Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 14 August 2013

Piala Presiden: Mencari kejuaraan yang pertama


Piala Presiden Malaysia merupakan pertandingan bola sepak yang diadakan sejak tahun 1985 untuk pemain berumur bawah 21 tahun. 

Sebelum ini, Piala Presiden dikhaskan untuk pemain berumur 23 tahun sebelum ditukar kepada 20 tahun selepas pengabungan dengan Piala Belia pada tahun 2009. Namun, tahap umur dinaikkan semula ke 21 tahun bermula musim 2011.

Rekod pasukan Pahang dalam kempen Piala Presiden sangat tidak memuaskan. Pahang belum pernah bergelar juara semenjak pertandingan ini diperkenalkan.

Untuk saingan 2013, pasukan Pahang beraksi baik di saingan liga dengan menduduki tangga ke-3 seterusnya layak ke suku akhir Piala Presiden 2013. 

Dibimbing oleh bekas pemain Pahang 90an, Azaruddin Aziz, pasukan Pahang berjaya mengumpul jumlah jaringan yang terbanyak dalam liga dengan 88 gol. Shafie Zahari muncul penjaring terbanyak pasukan.

Majoriti pemain-pemain ini adalah muka baru, dengan hampir semua dari mereka adalah bekas pemain Sekolah Sukan Negeri Pahang, SMK Seberang Temerloh.


Azaruddin Aziz diberi tanggungjawab
membimbing pasukan Pahang U21 tahun ini.

Untuk saingan suku akhir, Pahang diletakkan dalam kumpulan bersama Johor, Terengganu dan Kedah. Pasukan Pahang akan memulakan kempem suku akhir di Kuala Terengganu pada 20 haribulan ini.

Semua pasukan akan bertarung secara liga bagi menentukan johan dan naib johan kumpulan. Johan dan naib johan kumpulan akan bermain dalam saingan separuh akhir dan seterusnya pemenangnya akan beraksi dalam perlawanan akhir.

Diharapkan, tahun 2013 memberi tuah kepada pasukan ini melakar sejarah bola sepak Pahang untuk menjadi pasukan pertama membawa Piala Presiden ini ke Darul Makmur. 

Berikut jadual perlawanan pasukan Pahang U21:-

Pusingan Pertama (home) vs (away) 
15 Ogos,4.45ptg: Terengganu vs Pahang 
22 Ogos,4.45ptg: Pahang vs Kedah 
29 Ogos,4.45ptg: Pahang vs Johor 

Pusingan Kedua 
5 Sept,4.45ptg: Johor vs Pahang 
12 Sept,4.45ptg: Kedah vs Pahang 
19 Sept,4.45ptg: Pahang vs Teregganu


Barisan jurulatih dan pemain, pasukan Pahang U21 2013
Pahang U21 2013
Pengurus: Datuk Tajuddin Abdullah
Ketua Jurulatih: Azaruddin Aziz
Pen. Jurulatih: Fahim Kow Abdullah
Jurulatih GK: Syed Nasir Akil
Physiotherapist: Hafizan Abd Hamit
Kit man: Ahmad Faizal Ibrahim

Pemain:
1. Muhammad Saufi Mohamad
2. Muhammad Zakwan Harun
3. Mohd Nur Raimin Abd Rani
4. Iskandar Zulkarnaen Ibrahim
5. Mohd Yusrizal Che 
6. Shahrul Azwan Ariff
7. Mohamad Firdaus  Anuar 
8. Mohamad Firdaus Mat Nasir
9. Mohd Shafei Zahari
10.Muhammad Saifulrisal
11.Mohd Sharul Aizad Zukufli 
12.Muhammad Ilham Yusof
13. Mohd Shafizi Mohd Zain
14.Muhammad Nur Azam Abdul Azih
15.Md Rizua Shafiqi Kamarulzaman
16.Muhamad Amirul Kasmuri
17.Muhamad Aliff Amin Basri
18.Ikmal Hakim Hamizat
19.Mohamad Amin Mozri
20.Mohd Faizal Abdul Rani
21.Mohd Hilmi Husaini Asmadii
22.Khairul Nidzam Md Noor
23. Mohd Azlye Hafizee Mohd Yatim
24.Muhamad Nur Zhafri Zaini 
25.Mohamad Aliff Md Sadali