Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 14 February 2012

Carta Liga dan Piala FA 2012 pusingan pertama

Berakhirlah sudah perlawanan liga perdana untuk game yang ke 7. Result untuk game-game tersebut :

 NS Betaria 2 - 1 Perlis
MP Muar 0 - 0 Sime Darby
Pos Malaysia 2 - 1 Harimau Muda B
Johor 1 - 4 ATM
USM 0 - 1 Pahang
PDRM 3 - 5 MBJB

 Dengan keputusan yang diperolehi, maka carta liga untuk liga perdana sehingga ke perlawanan ke 7 adalah:



Pahang dan ATM semakin jauh di hadapan.  Malam tadi, pemain import baru Pahang berjersi no 9 ( boris ) berjya menjaringkan gol tunggal perlawanan antara Pahang Vs Usm Staf. Sekaligus mengutip 3 mata dan mengekori rapat ATM . Dan perbezaan mata antara kedua-dua pasukan ini adalah 2 mata.

Jaringan Boris :



Menang besar atau kecil tak menjadi masalah kerana tetap mendapat 3 mata. Misi untuk menjuarai liga perdana musim ini masih lagi berada di landasan yang betul dan tepat. Harap pemain dan pihak pengurusan Pahang FA mampu meningkatkan lagi dan meneruskan prestasi ini.

Perlawanan seterusnya untuk pasukan Pahang FA adalah perlawanan pusingan pertama piala FA. Yang mana skuad Tok Gajoh akan menentang KL Felda United FC yang beraksi dalam liga super. Skuad ToK gajoh sedikit pon tak gentar. Perlawanan di Melaka itu akan diadakan di stadium Hang Jebat . Jadi, kepada anak2 Pahang yang ada di Melaka te, moh la kite weh. Memberi sokongan padu kepada pasukan Pahang 19 arb Feb ni nanti yak.


Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!