Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday 18 October 2013

Piala Malaysia 2013: Pahang sudah bersedia mengamuk



Pasukan Pahang sedang giat lakukan persiapan rapi bagi menghadapi Sarawak pada perlawanan separuh akhir pertama sabtu ini dalam saingan Watson Piala Malaysia 2013.


Pada pertemuan itu dijangka sengit apabila Tokgajah perlu cari bekalan yang cukup untuk hadapi Sarawak dalam aksi timbalbalik yang akan berlangsung di Kuching . Manakala Sarawak adalah pasukan cukup konsisten dalam setiap perlawanan, lebih-lebih lagi apabila mereka menjadi tuan rumah di stadium keramat mereka.



Pemain Pahang fokus ketika sessi latihan semalam.

Persiapan skuad TokGajah berjalan dengan lancar apabila turun latihan pada petang semalam dengan mood yang ceria dan latihan yang diuruskan sendiri oleh pengendali skuad itu Dollah Salleh nyata menunjukkan yang skuad tokgajah sudah bersedia menghadapi Sarawak dalam pertemuan sabtu ini.


Razman Roslan yang cedera ketika tugasan skuad negara minggu lalu juga sudah kembali menjalani latihan bersama rakan pasukan.Namun, seoarang lagi pemain Pahang, Amirulhadi masih belum pulih sepenuhnya untuk beraksi sabtu ini.


Menurut kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar, dia dan rakan-rakan mahu memanfaatkan sepenuhnya aksi di tempat sendiri, Sabtu ini dengan memburu kemenangan besar ke atas Sarawak pada separuh akhir pertama Piala Malaysia.



Jalal yakin Pahang mampu ke final
untuk edisi Piala Malaysia tahun ini

Namun begitu kata Jalaluddin, itu tidak bermakna skuad Tok Gajah memandang rendah kemampuan lawan, sebaliknya mereka hanya mahu mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke Kuching, minggu depan.

"Kita akan pastikan kemenangan selesa dapat dihasilkan pada perlawanan itu kerana ia penting untuk menjamin laluan yang lebih baik pada perlawanan kedua nanti.

"Saya lihat semua pemain telah bersedia dan akan memberi komiten terbaik.

"Kami akan turun dengan semangat kesukanan yang tinggi dan semua pemain berada dalam keadaan baik.



Aksi sabtu ini juga akan diserikan dengan kembalinya lagenda bola sepak Pahang, Alan Davidson ke Stadium Darul Makmur untuk mengimbau kenangan manis beliau bersama Pahang satu ketika dahulu.

Dengan kehadiran Alan Edward Davidson yang membantu skuad Pahang muncul juara Piala Malaysia pada 1992, Davidson mampu menyuntik motivasi terbaik kepada pemain Tok Gajah untuk memburu tiket final piala berprestij itu.


Alan Davidson merupakan pemain import
yang terbaik pernah dimiliki Pahang.

Mengulas jualan tiket untuk perlawanan separuh akhir ini, 15 000 tiket dari 32 000 yang diperuntukan PBNP sudah terjual semalam. Tiket akan terus dijual sehingga hari perlawanan. Info jualan tiket adalah seperti berikut:

·     

Setiap seorang hanya dibenarkan membeli 5 keping tiket sahaja(pembeli yang sama tidak dibenarkan). Diharapkan ribuan penyokong Pahang dapat datang beramai-ramai ke stadium memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah demi merealisasikan impian kita beroleh juara Piala Malaysia 2013.

HOGOH PAHANG HOGOH!!!

BRING BACK THE GLORY!!!
MISI92