Terengganu berjaya menumpaskan Juara Piala Malaysia, Pahang sekaligus merampas status pendahulu Liga Super selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Pahang pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Selepas mencatatkan keputusan
yang positif 2 3 perlawanan yang lalu, Pahang yang bertandang ke tempat lawan
dengan harapan tinggi terpaksa akur dengan aksi baik pasukan tuan rumah
Beraksi di depan 10,000
penyokong fanatik, pasukan tuan rumah bermula garang menerusi pemain import,
Marcio Souza dan Pemain Terbaik Kebangsaan 2013, Mohd. Nor Farhan Mohamad
sebaik aksi separuh masa pertama bermula.
Begitupun, skuad Penyu
memastikan kelebihan menjadi milik skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu
apabila memperoleh gol pembukaan menerusi Mario Karlovic pada minit ke-20.
Jaringan itu hadir apabila
perancang kelahiran Australia itu berjaya memanfaatkan sepakan percuma yang
berjaya mengelirukan penjaga gol muda skuad Tok Gajah, Khairul Azhan.
Bersambung di babak kedua,Ron
Smith memperjudikan barisan pertahanan dengan memasukkan Dickson Nwakaeme
mengantikan Zesh Rehman untuk memperkasakan barisan serangan.
Namun, usaha Ron tidak berhasil
kerana pasukan Terengganu selesa bertahan dengan hanya melakukan “counter
attack” pantas.
Pada minit ke-69, Ismail Faruqi
mengandakan jaringan pasukan tuan rumah selepas menerima umpanan dari Nor
Farhan Mohammad.
Skuad pelawat yang terdesak
untuk mencari jaringan, namun terpaksa akur apabila keputusan 0-2 kekal sehingga
tamat perlawanan.
Ulasan
Dengan corak permainan yang
dipamerkan, kita sepatutnya kalah lebih besar. Kekalahan ketiga pasukan Pahang
dalam perlawanan liga super dan kekalahan ini semuanya di tempat lawan. Aksi
hambar di tempat lawan setakat ini.
Penyokong kena menerima hakikat
pemain-pemain Pahang dalam keadaan yang sangat penat ketika ini. Jadual liga
dan piala fa terlalu rapat dan pemain tidak mampu konsisten dalam setiap
perlawanan.
![]() |
Penyokong Pahang setia memberi sokongan kepada pasukan. |
Bagaimanapun, satu
perhormatan pada penyokong-penyokong Pahang yang dilihat memberi sokongan padu
untuk pasukan biarpun beraksi di tempat lawan. Teruskan sokongan kerana kita
penyokong, pasukan Pahang tidak akan sampai tahap ini sekarang.
Perlawanan seterusnya adalah
perlawanan Suku akhir kedua Piala FA menentang PDRM. Kemenangan adalah wajib di
Stadium Darul Makmur walaupun pasukan hanya perlu seri untuk layak ke separuh
akhir. Semoga segala kesilapan dan kekurangan dapat diatasi . Fokus untuk
berjaya ke Semi-Final Piala FA.
Hogoh PAHANG hogoh!!!
Menang tak bermegah, kalah
takkan rebah!!!!
Line up Pahang vs Terengganu
Azhan, Poyeng, Stewart, Rehman(Dickson),
Ejan; Suren, Azidan(Faizol), Hafiz, Gopi; Conti, Kojie (Malik)