Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 27 October 2013

Selepas 16 tahun, kita ke final Piala Malaysia

Berdebar, berdegup, dan gementar . Itulah perasaan yang menghantui penyokong Pahang pada awal perlawanan malam tadi. Asakan di minit-minit awal oleh Boby Gonzalez sudah menggambarkan mereka ( Sarawak ) akan menyerang Pahang habis-habisan. Di awal 45 minit yang pertama, pasukan Sarawak melakukan cubaan-cubaan bahaya . Rembatan padu Ramesh Lai pada mulanya berjaya ditepis kemas oleh Khairul Azhan. Kemudian rembatan padu Joseph Kalang tie juga berjaya ditepis sipi oleh Khairul Azhan lalu bola terkena tiang. Cubaan Salibasic yang merembat bola dari jarak jauh juga dilihat sedikit tersasar .Pasukan Sarawak akhirnya berjaya memboloskan gawang pasukan Pahang menerusi tandukan Bobby Gobzalez. Tandukan yang tidak dapat dibaca telah berjaya menewaskan Khairul Azhan yang mana menghadap cubaan bertubi-tubi pasukan lawan. Di minit-minit akhir separuh masa pertama juga pasukan Sarawak sekalai lagi hampir menjaringkan gol hasil gerakan Bobby Gonzalez. Separuh masa pertama tamat .


Razman mengawal ketat Salibasic


Masuk separuh masa kedua skuad Tok Gajah tampak sedikit tersusun dan cuba memperlahankan permainan. Walaupun begitu, pasukan Sarawak sekali lagi hampir menjaringkan gol di awal minit apabila rembatan Bobby Gonzalez sekali lagi tersasar sedikit daripada gawang gol. Ketika Sarawak begitu ghairah menyerang gawang, pasukan Pahang pantas melakukan counter attack menerusi Gopi dengan membuat hantaran kepada Azamuddin Akil tetapi rembatan lemahnya mudah ditangkap Sani. Masuk pertengahan separuh masa kedua, Mathias Conti mengalami kecederaan dan digantikan dengan Fauzi Roslan. Kojie yang sudah lama memanaskan bangku simpanan tidak menunggu lama untuk memberikan gol untuk skuad Tok Gajah, Hantaran cantik daripada Faizol disambut Kojie dengan tandukan ke arah penjuru pintu gol Sarawak dan berjaya menewaskan Sani.

Kojie meraikan jaringannya semalam


"Kawan Budok Pekan" , itulah yang Kojie tunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan malam tadi. Kegembiraan yang turut dirasai bersama seluruh penyokong Pahang. Di minit-minit akhir perlawanan, pasukan Pahang begitu hampir menambah jaringan hasil rembatan Faizol yang dilihat tepat ke arah penjaga gol Sarawak. Keputusan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 .


Rumusan 

Pasukan Pahang dilihat bermain terlalu berhati-hati. Skuad Tok Gajah juga tampak gugup lebih-lebih lagi selepas Sarawak berjaya mendahului . Walaupun kita tak banyak mengasak ke gawang Sarawak, kita mendapat peluang dua kali free kick semalam tetapi disia2kan . Pertahanan tampak berhempas pulas untuk mempertahankan gawang. Pertukaran yang dilakukan oleh Abang Dollah begitu tepat selepas memasukkan Faizol menggantikan Azidan dan memasukkan Kojie selepas Conti mengalami kecederaan. Diharap separuh akhir ini memberikan pengalaman yang begitu berharga kepada para pemain.

Pemain-pemain meraikan meraikan kejayaan ke final bersama peminat





Kali terakhir kita ke pentas final Piala Malaysia adalah pada tahun 1997 . Impian Pahang untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya tercapai selepas 16 tahun . Seluruh penyokong Pahang sudah pasti menunggu saat-saat ini. Dan pasukan  Pahang juga pasti akan  menggunakan segala pengalaman yang ada untuk perlawanan akhir nanti. Doakan mereka.
Hogoh Pahang Hogoh !!


Photo : Khairul Azrin