Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 19 May 2013

Liga Super 2013 : Semangat Tokgajah Takkan Padam

Penyokong  Tokgajah yang tidak jemu memberi sokongan kepada pasukan Pahang
                             

Sikap tidak berputus asa Pahang yang berjuang hingga ke wisel penamat membuahkan hasil apabila berjaya mengikat Lions XII 1-1 di Stadium Darul Makmur.


Ketika keputusan perlawanan seakan-seakan hampir memihak kepada pasukan dari Singapura itu, Azamuddin Akil@ Alex muncul wira Tok Gajah dengan menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan.

Gol awal permainan Shahril Ishak membuatkan penyokong Pahang tergamam seketika sepakan percuma rendahnya melepasi jangkauan penjaga gol, Rosfaizul.

Pahang yang cuba menyamakan kedudukan menerusi Abd. Malik Md. Arif minit ke-33 yang membawa bola seorang diri ke dalam kotak penalti gagal apabila sepakannya tersasar ke tepi pintu gol.

Aksi goyah yang dipamerkan pada separuh masa pertama menyaksikan Rosfaizul digantikan dengan Khairul Azhan manakala Matias Conti turut dimasukkan sebaik sepak mula babak kedua bagi mempertajamkan jentera serangan Pahang.

Pendekatan V. Sundramoorthy untuk membawa pulang tiga mata penuh semakin jelas dengan mengarahkan anak-anak buahnya berkampung di kawasan sendiri.

Pahang mengambil kesempatan itu untuk mengawal permainan namun masih dapat disekat Lions XII.  Namun Pahang terus memberi tekanan ke arah kubu lawan semakin banyak mencipta peluang dalam kotak penalti lawan. 


Azamuddin yang memainkan peranan sebagai ketua pasukan akhirnya berada di posisi tepat untuk menjaringkan gol setelah mendapat hantaran dari Stewart,ketika saingan tinggal beberapa saat lagi untuk ditamatkan. Keputusan muktamat, Pahang 1-1 Lions XII.


Rumusan
Hanya satu yang menggambarkan semangat skuad Tok Gajah musim ini iaitu semangat yang tidak kenal erti putus asa. Ini lah "Semangat Pahlawan Kita". Tiga perlawanan berturut-turut Pahang bangkit di lewat perlawanan sehingga ada yang mengelarkan pasukan Pahang "King of Last Minutes". Rata-rata peminat pasukan Pahang berbangga dengan semangat dan kesungguhan yang berjuang ke saat-saat yang terakhir sehingga berjaya menjaringkan gol penyamaan. Jika semangat ini dikekalkan, pasukan Pahang akan digeruni pasukan-pasukan lawan selepas ini.   

Secara keseluruhan, Pahang bermain baik, cuma beberapa kesilapan individu meranap peluang pasukan melakukan kejutan. Dollah Salleh perlu merehatkan beberapa pemain yang beraksi di bawah tahap sebenar supaya tidak menjejaskan rentak pasukan untuk meraih kemenangan. Walaupun keputusan seri sudah dianggap baik, tetapi kehilangan mata penuh ini memberi ruang pasukan-pasukan di tangga bawah mengejar pasukan Pahang. Selain itu, Dollah juga perlu memantapkan lagi “set piece” pasukan supaya memudahkan pasukan menjaringkan gol. Walaupun dianggap peluang untuk mengisi tangga teratas Liga Super sudah tertutup namun penyokong-penyokong Tokgajah tetap optimis Pahang dapat memperbaiki kedudukan yang lebih baik berbanding di tangga ke-5 sekarang.

Pemain terbaik dalam perlawanan ini  adalah Alex. Selepas Suren dan Malik menjadi penyelamat Pahang sebelum ini, tiba giliran Azamuddin Akil aka Alex Lepeh pula menjadi penyelamat. Turun sebagai kepten, Alex sentiasa bekerja keras di dalam padang. Gol yang dijaringkan merupakan gol pertama beliau dalam saingan liga super tahun ini. Diharapkan Alex akan menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

Hogoh Tokgajah hogoh!!!

Line up Pahang vs Lions XII.
Rosfaizul (Azhan);
JalalRazmanStewartIjan
Suren (Kojie),YolFaizolGopi
Alex (C),Malik (Conti)