Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 11 February 2012

Pahang Di Tempat Ke Dua

Selesai sudah perlawanan liga perdana malam tadi melibatkan pasukan selain daripada pasukan Pahang dan juga Johor. Result perlawanan malam tadi :

Keputusan penuh Liga Perdana | 10 Februari

٠ Betaria 1-1 PDRM
٠ MBJB 0-3 Pos Malaysia
٠ Sime Darby 4-1 USM
٠ Harimau Muda B 2-2 MP Muar
٠ Perlis 0-4 ATM
Dengan keputusan ini, maka Pahang sekarang ni berada di tangga ke dua liga. Atm berjaya menang besar ke atas Perlis dengan jaringan hatrik daripada Hairudin Omar. Berikut adalah carta bagi Liga Perdana sehingga ke 10/2/2012 :
Perbezaan dua mata dengan Atm memisahkan kita. Tapi tak apa, kerana banyak lagi perlawanan-perlawanan yang akan kita tempuh selepas ini. Dengan pengambilan pemain import baru yang telah di test malam tadi dalam perlawanan persahabatan antara Pahang menentang Shahzan Muda di stadium Temerloh . Keputusan perlawanan adalah Pahang 3 Shahzan Muda 0. Semua jaringan adalah daripada pemain import di bawah :
memakai jersi no 11

Memakai Jersi no 10

Sumber Gambar : Kuantan Port Shahzan Muda facebook group.


Rasanya daripada 3 pemain import yang di test malam tadi, dua orang ni kot yang akan terpilih kerana mengikut kenyataan daripada Datuk Akbar, PBNP mengambil dua orang daripada mereka. Semoga segala urusan dalam pengambilan pemain import ini lancar. Ini adalah kerana tarikh tutup bagi kemasukan pemain import adalah sehingga ke 13/2/2012 sahaja. Kita berharap dan berdoa agar segala-galanya lancar dan mereka boleh beraksi menentang pasukan USM Staf di Pulau Pinang nanti. Amin.



Kalau mengikut rekod di atas kertas, keputusan perlawanan menyebelahi Pahang. Tapi, jangan terlampau yakin dan mesti berhati-hati . Jangan jadi macam masa lawan dengan Perlis dulu yang mana dah leading 2-0 tapi di kejar semula pada saat2 akhir dan perlawanan berakhir dengan seri. Orang Pahang yang ada di Penang tu, boleh lah datang memberi sokongan dan semangat kepada player Pahang. Semoga Pahang berjaya mengutip 3 mata penuh lagi. Target kita sekurang-sekurang nya satu piala akan di bawa balik ke Pahang musim ini. InsyaAllah.


Menang Atau Kaloh Pahang Tetap Di Hati Koi !!
Hogoh Pahang Hogoh !!