Kekecewaan penyokong Pahang dengan dua kekalahan
berturut-turut dalam aksi liga super sebelum ini sedikit terubat apabila
pasukan Pahang berjaya layak ke suku akhir Piala FA 2014, dengan mengalahkan pasukan Lions XII 1-2 di Stadium Jalan Besar, semalam.
Menentang pasukan Lions XII yang tidak pernah
kalah di stadium mereka sejak tahun 2012, rekod itu memberi motivasi tambahan
kepada pemain skuad Tok Gajah beraksi baik untuk memburu slot ke suku akhir.
Penyokong tuan rumah patut berterima kasih kepada
penjaga gol mereka, Izwan Mahbud yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya
dua peluang keemasan Pahang di separuh masa pertama.
Cubaan Fauzi Roslan pada minit ke 18 yang cuba
melorong bola melepasi pertahanan lawan, berjaya diselamatkan Izwan Mahbud, dan cubaan
susulan Matias juga berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan
tersebut.
12 minit kemudian, giliran Azammuddin pula
berpeluang membuka jaringan pertama untuk pasukan Pahang, namun sekali lagi
Izwan Mahbud cemerlang menghalang tendangan itu.
Tamat separuh masa, Lions 0-0 Pahang
Pahang beraksi lebih bertenaga pada separuh masa
kedua dan tidak menunggu lama untuk mendahului lawan menerusi sepakan percuma cantik
Hafiz Kamal pada minit ke-50.
Tiga minit kemudian, Azidan Sarudin mengandakan
jaringan buat skuad Tok Gajah apabila sepakan “first timer” dari luar kotak penalti
berjaya mengelirukan penjaga gol lawan.
![]() |
Pemain-pemain Pahang meraikan gol Hafiz Kamal FOTO: Shirly Hamra (FAS) |
Safuwan Baharuddin berjaya merapatkan kedudukan
buat pasukan tuan rumah melalui sepakan percuma dari jarak 30 meter beliau
terkena tiang sebelum terpantul ke kepala Khairul Azhan masuk ke dalam gol.
Gol tersebut sudah lewat untuk Lions XII untuk
bangkit apabila Pahang kebal bertahan untuk menempatkan diri ke saingan suku
akhir pada bulan Mac nanti.
Ulasan
Kemenangan semalam sungguh bermakna buat
pemain-pemain Pahang yang beraksi perlawanan ke-4 di tempat lawan. Keletihan
begitu kelihatan kepada majoriti pemain pada perlawanan sudah memasuki minit
70, memaksa Ron Smith membuat beberapa pertukaran.
Sesuatu yang indah juga buat pasukan Pahang yang
berjaya memecah rekod Lions yang18 bulan tidak pernah kalah di Stadium Jalan
Besar sebelum ini. Ini merupakan kemenangan pertama Pahang di sana.
![]() |
Pasukan Pahang kembali bermain di Stadium Darul Makmur, Jumaat depan. FOTO: Shirly Hamra (FAS) |
Ron Smith melakukan sedikit pertukaran dalam
kesebelasan utama untuk perlawanan ini, dengan Poyeng mengambil tempat Ijan di
bek kiri dan Koji bergandingan dengan Conti di hadapan. Percaturan ini menjadi
kerana berjaya memberi kestabilan di bahagian tengah pasukan.
5 perlawanan dalam masa 15 hari pasti memenatkan
buat pasukan,diharapkan pemain-pemain diberikan rehat secukupnya sebelum aksi
seterusnya menentang JDT di Stadium Darul Makmur, Jumaat hadapan.
Hogoh Pahang Hogoh!!
Menang tak bermegah, kalah takkan rebah!!
Line up Pahang vs Lions XII
Azhan; Razman, Stewart, Rehman, Saifulnizam(Shahrizan);
Azzamuddin, Hafiz, Azidan, Gopi(Faisal); Matias, Fauzi(Faizol)