang gagal ditampan keluar penjaga gol Pahang, Khairul Azhan.

Tersentak dengan jaringan pertama skuad penyu itu, Pahang bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-14 menerusi Matias Conti yang menanduk bola masuk ke gawang lawan.

Matias Conti menyamakan kedudukan untuk
pasukan Pahang. Foto: Dunia Sukan
Terengganu cuba menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-27 apabila G.Puaneswaran melepaskan peluang terbaiknya selepas bola sepakannya melepasi palang gol.

Bagaimanapun, Pahang cuba menyerang menerusi tendangan kencang Hafiz Kamal dari luar kotak penalti pada minit ke-40 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.

R.Gopinathan juga melepaskan peluang untuk menyumbang gol kedua buat pasukan tetapi sepakan lemah beliau membolehkan Sharmiza Yusoff menangkap kemas pada minit-minit akhir babak pertama.

Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meningkat corak permaianan untuk memburu gol kedua namun diselamatkan oleh pertahanan masing-masing.

Pahang mempunyai peluang terbaik menambah jaringan, hantaran Azamuddin Akil kepada Fauzi Roslan, gagal disudahkan walaupun pertahanan lawan sudah kucar-kacir ketika itu.

Tiada jaringan gol dihasilkan menjadikan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Rumusan

Gol tunggal Matias Conti menyelamat maruah pasukan Tok Gajah. Pasukan Pahang tidak dapat mengulangi aksi baik ketika menentang Terengganu seperti ditunjukkan masa saingan liga super lalu. Kegagalan Pahang menyudahkan gerakan ketika masuk final third pihak lawan menyebabkan buntu mencari gol kedua.

Faktor keletihan menjadi punca mengapa beberapa pemain utama tidak beraksi baik seperti biasa. Jarak game hanya 2 3 hari membuatkan pemain tidak mendapat rehat cukup untuk betul-betul cergas dalam perlawanan. Diharapkan staff jurulatih dapat memikirkan sesuatu untuk mengembalikan kecergasan para pemain.

Perlawanan seterusnya juga menentang Terengganu di tempat lawan. Itu adalah game penting bagi Pahang walaupun mendahului dalam kumpulan C setakat ini. Jika Pahang gagal membawa pulang 3 mata, peluang untuk semua pasukan dalam kumpulan C akan kembali terbuka.

Hogoh Pahang Hogoh!!!
Menang tak bermegah, kalah takkan rebah!!!

Line up Pahang vs Terengganu:
Azhan; Poyeng, Razman, Stewart, Shahrizan; Amirulhadi(Fauzi), Hafiz, Faizol, Gopi(Malik); Alex; Conti(Azidan).