Berlalu lah sudah perlawanan antara pasukan Pahang menentang Atm di stadium MBPJ semalam...Suasana di stadium agak meriah dengah kehadiran penotnton Pahang, Elephant Army ( Ultras Pahang), dan para penyokong ATM...Perlawanan mula membuka tirai jaringan selepas Atm di hadiahkan sepakan penalti. Agak mengecewakan di awal permainan ATM mula mendahului. Tapi , dengan semangat yang di tunjukkan player Pahang,mereka mampu menyamakan kedudukan . Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 2-2.
Konvoi penyokong Pahang..Tahniah kerana sentiasa bersama pasukan Tok Gajah !! |
Gerakan bagi pasukan Pahang tampak tempang pada separuh masa kedua apabila playernya terkena kad merah. ATM menggunakan peluang sebaiknya dan berjaya menjaringkan gol untuk mendahului pada minit-minit akhir walaupun player Pahang nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan gawang gol. Namun pada minit ke 90 sekali lagi player Pahang di buang padang . Dan sekaligus menyebabkan Pahang bermain hanya dengan 9 pemain. Apa yang membanggakan adalah semangat juang player-player Pahang. Terutamanya Alex yang dilihat tak berputus asa mengejar bola. Walaupun kalah semalam, tetapi ramai penyokong Pahang menyatakan kepuasan dalam perlawanan semalam ,cuma nasib tidak menyebelahi pasukan Pahang.
Player Pahang seharusnya lebih tenang dan jangan terlampau emosi di atas padang. Ini adalah kerana kebanyakkan kad yang di layangkan adalah berpunca daripada emosi tak stabil daripada para pemain. Mungkin kerana kurang pengalaman dalam bermain dalam liga Malaysia kerana kebanyakkan player baru di terapkan ke pasukan Pahang. Harap selepas ini player Pahang mampu lebih tenang dalam menghadapi situasi-situasi sukar dan emosi.
Bagi pemain import pula, Pahang seharusnya mencari pemain import yang lain sebelum tarikh tutup 13 Feb ni ..Ini adalah untuk menguatkan dan memantapkan lagi pasukan Pahang. Nana di lihat jarang menerima bola, dan gelecekannya selalu tak menjadi. Kebanyakkan anak tempatan bermain lebih mantap dan lebih skillful berbanding si nana tu. Sudah 5 perlawanan di tempuhi Pahang sehingga ke hari ni, tetapi nana masih belum mampu mempersembahkan aksi yang memuaskan. Harap pihak PBNP selesaikan masalah ini secepat mungkin. Kalau tak buat apa-apa tu maknanya memang tak ada kemampuan lah maknanya tu.
Apa-apa pun pasukan Pahang masih lagi berpeluang untuk menerajui liga . Pada hari Selasa ni pasukan Pahang akan bertemu Johor di stadium Temerloh. Dan ada live di RTM1. Jangan lupa rodong2 yang ada di Temerloh dan sekitornya datanglah ke stadium memberi sokongan kepada pasukan Pahang. Pasukan Pahang wajib mengutip 3 mata 7/2 ni untuk menerajui liga dan memberi saingan dalam liga perdana.
Jumpa di sana ok rodong selasa ni...
Menang atau kalaoh Pahang tetap di hati koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!