Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 11 May 2013

1 mata dari Kuala Terengganu

Terikat seri 2-2 . Itulah keputusan yang dicapai oleh pasukan Tok Gajah sewaktu bertemu dengan Sang Penyu di Kuala Terengganu petang tadi. Perlawanan tampak dikuasai oleh pasukan Pahang yang mana mengasak pada awal minit permainan dan turut mendapat sepakan penalti selepas Azamuddin Akil dijatuhkan didalam kawasan penalti. Fauzi Roslan gagal menyempurnakan sepakan penalti lalu Terengganu bertindak balas dengan serangan mudah dan menghasilkan gol dari sebelah kanan Pahang.

Masuk separuh masa kedua pasukan Pahang menyamakan kedudukan hasil jaringan Faizol selepas Terengganu hanya bermain dengan hanya 10 pemain. Pahang yang dilihat menguasai permainan pada mulanya mula mengendurkan serangan selepas perlawanan berada dalam keputusan 1-1. Kelekaan pasukan Pahang memberi kesempatan kepada pasukan Terengganu untuk menambah jaringan dari sebelah kiri pasukan Pahang. Selepas itu pasukan Pahang kembali mengasak dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya pada minit ke 90+5 pasukan Pahang menyamakan kedudukan 2-2 hasil rembatan Malik menyambung asakan di hadapan gol daripada sepakan sudut.


Sudah dua kali berturut2 pasukan Pahang dilihat melakukan come back pada minit-minit akhir perlawanan. Dua kali berturut2 juga pasukan Pahang melepaskan diri daripada mengalami kekalahan. Kelekaan para pemain setelah menyamakan kedudukan perlu dipandang berat oleh coach. Apabila dapat menyamakan kedudukan pasukan Pahang seolah2 tidak terlalu mengasak malah diasak. Tapi apabila diatasi dengan jaringan gol mereka tampak berusaha bersungguh-sungguh untuk menyamakan kedudukan. Sepatutnya pasukan Pahang perlu mantainkan gerakan2 dan dengan hanya berhadapan dengan 10 pemain pasukan Pahang perlu lebih mengasak. Tapi sebaliknya pula berlaku pada petang tadi. 

Gol daripada pasukan Terengganu adalah berpunca daripada kiri dan kanan yang nampak sedikit leka dan memberi ruang kepada pemain-pemain Terengganu melakukan gerakan bebas. Nampaknya coach perlu menyusun semula dan menekankan aspek pertahanan. Begitu juga dengan bahagian serangan yang nampak memiliki banyak peluang tapi tidak dapat disudahkan dengan sempurna. Sentuhan terakhir tiada dalam setiap pergerakan menjadi masalah untuk menambah jaringan. Harap dalam perlawanan yang akan datang Matias Conti dapat membantu jentera hadapan pasukan Pahang.


 2 perlawanan 2 mata dibawa pulang. Ini tidak cukup untuk mengejar kejuaraan liga Super. Kita perlukan kemenangan demi kemenangan dan terus mengutip 3 mata penuh dalam setiap perlawanan agar kejuaraan dapat dikecapi.

Next match : 

Pahang VS Lion XII
17 Mei 2013     8.45PM
Stadium Darul Makmur